Sejak pegang title sebagai ibu ayah, dalam sehari ada tak rasa nak marah anak? Jika anda rasa ye itu normal tetapi perasaan ini boleh kita kawal jika tahu tekniknya.

Tidaklah anak kita asyik rasa takut je dengan ibu ayah sendiri. Ada tu paling kesian sehingga anak pula jadi trauma jika mereka ada buat kesilapan kecil.

Menerusi perkongsian dari Teacher Lin Talib, yang banyak menulis tentang perkembangan anak dan topik keibubapaan, ada 5 tip marah anak tanpa marah-marah.

5 Tip Marah Anak Tanpa Marah-Marah

Tengok gambar bawah. Habis satu ruang tamu di tepung kan. Lantai kotor satu hal, kalau kena sofa tu ya ampunnnn dah lah susah nak bersihkan! Ishhh budak ni nak kena ni!!!

Marah Anak Tanpa Marah-Marah. Faham Tip Ni Dulu Baru Mudah Kawal Emosi

Macam tipu sangat kalau kata tak pernah marah anak. Bak kata Usop Wilcha dalam cerita Zombie Kampung Pisang…”Nampok benorr nipunya”

Jadi saya kongsikan bagaimana tip untuk marah anak.. tanpa marah-marah.

1. DIAM

Bila nampak sesuatu yang tak kena pada mata kita .. yang terus menjentik hati rasa nak marah.. diam dulu. Jangan terus jadi machine gun. Berterabur peluru kata-kata bila kita marah.

Dan percayalah.. kata-kata yang keluar ketika marah…biasanya tak indah. Anak akan mudah terluka bukan kerana kita marah.. tapi kata-kata ketika marah.

Nampak je tepung bersepai . Tarik nafas… Hembus… Dan diam. Diam ni dapat mengawal kita menghambur perkataan yang tidak elok pada anak kita… Selain itu.. ia mengawal diri kita dari bertindak di luar kawalan. Kadang ada sampai bantai anak padahal tertumpah tepung je.. sebab apa? Sebab dia tak diam. Dia gagal kawal amarah dia.

Diam dan lihat wajah anak kita. Dia senyum gembira je. Dalam diam itu zikir. Dalam diam itu kita syukur anak selamat. Hanya dengan diam.

2. TUKAR MINDSET

Selalu kita dengar kan.. ” Alahhh budak -budakkk”. Okay.

Bila anak buat salah.. tertumpah itu..terpatah ini.. tercalar itu.. tersepah ini… Terus tukar mindset

Anak ni..baru 3,5 tahun hidup. Mereka ni pendatang baru dalam dunia. Baru je 5 tahun hidup. Kita ni dah 30 tahun hidup. Mestilah beza banyak benda kita tahu berbanding dia..

Macam orang bekerja 30 tahun dengan orang bekerja baru 5 tahun.. manakan sama pengalaman mereka kan? Begitulah anak-anak.

Jadi, selagi kesalahan mereka tak mencederakan mereka dan orang lain…bertenang.. dan fikir…

Ads

” Mereka ni orang baru..mereka tak tahu”

Jadi tanggungjawab kitalah sebagai “lebih pengalaman” untuk ajar mereka. Tiada siapa akan terus pandai sesuatu bila di marah. Tetapi seseorang boleh pandai bila di tunjuk ajar. Kan?

Marah Anak Tanpa Marah-Marah. Faham Tip Ni Dulu Baru Mudah Kawal Emosi

3. PERLU DI MARAH

Ya, ada masanya anak perlu dimarah. Bila tu? Bila anak mula tunjukkan sifat individual atau “degil”. Biasanya umur 8 tahun ke atas ni boleh di marah dah.

Contoh: dari kecil kita ajar bangun pagi.. tapi bila masuk 9 tahun dia tak nak bangun dengan alasan malas Ha, ni wajib di marah.

Marah bila kita sudah tunjuk dan ajarkan tapi dia tidak mahu buat tiba-tiba .. so boleh marah.

Tapi jangan marah melampau. Marah atas kesalahan itu sahaja. Tak perlu ungkit cerita dari zaman Parameswara sampai sekarang. Nyatakan kita marah pada attitude atau peel mereka..bukan marah pada diri mereka.

Contoh: ” Ali.. tolong basuh pinggan”

Ali tak menyahut sedangkan jarak dekat saja. Dah 3 kali tak menyahut kita boleh marah.

