Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah ini bermaksud ibu bapa perlulah mendidik ataupun mendisiplinkan anak-anak bermula sejak mereka masih kecil.
Dan tindakan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin berkongsi sebuah video dia menegur dua anaknya Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra kerana bergaduh di laman Instagram miliknya dipuji ramai.
Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu meminta kedua-dua anaknya berikrar supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut lagi.
Malah tindakan itu mendapat pujian ramai netizen sehingga ada yang mengaitkan kenangan mereka dimarahi ibu bapa ketika kecil dahulu.
Bagaimanapun menerusi posting terbaru Sarah di laman Instagramnya, memaklumkan ada yang tidak bersetuju dengan cara Sarah memarahi anak-anak.
Ada yang beranggapan Sarah terlalu kejam dalam mendidik anak-anak, serta tidak menghormati dan membuli anaknya sendiri kerana memuat naik video mereka dimarahi.
Namun sebagai ibu, Sarah berpendapat, anak-anak perlu diajar untuk mereka memahami apa yang dituturkan.
“Ada yang tak bersetuju dengan pendapat saya suruh anak saya berjanji untuk tidak bergaduh, atas alasan janji itu perkara berat bukan boleh di buat main-main dan anak sekecil itu tak faham.
Ads
“Baik ini pulak pendapat saya, sedangkan orang dewasa pun ramai yang tak faham tentang janji, ini kan lagi anak kecil.
“Anak kecil mungkin tak faham janji itu apa, tapi kita harus bagi mereka faham berkenaan janji
“Contoh sekiranya terjadi lagi pergaduhan saya akan ingatkan anak saya tentang janji yang pernah dia buat. Jadi lama kelamaan anak itu akan faham tentang janji.
Ads
“Dalam masa yang sama mereka akan terima hukuman,” jelasnya.
Tambah Sarah, apa pun yang setiap apa yang dilakukan haruslah bermula dengan ibu dan ayah.
“Seperti saya, apa yang saya janjikan pada anak saya , saya akan kotakan. Saya tidak akan menuruti kehendak anak-anak saya hanya kerana tak nak dengar anak saya menangis dan memberikan janji-janji kosong supaya anak tidak buat perangai.
“Sekiranya saya kata tidak bermakna tidak. Anak harus didik.
“Itu pendapat saya dan hanya sekadar pendapat. Maafkan saya sekiranya menguris. Saya juga manusia biasa tidak terlepas dari membuat kesilapan,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian & Ig Siti Sarah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu mengeluh susah nak tidurkan anak awal waktu malam. Anda kena cari tips biasakan anak tidur awal. Kadang-kala masalah tidurkan anak boleh jadi ‘perang’ satu rumah dibuatnya.
Mungkin selama ni kita macam tak berapa acuh sangat hal anak kena tidur awal jadi apa kata perbaiki kaedah kita menidurkan anak.
Ini kerana tidur yang cukup bagi seorang kanak-kanak sangat penting untuk membantunya membesar dengan sihat dan cergas. Bila badan dan otak sihat dan cergas barulah anak-anak mudah untuk belajar banyak perkara.
Bolehlah ikut cara yang dikongsi oleh ibu ini, Puan Huzaimah Basar. Mana tahu berkesan pada anak kita.
Anak-anak kami jenis di siang hari sangat aktif. Ada sahaja akal nak main itu ini. Rumah memang dah macam taufan.Bila malam dah cranky. Dah penat. Memang tak sesuailah kalau nak keluar malam. Walaupun hanya makan malam. Akan jadi huru hara. Lagipun Shaima’ dengan Hanzalah memang kami train tidur awal. Sebelum pukul 10 dah masuk bilik tidur.Apa yang kami buat supaya anak-anak tidur awal:
1. Set Rutin. Pukul 9.30 malam semua orang masuk bilik tidur. Hujung minggu pun sama. Bila balik rumah nenek, mak tok, toki ke automatically pukul 10 malam mata dah layu di tasik madu.
2. Simpan semua gadjet, mainan, tutup tv
3. Biarkan anak-anak bermain sepuas-puasnya di siang hari. Biasanya petang mereka akan bermain di taman permainan.
4. Pastikan anak-anak selesa. Bantal busuk kalau ada. Suasana bilik nyaman. Sejuk. Lampin kering. Nak lebih selesa dan lena tidur on diffuser Lavender EO.
5. Sebelum tidur, borak-borak, gurau-gurau dengan anak-anak sekejap. Bacakan buku. Melukis. Menulis. Bacakan surah fatiha. Bacakan doa tidur.
6. Tutup lampu atau malapkan cahaya lampu.
7. Sapukan Good Night baby balm. Membantu pernafasan dan anak pun tidur lena sebab ada unsur-unsur lavender yang menenangkan.
Selepas mereka dah tidur, barulah aman sentosa nak mengemas rumah. Basuh pinggan, iron baju, layan Tonton.
Ketakutan dialami kanak-kanak adalah 1 perkara normal. Rasa takut itu menjadikan anak lebih berwaspada. Tetapi ada cara untuk ibu bapa bantu atasi fobia anak.
Fobia anak dan ketakutan
Tidak semua ketakutan yang dialami adalah negatif. Malahan, ketakutan dialami kanak-kanak itu berfungsi sebagai 1 dasar batasan kehidupan. Setuju atau tidak?
Menurut Pengarang Freeing Your Child from Anxiety merangkap Pengarah Pusat Kanak-kanak OCD dan Kegelisahan di Plymouth Meeting, Pennsylvania, Dr Tamar E. Chansky, tanpa rasa takut, kita mungkin ‘melompat’ pada tempat tidak sepatutnya.
Chansky menjelaskan, sesetengah ketakutan bersifat evolusi.
Sebagai contoh, ramai individu dewasa dan kanak-kanak terus berasa takut walaupun tidak berpengalaman berhadapan dengan ketakutan mereka.
Contohnya, otak mereka terus berhubung untuk melindungi diri daripada ular walaupun dalam realiti kehidupan mereka tidak pernah berdepan dengan ular, sama ada berbisa atau tidak.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kanak-kanak yang mengalami gangguan kegelisahan. Ia adalah 1 tindak balas emosi kuat terhadap pengalaman penuh ketegangan.
Jenis ketakutan dialami kanak-kanak
Fobia anak yang dirasai biasanya akan berubah seiring peredaran masa. Berikut adalah antara ketakutan dialami kanak-kanak yang paling biasa dihadapi berdasarkan peringkat usia:
Ketakutan bayi atau kanak-kanak kecil
-Bunyi bising yang kuat atau pergerakan secara mendadak
-Objek besar yang tinggi
-Individu asing
-Perpisahan
-Perubahan dalam rumah
-Bayi yang berusia 8-9 bulan, sudah mampu mengenal pasti wajah yang dikenali.
Oleh sebab itu, wajah individu baru sama ada pengasuh baru atau saudara yang jarang ditemui boleh menyebabkan ketakutan kepada mereka.
Manakala kanak-kanak kecil pada usia 10 bulan hingga 2 tahun, sudah mula berasa takut berpisah dengan ibu bapa.
Mereka mungkin tidak mahu ditinggalkan ibu bapa di pusat asuhan atau semasa waktu tidur mereka.
-Ketakutan ketika tahun prasekolah
-Gelap
-Kebisingan pada waktu malam
-Topeng
-Raksasa dan hantu
-Haiwan seperti anjing
Kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun sudah boleh berimaginasi tetapi mereka masih belum dapat membezakan realiti dan sebaliknya.
Bagi mereka raksasa menakutkan sehingga kelihatan seperti wujud.
-Ketakutan apabila memasuki zaman persekolahan
-Ular dan labah-labah
-Kilat dan bencana alam
-Bersendirian di rumah
-Takut kepada guru yang marah
-Berita atau rancangan yang menakutkan
-Kecederaan, kesakitan, doktor, suntikan atau kematian
-Takut kepada kegagalan dan penolakan
Apabila mencecah usia 7 tahun, raksasa di bawah katil sudah tidak kelihatan terlalu menakutkan kerana mereka menyedari bahawa ia tidak wujud.
Pada usia ini, ketakutan dialami kanak-kanak sudah berubah. Mereka mungkin berasa takut tentang bencana alam yang mereka dengar.
Malahan mereka juga mungkin takut disakiti atau kehilangan individu yang mereka sayangi.
Kanak-kanak yang mula memasuki alam persekolahan juga akan berasa gelisah tentang tugasan kerja rumah, keputusan peperiksaan atau keupayaan menyesuaikan diri dengan rakan-rakan.
Ketakutan zaman remaja
Pada tahap ini, anak-anak anda mungkin berasa gelisah tentang penampilan dan penyesuaian diri.
Mereka mungkin berasa gelisah atau takut sebelum memberikan buku laporan sekolah, memulakan sesi persekolahan baru atau mengambil peperiksaan utama.
Mengatasi ketakutan dialami kanak-kanak
fobia-anak
Untuk mengatasi fobia anak, anda boleh membantu dengan melakukan beberapa perkara berikut:
Tenangkan bayi atau si kecil dengan berkata, “Tidak mengapa, Husna selamat, mama ada dekat sini.” Biarkan anak anda tahu yang anda ada untuk melindungi mereka. Berikan dakapan dan ayat manis untuk membantu anak berasa selamat.
Apabila anak semakin membesar, ambil langkah untuk mendengar dan berbincang. Pastikan anda berada dalam keadaan tenang. Bantu si kecil untuk meluahkan apa yang dirasai dengan perkataan.
Bantu bayi untuk membiasakan diri dengan individu baharu ketika anda mendukungnya dan biarkan si manja berasa selamat. Lama-kelamaan, individu baharu itu tidak akan menjadi terlalu asing buat si manja.
Biarkan si kecil untuk berjauhan dengan anda untuk jangka masa pendek pada kali pertama. Apabila anda ingin berpisah dengan si kecil, berikan pelukan, senyuman dan terus pergi. Biarkan anak tahu bahawa anda akan sentiasa kembali.
Jika anak anda takutkan kegelapan, wujudkan rutin tidur yang menenangkan. Bacakan buku, bernyanyi atau berzikir kepada anak. Biarkan mereka berasa selamat dan disayangi.
Bantu anak untuk berdepan ketakutan secara perlahan-lahan. Contohnya, sama-sama memeriksa jika wujud raksasa di bawah katil. Apabila anda bersamanya, biarkan anak mengetahui tiada apa yang perlu ditakutkan. Berikan semangat kepadanya.
Hadkan imej, filem, drama atau rancangan kanak-kanak yang menakutkan. Ini boleh menyebabkan wujudnya ketakutan.
Bantu si kecil dan anak remaja anda untuk bersedia berdepan cabaran, seperti ujian dan laporan sekolah. Biarkan mereka menyedari bahawa anda mempercayai mereka.
Bantu hilangkan ketakutan dialami kanak-kanak
Fobia anak kecil, tidak kira berapa usia mereka, sama ada 5 atau 15 tahun, pastikan anda membantu menghilangkan ketakutan itu dengan rasa hormat.
Jangan pernah memandang remeh ketakutan yang dialami.
Bantu anak berdepan ketakutan dalam rasa yang selesa tanpa keterpaksaan.
Elakkan memperkecilkan rasa takut mereka. Walaupun masih kecil, mereka juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.
Bagaimana Ayu Abas tackle Arrian dan Andra hingga dua-duanya bijak dan petah? Tentu ada tekniknya. Bila kena caranya, maka mudahlah proses mendidik dilakukan.
Bila melihat Arrian anak-anak Tomok, Arrianshah Akid, 6 tahun dan Andrashah Iman, 3 lantas terus terfikir tentu banyak yang dilakukan oleh ibunya, Ayu Abas dalam merangsang perkembangan anak-anak ini.
Ibu memberikan pengaruh besar kepada anak-anak. Cara ibu berkomunikasi seperti bercakap, bermain , ekspresi wajah dan suara memberikan impak kepada pembentukan diri si anak.
Ini adalah antara yang dilakukan oleh Ayu kepada Arrian dan Andra.
BELAJAR BAHASA CINA
Untuk membantu Arrian mengulangkaji pelajaran Bahasa Mandarin di rumah, Ayu juga turut sanggup mempelajari tentang asas bahasa ini.
Perbualan yang santai tetapi mempunyai ‘isi’. Ayu memperuntukkan masa untuk berbual sambil melihat anak-anak makan atau bermain. Memang kelihatan santai tapi dalam masa yang sama anak-anak belajar tentang bahasa dan pertuturan. Anak-anak juga bebas memberikan pendapat mereka.
Ayu juga turut tidak mensia-siakan masa untuk main game dengan Andra walau pun di luar rumah. Ini bermakna Ayu sentiada ‘standby’ bahan mainan yang berfaedah untuk anak-anaknya. Mainan seperti kad imbasan ini nampak simple tapi boleh bantu Andra mengenali warna dan sebutan.
Memang betul, membaca jambatan ilmu. Banyak faedah yang diperolehi menerusi pembacaan. Justeru, Ayu menjinakkan anak-anaknya dengan buku dan membaca sejak dari awal. Ayu juga memilih buku yang bersesuaian dengan usia dan perkembangan mereka.
Ayu juga beri peluang kepada anak-anak untuk melakukan ekspresi dirinya. Membuat lukisan sempena hari ibu, persembahan bercerita dalam bahasa Mandarin dan sebagainya. Yang penting, ibu dan anak-anak happy!
Tidak bersikap terlalu serius dan menekan anak-anak dalam melakukan apa sahaja. Kawalan emosi yang baik terhadap anak-anak akan menyebabkan ibu dan bapa akan dihormati.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...