Manusia & Dinasour Hidup Di Tempat Yang Sama, Boleh Ke? Semuanya Terjawab Dalam Jurrasic World : Dominion!

Share

Setelah empat tahun menyepi, jurassic sekali lagi membuat kemunculan dengan lebih banyak watak dan jenis dinasour untuk menjadi tatapan peminat spesis dinasour ini!

Dibintangi oleh Chris Pratt sebagai Owen Grady dan Bryce Dallas Howard sebagai Claire Dearing, mereka akan ditemani oleh pelakon Jurassic Park original iaitu Jeff Goldblum (Dr. Ian Malcolm), Sam Neill (Dr. Alan Grant) dan Laura Dern (Dr. Ellie Sattler), di mana masing-masing akan melakonkan watak ikonik mereka daripada francais Jurassic.

Empat tahun setelah Isla Nublar dihancurkan pada filem Jurassic World: Fallen Kingdom (2018), dinasour telah terlepas ke seluruh bahagian bumi dan hidup bersama manusia.

Kewujudan semula dinosaur di muka bumi yang wujud secara bersama-sama akan menyaksikan era baharu masa depan dalam Jurassic World : Dominion, dan menimbulkan permasalahan di mana mereka juga berburu mangsa di habitat yang sama dengan manusia.

Jadi, agak-agaknya mampukah dua hidupan ini duduk ‘sebumbung’ di dalam kawasan yang sama? Kalau nak tahu, jom sama-sama ajak ahli keluarga saksikan Jurassic World : Dominion bermula 9 Jun 2022 di pawagam berdekatan anda ya!

Published by
Azira Faudzi