Manjaku Holdings Sdn. Bhd. dan rakan Kerjasama, Enfagrow A+ Mindpro dengan bangganya mengadakan Majlis Hi-Tea bersama Fazura di Hotel Le Meridien, Putrajaya. Majlis eksklusif ini diadakan untuk menghargai kerjasama erat antara Manjaku Baby Mall dan Enfagrow A+ Mindpro, serta untuk meraikan pemenang PeraduanFoto Mama, Papa, Anak Seiras.
Majlis Hi-Tea Bersama Fazura dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Manjaku Holdings Sdn. Bhd, Mr Daniel Looi untuk mengalu-alukan kehadiran ibu Enfagrow A+ Malaysia dan selebriti terkenal, Nur Fazura, serta rakan kerjasama dan rakan-rakan media yang turut hadir.
Ads
“Saya ingin merakamkan penghargaan buat rakan kerjasama kami, Enfagrow A+ Mindpro kerana sudi bersama-sama Manjaku pada petang ini dalam majlis Hi-Tea Bersama Fazura yang saya anggap suatu majlis untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami dan pelanggan,” kata Mr. Daniel Looi.
Mr. Daniel Looi turut berterima kasih kepada rakan media serta para pemenang Peraduan Foto Mama, Papa, Anak Seiras kerana sudi hadir ke Majlis Hi-Tea bersama Fazura bersama pada hari minggu. Kehadiran mereka dianggap sangat bermakna dan memberi semangat kepada kedua-dua pihak untuk terus bekerjasama.
Ads
Manjaku Baby Mall, pusat membeli-belah terbesar di Malaysia bagi barangan ibu dan anak, telah berada dalam pasaran selama 30 tahun. Bulan Jun lalu, Manjaku telah meraikan ulang tahun ke-30 mereka. Sepanjang tempoh ini, Manjaku telah menjalinkan kerjasama erat bersama Enfagrow A+ Malaysia sekaligus menjadikan produk Enfagrow A+ antara ‘Top of Mind Milk Powder Category’.
Ads
“Pelbagai acara dan aktiviti telah dilakukan bersama Enfagrow A+ dan yang paling istimewa bagi saya adalah Majlis Hi-Tea bersama Fazura yang diadakan hari ini bersempena dengan kempen ‘Celebration of Parenthood’,” tambah Mr. Daniel Looi.
Majlis Hi-Tea bersama Fazura ini diadakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pemenang PeraduanFoto Mama, Papa, Anak Seiras bertemu dengan selebriti kesayangan mereka, Fazura, secara eksklusif. Selain itu, majlis ini juga memberi pendedahan serta pengalaman berharga buat ibu bapa baru menerusi perkongsian perjalanan keibubapaan daripada selebriti terkenal tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki memiliki tiga cahaya mata perempuan adalah anugerah terindah buat jaguh berbasikal dunia, Datuk Azizulhasni Awang dan isterinya.
Menerusi perkongsian Azizul di Instagramnya, melayani tiga anak perempuannya sama rata menjadi keutamaannya.
Malah katanya lagi, tiada istilah melebihkan mana-mana anak, bahkan dia mengutamakan didikan dan layanan sama rata buat anaknya.
“Indahnya kehidupan berkeluarga ini adalah apabila melihat corak dan warna yang dimiliki oleh setiap anak.
“Anak yang pertama ada perwatakan dia, anak kedua pula karenahnya berbeza dan begitu jugalah dengan anak yang ketiga.
“Antara ketiga-tiga anak ni yang manakah paling favourite buat saya? Jawapan dia adalah takda favourite pun, saya cuba melayan setiap anak ini secara sama rata,” katanya berkongsi.
Akui Azizul lagi, apa yang dilakukannya adalah tidak hanya membelikan barangan yang sama, bahkan cara layanan juga perlu sama mengikut peringkat umur masing-masing. Itu sebaiknya.
“Kadang-kadang sama rata itu bermaksud setiap anak perlu diberikan benda yang sama.
“Kadang-kadang juga sama rata itu bermaksud setiap anak perlu diberikan layanan yang bersesuaian dengan peringkat umur dan tahap pembesaran mereka.
“Ada ke rakan-rakan di social media saya ni yang menggunakan pendekatan yang sama? Kongsi skit guys saya nak tahu,” tulisnya.
Terdahulu, Azizul mendirikan rumah tangga bersama Datin Athiah Ilyana Abd Samad pada tahun 2010. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Amna Maryam, Amna Khadeeja dan Amna Fateema.
PU Riz kongsi momen bercuti bersama anak dan isteri, bawa anak kecil ‘travel’ memang mencabar. Membawa anak kecil bercuti ke luar negara boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan tetapi juga mencabar.
PU Riz Kongsi Momen Bercuti Bersama Anak & Isteri
Perancangan yang teliti dan persediaan yang rapi diperlukan untuk memastikan perjalanan berjalan lancar. Tiadalah nanti muncul ‘drama-drama’ yang boleh menggamatkan suasana.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu ibu bapa membuat persediaan dan menikmati percutian bersama anak kecil.
1. Perancangan Awal
Perancangan awal adalah kunci untuk percutian yang berjaya. Tempah tiket penerbangan dan penginapan seawal mungkin untuk mendapatkan pilihan terbaik. Pastikan anda memilih penerbangan yang sesuai dengan waktu tidur anak anda untuk mengurangkan keletihan.
2. Penyediaan Dokumen Penting
Pastikan semua dokumen penting seperti pasport, visa, dan kad pengenalan disediakan dan sah. Buat salinan dokumen-dokumen ini dan simpan dalam beg yang berasingan sebagai langkah berjaga-jaga. Jangan lupa untuk membawa sijil kelahiran anak jika diperlukan.
3. Pilih Destinasi Mesra Keluarga
Pilih destinasi yang mesra keluarga dan menawarkan banyak aktiviti untuk kanak-kanak. Pastikan destinasi tersebut mempunyai kemudahan yang sesuai seperti taman permainan, kolam renang kanak-kanak, dan restoran yang menyediakan menu kanak-kanak.
4. Sediakan Peralatan dan Keperluan Anak
Bawa peralatan dan keperluan anak seperti kereta sorong, kerusi kereta, dan beg lampin. Jangan lupa untuk membawa pakaian yang sesuai dengan cuaca destinasi, serta mainan atau buku kegemaran anak untuk menghiburkan mereka semasa perjalanan.
5. Susun Atur Bagasi dengan Bijak
Susun bagasi dengan bijak untuk memastikan semua keperluan anak mudah dicapai. Gunakan beg tangan yang besar dan bawa barang-barang penting seperti lampin, tisu basah, botol susu, makanan ringan, dan ubat-ubatan dalam beg tersebut.
6. Sediakan Makanan dan Minuman
Bawa makanan dan minuman yang sesuai untuk anak-anak, terutamanya jika mereka mempunyai alahan makanan atau keperluan diet khas. Makanan ringan seperti biskut, buah-buahan kering, dan roti boleh menjadi pilihan yang baik semasa perjalanan.
7. Uruskan Jadual Tidur Anak
Cuba uruskan jadual tidur anak supaya mereka mendapat rehat yang mencukupi. Jika perjalanan melibatkan perubahan zon masa, mulakan penyesuaian jadual tidur beberapa hari sebelum berlepas. Bawa bantal kecil atau selimut yang biasa digunakan anak untuk membantu mereka tidur dengan selesa.
8. Persediaan Kesihatan
Pastikan anak anda sihat sebelum perjalanan. Bawa ubat-ubatan asas seperti paracetamol, termometer, ubat batuk, dan ubat alahan. Jangan lupa untuk membawa ubat preskripsi jika anak anda memerlukannya. Pastikan anak anda mendapat vaksin yang diperlukan sebelum berlepas.
9. Beritahu Anak Mengenai Perjalanan
Beritahu anak mengenai perjalanan dan apa yang mereka boleh jangkakan. Ceritakan tentang tempat yang akan dikunjungi dan aktiviti yang akan dilakukan. Ini dapat mengurangkan kebimbangan mereka dan membuat mereka lebih teruja.
10. Bersabar dan Fleksibel
Bersabar dan fleksibel adalah kunci utama semasa bercuti dengan anak kecil. Perjalanan mungkin tidak selalu berjalan seperti yang dirancang, jadi bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Nikmati setiap detik dan jangan terlalu risau jika ada perkara yang tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Bawa Anak Kecil ‘Travel’ Memang Mencabar
Bagi pendakwah bebas yang juga pelakon, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, pengalaman membawa anak-anaknya bercuti ke luar negara (London) suatu pengalaman yang mencabar.
Berikut hantaran yang dikongsikan oleh PU Riz di laman Instagramnya.
Perjalanan kali ini sungguhnya bermakna buat sekalian keluarga
Rupanya ketidakselesaan anak ini merupakan titik bertambahnya kasih sayang kita padanya
Kita belajar tentang terma
Kasih sayang anak letaknya lebih aula dari yang lain
Walaupun agak mencabar
Kulayari kenangan indah ini dengan penuh makna & ingatan
Semoga anak-anakku nanti lihat bukti kasih sang ibu bapa.
Kesimpulannya dengan persediaan yang rapi dan sikap yang positif, percutian bersama anak kecil boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna. Gunakan tip di atas untuk memastikan percutian anda berjalan lancar dan semua orang dapat menikmati masa berkualiti bersama.
Zaman sekarang ni apa sahaja boleh jadi bualan orang ramai, lebih-lebih lagi kalau melibatkan selebriti popular seperti Hisyam Hamid.
Baru-baru ini, nama Hisyam kembali tular di media sosial, khususnya di platform Threads, gara-gara kenyataannya yang cukup matang dan penuh tanggungjawab dalam satu temubual bersama pihak media.
Pelakon kacak yang juga bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui kini lebih berhati-hati apabila berkomunikasi atau bergaul dengan rakan wanita. Bukan sombong, bukan memilih kawan, tapi semuanya demi menjaga maruah diri dan yang paling utama, nak jaga hati anak-anak yang semakin membesar.
Elak Gosip Tak Betul, Fikir Anak-anak Dulu
Kata Hisyam, dunia sekarang terlalu mudah mencetuskan gosip atau salah faham, walau sekadar perbualan biasa. Apatah lagi bila seseorang itu dikenali ramai, setiap gerak-geri pasti diperhatikan.
“Saya sekarang ni memang kena lebih berhati-hati bila berbaik dengan kawan perempuan. Bukan tak nak berkawan, tapi saya tak nak timbul gosip yang bukan-bukan. Lagipun, saya kena fikir hati anak-anak saya,” jelas Hisyam dengan nada serius.
Sebagai bapa, Hisyam meletakkan keutamaan untuk melindungi emosi dan perasaan anak-anak daripada terheret dalam spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian keluarga.
Anak Buah Pun Dah Tanya…
Lucunya, bukan sahaja anak-anak, malah anak buah Hisyam sendiri turut terkesan dengan gosip liar yang tersebar di media sosial. Hisyam berkongsi pengalaman apabila anak saudaranya bertanya tentang status dirinya gara-gara komen netizen.
“Yang kelakar tu, anak buah saya tanya sejak bila Uncle kahwin balik. Ada orang komen dekat media sosial kata Hisyam dah tak duda, dah kahwin dengan orang biasa-biasa. Saya pun macam, orang mana pula ni?” cerita Hisyam sambil tersenyum.
Demi Anak, Tetap Jaga Batas
Hisyam yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rosmawati Hanafi selama lebih 20 tahun, memilih untuk terus menjaga batas pergaulan, walaupun statusnya kini bergelar duda. Baginya, anak-anak adalah keutamaan dan dia tidak mahu mereka keliru atau terluka dengan gosip yang tidak sahih.
“Anak-anak saya dah besar, mereka bijak menilai. Saya kena jaga imej dan tindakan saya supaya mereka rasa dihormati, bukan terpalit dengan cerita tak betul,” katanya penuh kasih sayang sebagai bapa.
Pa&Ma Suka Ingatkan…
Ibu bapa, sama ada kita selebriti atau orang biasa, menjaga hati dan emosi anak-anak adalah tanggungjawab utama. Dalam dunia yang serba terbuka dan pantas ini, komunikasi terbuka dengan anak-anak, penjelasan yang baik dan menunjukkan teladan positif adalah antara cara terbaik kita melindungi mereka daripada salah faham atau gosip yang boleh menjejaskan emosi.
Terus kuat ya Hisyam! Ramai yang kagum dengan cara matang awak jaga hati anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dr. Najwa Latif selamat menimang cahaya mata sulung pada 11 November 2025 — tarikh istimewa yang juga ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Akwa Arifin. Rezeki berganda dan hadiah terindah buat pasangan muda ini.