Uncategorized

Marah-Marah Waktu Mengandung, Ganggu Pertumbuhan Bayi Dalam Kandungan

Share

Ketika seseorang wanita mengandung, akan berlaku perubahan hormon yang mungkin menganggu emosinya. Apabila keadaan ini berlaku, tanpa sedar ibu hamil akan berubah menjadi lebih sensitif dan mudah marah-marah.

 

Berdasarkan pemerhatian, ibu hamil lekas marah semasa berada di trimester pertama. Jangan begitu. Emosi perlu dikawal dengan sebaik-baiknya.

Hal ini kerana emosi yang tidak dikawal boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi di dalam kandungan.Seperti yang ramai sedia maklum, bayi di dalam berupaya ‘merasai’ dunia luarnya melalui si ibu.

Menurut kajian, emosi ibu hamil yang tidak stabil akan membebaskan kimia tertentu ke dalam saluran darah dan terus ke plasenta bayi. Akibatnya, ia boleh menimbulkan tekanan kepada bayi.

Baca Juga:

Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!

Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!

Ada Sebab Kehamilan Rapat Tidak Digalakkan, Doktor Ini Kongsikan Bahaya Yang Mungkin Berlaku

Berikut adalah kesan yang boleh dialami oleh bayi jika anda selaku ibu hamil tidak berjaya mengawal emosi marah:
# Kelahiran pramatang

Terdapat satu kajian yang mendapati satu daripada 10 wanita yang sering marah dan mengalami tekanan keterlaluan sewaktu mengandung akan melahirkan bayi sebelum cukup usianya.

Apabila dilahirkan tidak cukup bulan, bayi pramatang boleh terdedah kepada pelbagai jenis risiko seperti penyakit yang berkaitan paru-paru, pertumbuhan lambat dan paling membimbangkan boleh membawa maut.

# Aliran darah kepada janin terganggu

Apabila marah, tekanan darah anak naik. Begitu juga dengan degupan jantung. Hormon adrenalin dan epinefrin yang dilepaskan membentuk tekanan lalu menjejaskan bekalan oksigen yang diberi pada rahim.

Jika tekanan terlalu kuat, tumbesaran bayi yang terjejas boleh menyebabkan punca keguguran.

# Berat badan bayi rendah

Berat lahir normal di antara 3kg hingga 3.5 kg. Manakala berat yang rendah pula adalah dalam lingkungan kurang daripada 2.5kg dan berat yang sangat rendah adalah di bawah 1.5 hingga 1kg.

 

# Bayi hiperaktif

Kajian mendapati emosi marah yang tidak dikawal serta kebimbangan yang melampau sepanjang kehamilan boleh meningkatkan risiko si ibu melahirkan bayi hiperaktif.

# Bayi kuat meragam

Sekiranya kerap kali mengalami masalah emosi tidak stabil, bayi yang bakal dilahirkan lebih mudah meragam. Corak tidurnya mungkin boleh terganggu selepas dilahirkan kelak.  Corak negatif ini bakal meningkat apabila bayi menjangkau usia dua hingga empat bulan.

Kawal Emosi Marah, Jangan Ikutkan Perasaan!

Anda pasti tidak mahu kesan-kesan yang dinyatakan ini terjadi kepada bayi bukan? Oleh yang demikian, anda perlu bijak dalam mengatur kehidupan dan mengawal emosi apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang menimbulkan tekanan kepada diri.

Jangan biarkan gangguan itu mengganggu emosi anda sehingga menjejaskan kesihatan diri dan bayi yang bakal dilahirkan. Lakukan perkara berikut yang ternyata dapat membantu pengawalan emosi:

Bersenam

Aktiviti senaman akan merangsang tubuh melepaskan hormon endorfin yang boleh menimbulkan rasa tenang dan gembira. Antara senaman yang elok dilakukan oleh ibu hamil ialah berenang.

Bersantai & Relaks

Luangkan masa dengan menonton wayang, mendengar lagu kegemaran ataupun menjalani terapi di spa.

Makan Apa Anda Suka (secara terkawal)

Dapatkan makanan yang boleh memberikan rasa gembira kepada anda. Contohnya ais krim atau coklat. Sekurang-kurangnya dengan mengambil makanan berkenaan, anda akan berasa lebih lega dan kembali tenang.

Tidur secukupnya

Masalah kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan anda mudah tertekan dan cepat marah. Jadi, tidur lebih awal pada malam hari agar anda dapat bangun keesokan harinya dengan rasa lapang dada.

Sebaiknya jangan berjaga sehingga lewat malam kerana ia akan membuatkan anda menjadi letih. Untuk lebih tenang, minum susu dan gunakan haruman aromaterapi dalam bilik tidur.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Emy H