Sebenarnya kita memang di beri pilihan untuk menjadi ibu bapa yang bagaimana. Semuanya bergantung kepada kita mahu pilih jalan A atau jalan B.

Kerana ketahuilah, hidup ini tidak selalunya indah, langit tidak selalu cerah. Itu semua kita tidak boleh ubah. Yang boleh diubah hanyalah tindakan susulan yang kita pilih.

Mencari ketenangan dalam ‘parenting’ bukan perkara mustahil. Penulis Buku Keibubapaan, Najmi Nawawi kongsikan 6 tip mudah untuk sama-sama kita amalkan.

1. Fikir kesan negatif marah

Ajar diri kita untuk berfikir kesan masa panjang berbanding hanya mahu menyelesaikan masalah dalam masa singkat. Mungkin marah boleh selesaikan masalah dengan pantas, tetapi cuba fikir apa akan berlaku apabila selepas semuanya reda nanti. Apa yang akan bertambah dan apa yang berkurang perlu diambil kira.

Marah Anak Mudah, Nak Jadi Tenang Susah. Follow Tip Ini, Boleh Cepat Redakan Kemarahan

2. Beri masa untuk anda bersendirian

IKLAN

Kadang-kadang waktu mandi itu pun sudah mencukupi untuk kita menikmati ‘timeout’ seketika. Caranya ialah dengan kawal pernafasan dan tenangkan diri. Kita akan berpeluang untuk ‘reset’ sekali matlamat ‘parenting’ kita. Kalau yang boleh solat, sudah pasti solat ialah peluang yang terbaik.

3. Fokus kepada matlamat lebih besar

Bayangkan jika dunia kita bakal berakhir pada hari esok. Atau kematian kita akan menjemput pada hari esok. Adakah kita akan memarahi anak kita dan mengamuk pada hari ini? Semestinya tidak.

4. Cari solusi dengan baik

IKLAN

Daripada terlalu sibuk melayan perasaan marah dan kecewa. Sibukkan minda dan fikiran kita untuk ubah keadaan menjadi lebih baik. Fikir solusi dengan tenang dan cuba ajak anak-anak sekali jika mampu mengawal keadaan.

5. Kawal nada dalam bercakap

Banyak kajian membuktikan, pergaduhan atau emosi yang tidak baik berlaku bukan kerana situasi buruk yang mempengaruhi, tetapi berpunca dari kesilapan penggunaan nada bercakap. Jadi lepas ini, nada perlu lebih tenang.

IKLAN

Marah Anak Mudah, Nak Jadi Tenang Susah. Follow Tip Ini, Boleh Cepat Redakan Kemarahan

6. Pastikan kita tahu apa yang berlaku

Apabila sesuatu yang tidak disenangi berlaku. Jangan terlalu cepat melompat ke dalam sesuatu konklusi. Ambil masa, fikir dan fahami betul-betul apa yang berlaku terlebih dahulu.

Carilah diri kita dalam keadaan yang terbaik tanpa emosi negatif yang menyelubungi diri. Sebagai seorang manusia dan ibu bapa kepada anak-anak tersayang pastinya kita mahu yang terbaik sentiasa.

p/s : Marah itu memenatkan. Jadi kenapa masih memilih untuk tengelam dalam dunia serabut dan tidak aman sedangkan kita mempunyai pilihan yang lebih baik.

Sumber: Najmi Nawawi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI