Manjakan anak itu perlu tapi bukanlah dimanjakan dengan cara yang melampau hingga anak ‘besar kepala’. Terbiasa dimanjakan tanda anak diraikan kasih sayang sepenuhnya dan itulah yang dibawa anak bila dia besar kelak.
Bagaimana memanjakan anak cara yang betul? Perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi ini mak ayah perlu ketahui.
Isteri manja ❌
Suami anak manja ️✅️
Zaman bujang dulu, saya pernah pangkah jodoh dengan anak bongsu. Taknak terjebak kahwin dengan lelaki manja. Kita merancang. Allah juga menentukan.
Tup tup, Allah takdirkan saya terjatuh cinta dengan anak bongsu. Yang juga anak yang saaangat manja dengan mak. Dia punya manja tu, mak pergi mana-mana, dia ikut meneman. Dah masuk sekolah menengah, tidur pegang tangan mak.
Makan mak suap. Baring atas riba mak. Balik asrama, mesti nak tidur dengan mak. Begitu suami punya ‘manja’. Bonding dengan mak sangat rapat.
Bila arwah mak dah tak ada, makcik cleaner kat UTP tu pun, dia layan macam mak sendiri.
Idaklah sampai suap makan tu semua. Tapi tiap masa senggang, dia lawat tempat mak angkat berehat. Makan bersama, sembang dan bergurau macam mak dia sendiri.
Waktu tu stigma saya pada anak manja ni berubah. Bila dah kahwin ni, bila nampak kesabaran suami, cara suami layan anak dan bini, cara dia penuhi tanggungjawab, seni critical thinking bab menyelesaikan masalah, saya yakin, banyak hasil asbab cara dia dibesarkan.
Memang banyak bezalah dengan saya. Suami selalu pesan saya,
“Kalau didik anak dengan emosi, nanti anak selesaikan masalah pun guna emosi. Bukan guna akal.” Logik sangat, kan!
Dia cakap macam tu pun, sebab dia dah merasa. Dia antara bukti paling dekat di kata saya, kesan didikan tanpa guna kekasaran.
Manja dia, bukan pada ‘nak apa, dapat semua’. Atau ‘nak apa, mama buatkan’. Tak! Tapi manja dia pada tak kekoknya emak zahirkan kasih sayang kat anak. Macam mana mak libatkan anak kat hampir semua kerja yang dibuat.
Kalau anak buat salah, bukan dilempang atau ditengking. Sebaliknya di’coaching’, macam mana nak selesaikan salah tu.
Macam mana ‘manja’nya dia dibesarkan, macam tulah dia ‘manja’kan kami; anak-anak dan bini. Suami saya tak sempurna.
Tapi dengan izin Allah, dia bukti nyata, bahawa manusia bila dibesarkan cukup kasih sayang, punya emotional development dan kesihatan mental yang baik.
Dia, dengan izin Allah, contoh ‘produk anak manja’ yang hidup 10 tahun menjadi bukti bahawa menjadinya seorang manusia yang dididik dengan kelembutan.
Parenting yang memberi teguran tanpa herdikan. Dan disiplin tanpa kekerasan. Rupanya membina kekuatan fikiran. Bukan insan yang emosi yang nombor 1 ke depan.
Menarik: Pandai Dia Mengadu, Daddy Mummy Kena Kerja, Bijaknya Fatima Mengadu Nasib Dengan Nenek!
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!