” Mak panggil Ali tak dengar ke?? Tuhan bagi telinga ni untuk dengar. Mulut untuk menyahut!”

Jadi kat sini anda lihat.. walaupun marah.. kita bagi reasoning atau solution kepada anak tentang kesalahan mereka. Kalau mak saya dulu dia tambah pakej piat telinga.

Ads

Siap je kerja disuruh.. peluk balik anak dan katakan dia anak yang baik.. selalu dengar cakap ibu bapa.. mak abah sayang dia..

Ini untuk ingatkan anak bahawa kita tetap sayangkan dia.. marah hanya atas sebab kesalahan.. tapi itu tidak menjejaskan kasih sayang terhadap dia. Jadi InsyaAllah.. anak akan faham tentang yang salahnya adalah perbuatan.. bukannya diri dia. Okay?

ARTIKEL MENARIK [Anak Jenis Susah Berenggang, Sensitif Masa Kecil Selalunya Anak Yang Cerdik]

4. AJAK CARI SOLUSI

Jika anak baru 4 tahun..dan dia terbuat salah.. macam tumpah air.. anda boleh ajak dia sama-sama fikir apakah yang perlu dia buat.

Contoh; air tumpah ” Alamak.. air tumpah! Macam mana ni? ”

Wujudkan interaksi dengan anak atas perbuatannya. Kiranya kita ambil tahu atau acknowledge perbuatan anak.

” Basah ni.. kalau jalan licin.. jatuh.. sakit!”

Di sini kita bagi mereka kefahaman Cause and Effect. Semua orang tak suka bila sakit

” Nak kena buat apa ni?” ” Ha! Jom kita lap lantai!”

Ambil kain dan ajak anak lap sama-sama

Ads

” Yay! Dah bersih! Tak sakit! Pandaiii kakak”

” Lain kali, kalau ada air atas lantai.. kakak lap cepat-cepat okay! Kakak jadi hero selamatkan orang. Tak jatuh!!”

Bila anak mengelap lantai.. di sini kita dah ajar anak konsep

– Cause and Effect
– Mencari solusi atau problem solving
– Mengajar konsep bertanggungjawab atas kesalahan sendiri serta tanggungjawab atas masyarakat.

Sudah tentu anda perlu ulang perkara ini dan ajarkan beberapa kali tapi percayalah, bila anak sudah faham konsep-konsep di atas.. InsyaAllah anak akan membesar dengan cemerlang!

Marah Anak Tanpa Marah-Marah. Faham Tip Ni Dulu Baru Mudah Kawal Emosi

5. REFLEKSI DIRI & ANAK

Cuba refleksi diri anda. Berapa banyak masa anda bersama anak? Berapa banyak yang anda tahu tentang anak? Makanan kegemaran.. warna kegemaran.. band kegemaran… Minat nya.. bagaimanakah komunikasi kita dengan anak? Rapatkah kita dengan anak?

Bila kita rapat dengan anak.. kitalah lebih tahu kelebihan dan kelemahan anak. Jadi jika anak ada buat salah… Jangan terjah marah dulu.

Contoh: anak tak buat kerja sekolah. Cuba anda tengok.. dan perhati anak.. kenapa dia tak siap kerja sekolah.

Tak faham atau tak tahu nak buat ke?
Dia tak suka subjek tu ke?
Dia ada masalah motor halus ke?
Dia ada masalah emosi ke?
Kawan-kawan dia tu jenis okay ke?

Semua ni anda perlu ambil kira. Kita tak tahu anak kita ni kalau ada 10 orang maka 10 lah jenis perangai.

Dan paling penting… Janganlah kita banding-bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Semua anak ni bijak.. ada kelebihan mereka.

Tak pandai belajar di sekolah bukan bermaksud dia bodoh.. tapi mungkin dia ada minat dan mahir di tempat lain. Tolonglah ibu bapa.. bijaknya anak kita bukan diukur dengan markah peperiksaan.

Tapi ianya bergantung dengan bagaimana anak kita boleh menyelesaikan masalah dalam kehidupannya dengan baik tanpa menyakiti orang lain. Kerana zaman ini… Ramai orang pandai akademik.. tapi malangnya mereka bodoh akhlak.

Suka untuk saya tekankan anak perlu berkembang dengan baik, bukan berkembang dengan cepat.

Sumber: Lin Talib

https://www.youtube.com/watch?v=59TCBXrElAg

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI