Bila masuk sahaja cuti sekolah, mulalah mak ayah merancang macam-macam agenda untuk bawa anak bercuti. Sebenarnya nak bercuti tak salah namun biar bonding dengan anak sampai pada mereka dari sudut positif.
Inilah yang cuba dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Bercuti tak perlu marah-marah anak dan membiarkan emosi anak terabai. Biarpun momen penuh indah itu dapat memberi sesuatu kepada anak. Barulah betul.
Ibu bapa tahu tak, bawa anak-anak pergi bercuti, bukan semestinya akan menguatkan “bonding” antara kita dan anak-anak?
Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak. Tidak semestinya.
Kadangkala bila kita pergi bercuti, anak-anak akan jadi stress, malah dalam sesetengah situasi boleh menyebabkan mereka menjadi tidak senang dengan kita.
Contoh bercuti yang tidak merapatkan hati ahli keluarga. Sebelum perjalanan, si ibu sibuk menguruskan barang-barang yang perlu dibawa. Anak-anak minta nak bawa itu ini, lalu si ibu menyuruh anak jangan menyibuk.
Semasa perjalanan, si ayah bersengkang mata semasa memandu. Isteri tidur kerana kepenatan. Anak-anak disuruh ikut tidur, atau diberi telefon untuk menonton Youtube.
Di destinasi, anak-anak melompat-lompat dan berlari-lari teruja. Si ayah marah-marah kepada anak kerana tak duduk diam. Anak ditarik-tarik oleh si ayah ke tempat dituju.
Sewaktu makan, anak-anak makan dengan seleranya, tapi bersepah-sepah dan comot. Si ibu marah kepada anak-anak kerana mengotorkan baju mereka.
Ads
Kemudian agenda utama keluarga bercuti ini adalah untuk ambil gambar cantik-cantik supaya boleh dikongsikan di media sosial. Anak-anak di suruh bergaya begitu begini.
Jika cutinya untuk 2-3 hari, perkara ini jugalah yang diulang untuk dua tiga kali. Akhirnya percutian pun berakhir, dan mereka pun kembalilah ke rumah.
Ibubapa pun rasa bangga, mereka anggap mereka dah berjaya bonding dengan anak-anak mereka. Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.
Percutian begini sebenarnya mendatangkan stress kepada anak-anak. Mereka dilarang-larang, digesa-gesa, diarah-arah, dimarah-marah. Emosi mereka akan terganggu.
Malahan, ia mendatangkan stress kepada ibubapa juga. Pastinya selepas pulang dari percutian tu, ibubapa akan rasa penat dan lesu. Bukan rasa segar dan bermotivasi.
Ads
Jadi bagaimana cara yang betul untuk bonding dengan anak-anak? Nak bina “bonding”, perkara yang paling penting sekali adalah komunikasi antara ibubapa dengan anak. Antara cara untuk menerapkan komunikasi yang baik antara ahli keluarga, dengan semulajadi adalah:
■ Meminta anak mengajar kita sesuatu yang mereka tahu, kemudian barulah kita ajar sesuatu kepada mereka (memperbetulkan kesalahan)
■ Meminta mereka bercerita tentang perkara yang mereka suka, kemudian kita bercerita sesuatu yang kita suka (menasihati mereka)
■ Bermain bersama permainan yang mereka suka, kemudian kita ajak mereka lakukan perkara yang kita suka (mengemas, dsb)
■ Membenarkan mereka memilih sesuatu, kemudian kita pula memilih sesuatu. Kalau ada percanggahan, maka cari titik persamaan.
Ads
■ Berterima kasih jika mereka membantu, memohon maaf jika kita tersilap, meraikan bila pencapaian serta kejayaan mereka.
■ Melibatkan mereka dalam perbincangan dan perancangan aktiviti keluarga, seperti percutian, menghias rumah, dsb. dan banyak lagi.
Sama-sama belajar *Jangan salah faham. Bukan tak boleh bercuti. Cuma bercuti tu, biarlah semua gembira. Barulah ada “bonding”.
Anak-anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki. Masa anak-anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah. Kadang-kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang memerlukan si ayah bekerja lebih masa sehingga lewat malam.
Doktor Taufiq Razif telah berkongsi tentang fakta anak menjadi hebat dan kurang bermasalah dengan adanya bapa yang cakna tentang keperluan dan emosi anak. Ikuti perkongsian ringkas ini.
Nak Anak Kita Hebat dan Kurang Bermasalah?
Cuba la sesekali tu pujuk dan ajar suami kita supaya cakna dan sensitif dengan keperluan dan emosi anak-anak
Bapa yang cakna, sensitif, ambil berat dan terlibat secara langsung membesarkan anak ni dipanggil sebagai INVOLVED FATHER
Anak yang membesar dengan INVOLVED FATHER ni:
– 39% akan skor semua A di sekolah
– 60% lebih rendah kebarangkalian untuk dibuang sekolah
– 75% lebih rendah kemungkinan untuk hamil ketika remaja
– 80% lebih rendah kemungkinan untuk meringkuk di penjara
– 2x ganda kemungkinan untuk dapat kerja yang stabil dan memuaskan di masa hadapan
Kalau nak anak hebat dan berjaya, kita sebagai ibu bapa harus bersama-sama untuk involve dengan emosi dan keperluan anak. Jangan biarkan anak melakukan semua perkara tanpa kita disisi. Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang prihatin dan cakna.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Detik pertama kali ibu ini berjumpa anaknya selepas hampir 5 bulan koma melahirkan anak pertama pada 18 November tahun lalu membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Kisah perjuangan Nur Fadilla melahirkan anaknya tahun lalu banyak dikongsi oleh kakak Fadilla apabila dia koma semasa proses bersalin secara pembedahan setelah jantungnya tiba-tiba terhenti dan oksigen tak sampai ke otak.
Sejak itu, anak lelaki yang diberikan nama Muhammad Syahmi langsung tak sempat merasa susu ibunya dan pelukan dari seorang ibu.
Selama berada di ICU, keadaan Fadilla langsung tak berubah dan hanya mampu mengelipkan mata tanpa memberikan apa-apa respon. Lebih menyedihkan walaupun tak boleh cakap, Fadilla boleh kenal saudara terdekatnya dan setiap kali ada yang datang melawat hanya air mata sebagai caranya untuk berkomunikasi.
Perkongsian dari kakaknya Hasirah Nujiey mengenai keadaan Fadilla cukup mengambarkan kerinduan seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya selama 9 bulan apabila pertama kali bersua muka selepas sedar dari koma.
Sentuhan pertama ibu dan anak
Mama cuba angkat tangan untuk pegang dan peluk Syahmi
Syahmi turut menangis seolah faham itu mamanya
Air mata gembira
Semoga sentuhan ini menguatkan semangat mama demi Syahmi
Fitrah anak-anak sememangnya suka bermain. Namun mak ayah perlu risau jika anak-anak memilih jenis permainan yang mereka suka terutamanya bila melibatkan permainan kotoran atau messy play.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, akak dibimbangi mempunyai masalah sensori sentuhan yang menyukarkan perkembangan anak.
Jadi mak ayah apa kata cuba permainan yang disyorkan oleh beliau terutama bila tiba musim cuti sekolah nanti.
Mak ayah patut risau bila:
– anak takut badan basah kena air
– takut pegang ais
– geli pegang pasir
– tak boleh makan makanan lembik
– takut pakai kasut
– asyik terjatuh dan cedera di rumah
Boleh jadi ini tanda-tanda anak ada masalah sensori sentuhan. Mujur ada aktiviti yang mak ayah boleh buat bersama anak supaya deria sentuhan ini sentiasa dirangsang.
Salah satunya ialah Finger Painting atau mewarna menggunakan jari dan tangan. Sambil rangsang deria anak, boleh juga kita perkenalkan warna-warna pada anak.
Anak umur 3 tahun selalunya dah tahu dua warna.
Umur 4 tahun dah tahu 3 jenis warna.
Umur 5 tahun dah tahu minima 4 warna.
6 Tip mewarna dengan jari (finger painting) dan rumah kekal bersih
Pakai baju khas
Boleh pakai apron comel beli dekat Daiso atau paling mudah sarung je T-Shirt mak ayah yang dah lusuh.
Buat aktiviti di luar rumah
Boleh buat di beranda atau porch. Yang penting bukan dalam rumah. Senang mak ayah nak kemas.
Alas dengan kain/kertas
Sebelum memulakan aktiviti, alas dengan kain yang lebar atau alas dengan surat khabar banyak-banyak. Dah habis main, boleh terus buang surat khabar tu.
Gambar hiasan.
Letak cat dalam mangkuk yang besar dan berasingan untuk setiap satu warna. Kalau pakai pallet, sekejap je dah terbalik pallet tu. Kalau pakai mangkuk anak boleh celup tangan dalam mangkuk tu.
Mood mak ayah dan anak yang gembira
Kalau anak tak gembira, bersedialah untuk situasi sepah yang berganda. Boleh jadi adegan budak baling mangkuk cat.
Mak ayah kena berlapang dada sebab ini dikira sebagai messy play. Memang akan bersepah ya.
Okay tip terakhir untuk buat aktiviti ni lagi bermakna.
Pada kertas lukisan anak, tampal double tape yang tulis nama anak. Lepas aktiviti selesai dan kertas dah kering, cabut tape tu dan akan terpampang nama anak pada lukisan tu.