Marah Anak Melampau Boleh Datangkan Kesan Pada Otak, Anak Jadi Penakut!

Share

Kita merasakan dengan melepaskan kemarahan itu adalah cara mendidik. Namun sebenarnya ada cara yang lebih baik dalam mendidik. Bukan marah tapi cuma hanya bertegas dengan anak.

Buruk akibatnya bila anak sering dimarahi. Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim berkongsi tip untuk ibu bapa. Sebaiknya elakkan marah anak berlebih. Bimbang anak jadi penakut dan terkesan emosinya sampai besar. Elakkan!


Anak kita boleh kena Fear Loop jika kita terlalu garang dalam mendidik.
– marah
– jerit
– tengking
– pukul
– terlalu keras
– kasar

Fear Loop ni bahaya sebab anak akan sentiasa hidup dalam ketakutan walaupun dia tak buat salah apa-apa pun. Tambah bahaya bila anak jenis yang Highly Sensetive Child.

Kena jerit sekali je, tapi jeritan kita tu bergema-gema dalam kepala otak dia sampai ke besar.

Banyak sangat la rantaian masalah yang boleh terjadi selepas itu.
– penakut
– penipu
– keras kepala
– kuat berontak
– kurang adab
– terbantut
– lemah daya fikir
– emosi tak stabil
– impulsif

Tak terkira. Ini la ripple effect fear loop yang kita takut sangat tu.

Patut la terlalu garang pada anak usia 6 tahun ke bawah adalah di larang sama sekali dalam gaya parenting islam.

 

Usia 1-6 tahun adalah fasa paling rapuh ( fragile ) otaknya. Sikit silap je, boleh berderai sel sel otak anak jatuh.

Percayalah, jika 6 tahun pertama ni kita tak jaga betul-betul kesihatan otak anak kita nescaya kerja parenting 6 tahun berikutnya akan jadi sangat sangat sukar.

Menarik: Resipi Mini Tortila Nuget Ayam, Menu Simple, Teruja Anak Nak Makan

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM