Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia akan jadi ‘terror’ atau ‘terrorist’?
Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan.
Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.
Artikel Menarik: [Simpan Tali Pusat Konon Jadi Ubat & Elak Anak Bergaduh? Ustaz Azhar Jelaskan Hukum]
Di bawah ini disenaraikan 8 tip cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.
Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.
Bertukar suara dan intonasi sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.
Puji orang lain depan anak, tetapi dengan syarat untuk memberi contoh kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.
Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la…) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.
Artikel Menarik: [Minta Maaf Bila Mak Ayah Marah Anak Berlebihan, Tapi Jangan Buat Anak Keliru. Ada Tipnya!]
Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.
Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya.
Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.
Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya.
Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.
Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: “Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun.”