Wajah si comel Aaisyah Dhia Rana kerap kali muncul di Instagram ayahnya, Zain Saidin. Walaupun jarang berkongsi cerita, namun keakraban anak beranak ini cukup jelas melalui beberapa gambar yang dikongsikan oleh Zain.
Akui Zain, dia sememangnya memanjakan Aaisyah yang kini sudah pun berusia sembilan tahun. Namun dalam memanjakan, jika anak kesayangannya itu ada berbuat salah, sebagai bapa Zain tetap memainkan peranan menegur apa jua kesalahan yang dilakukan anak kecil itu.
“Ya, saya memang cukup manjakan Ecah, tetapi saya tetap akan tegur dan marah andai dia buat salah. Setakat ini Ecah faham, namun biasalah, kanak-kanak ini makin berusia makin berakal,” ujarnya.
Berkongsi kisah kepopulariti yang dimiliki anak kecil itu, akui Zain, dia dan Che Ta sentiasa mengingatkan Aaisyah akan banyak perkara malah sentiasa memantau anak perempuan kesayangan mereka itu yang kini semakin membesar.
Malah kata Zain dia juga sebolehnya akan cuba meluangkan masa untuk bersama Aaisyah yang kini semakin membesar.
“Sebagai ayah, saya sedar, Ecah masih kecil dan belum mengerti apa yang dia kecapi kini. Dia tak tahu setiap yang dilakukan akan jadi ikutan terutama rakan-rakan seusianya.
“Bila berada dalam lingkungan yang dikenali ramai, ke mana sahaja kita pergi pasti ada mata yang memandang. Memang kami tak mampu mengawal terutama dari segi pergaulannya.”
“Cuma, dalam bab keselamatan, kami sangat ambil berat. Setiap masa, kami kena ingatkannya supaya jangan sambil lewa dan berhati-hati.
“Setakat ini saya bebas bawa Ecah berjalan-jalan. Sekurang-kurangnya sebagai bapa, saya boleh kongsikan memori indah buat Ecah merasai zaman kanak-kanak seperti orang lain,”ujarnya lagi berkongsi.
Terharu Aaisyah hadiahkan kad hari bapa
Berkongsi kisah Hari Bapa pada Ahad lalu. Akui Zain, pemberian kad yang dibuat sendiri oleh anaknya cukup istimewa buatnya.
“Saya bukan ayah yang suka meminta-minta atau ingin diraikan. Apabila Ecah menghadiahkan kad yang turut disertakan tandatangan dua abangnya buat saya terharu.
“Ecah sanggup bangun awal pagi untuk beri ucapan Hari Bapa. Sebagai ayah, saya rasa itu antara perkara yang cukup sweet dibuat anak perempuan kami.
“Tak perlu hadiah mahal-mahal, memadai ingatan tulus sudah membuatkan hati saya terharu,” kongsi Zain lagi.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: SinarPlus