Bukan senang hendak mengawal kemarahan pada anak kecil kita. Ada sahaja cara mereka lakukan untuk cuba menarik perhatian kita pada mereka. Dan perhatian inilah yang membuatkan kita semakin hilang sabar setiap hari. Mak ayah sebaiknya elakkan marah berlebihan kerana banyak kesannya pada perkembangan dan minda anak.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, Pakar Otak, anak-anak kecil yang dimarahi akan menerima kesan kepada otak dan tubuhnya. Dengarkan penjelasan daripada beliau.
Pagi pagi tengok ada anak kecil kena marah. Sadis nampak gaya si ibu marah. Memang nampak marah sungguh. Puncanya ialah anak lambat.
Kesian tengok si anak. Muncung jadinya. Bukan dia seorang. Yang lain termasuk si ayah pun muncung.
Akhirnya si ibu cubit lengan si anak selepas ayat “tak reti reti nak cepat. Menyusahkan orang saja!”
Saya tak nak tengok. Tak sampai hati. Tetapi tertarik ke arah itu. Si anak jerit sakit ‘aduh mama sakit’
Marah ni beri kesan besar pada otak dan tubuh. Selain kesihatan, marah rendah kemampuan buat keputusan dengan baik.
Ramai menyesal buat keputusan dalam keadaan marah.
Penting untuk elak buat keputusan dalam keadaan marah. Apabila marah, sistem limbik dalam otak ambil alih. Amygdala – fear centre akan turut bersama.
Pusat rasional iaitu PreFrontal Cortex di ”tutup”. Jadi tidak aktif. Tiada lagi logika. Tiada lagi timbang buruk baik. Yang ada hanya gelegak emosi. Panas membara.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI