Real Case : Ada parents di sini yang mengaku tak pernah dan tak tahu untuk marah anak. Parents…. Marah tu tandanya untuk menegur kesalahan anak. Kan ada pepatah mengatakan marah tandanya sayang. Real case ini adalah perkongsian daripada Cik Aishah Kassim, Pakar Pertuturan Bahasa.
Sanggup ke kita tengok anak kita buat salah tapi kita biarkan je anak buat tingkahlaku macam tu? Sanggup ke kita biarkan anak baling barang dekat kita, sepak, tampar kita?
Kita mungkin sanggup, tapi bagaimana bila di luar? Jika anak buat perkara yang sama dekat kita kepada orang lain. Ada yang kata takut anak berdendam. Ada yang kata takut anak trauma dan emosi. Hm. Marah ada hadnya. Jangan marah sehingga menghina dan mengeluarkan kata-kata yang buruk dan negatif kepada anak. Jangan marah setiap masa pulak, tu parents yg ada masalah!
Ads
Marah anak ketika dia buat kesalahan. Puji anak ketika dia buat kebaikan.
Ads
Dari sini anak akan belajar bahawa setiap perkara yang baik akan diberi pujian dan dihargai & perkara yang buruk jika dilakukan pasti akan dihukum. Yang salah tetap salah, dan yang betul kita raikan.
Biarkan anak menangis harini. Jangan satu hari nanti kita pula yg menangis melihat anak kita
Memang risau bila perkembangan anak tidak berlaku seperti yang sepatutnya, justeru ibu ayah terlupa tentang beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk anak yang ada masalah seperti lambat bercakap dan sebagainya.
Akibat terlalu mengharapkan progress anak-anak seperti kanak-kanak lain, tanpa sedar ibu ayah ‘push’ luar limitasi mereka. Jangan terlalu fokus tentang itu sahaja, tapi kena ambil tahu tentang 5 perkara ini juga!
Asyik fokus dengan masalah anak sampai terlupa 5 perkara ni!
Jika anda ada anak yang speech delay, jom luangkan masa untuk baca 5 perkara yang perlu elak untuk mereka :
1️. Elak bandingkan setiap anak
2️. Elak terburu-buru diagnose anak
3️. Elak bertanya banyak soalan pada anak
4️. Elak beri arahan pada anak semasa bermain
Elak anak bermain seorang diri
Kadang-kadang kita terlalu harapkan agar anak cepat progress sehingga kita push mereka beyond their limit. Tapi ingatlah yang mereka masih kecil dan mereka hanya mengharapkan belaian, perhatian dan kasih sayang daripada kita.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak buat salah, ibu ayah akan soal semula pada anak kenapa buat macam ni? Kenapa tak dengar cakap? Kenapa dan kenapa sehinggalah anak terdiam tak ada jawapan. Bukan itu saja, siap pakej sekali dengan pukul atau cubit sebab geram sangat.
Ini adalah situasi biasa. Perkataan ‘kenapa’ ni dah automatik terkeluar namun ia tak bagus untuk perkembangan anak yang sedang membesar. Berikut adalah perkongsian Perunding Parent Connect, Puan Noor Afidah Abu Bakar.
*Selalunya tindakan anak kecil hanya mengikut gerak hati (impulse).
*Kadang-kadang kerana sesuatu pergerakan itu adalah salah 1 dari 9 ‘schema’ yang pernah saya kongsikan sebelum ini.
*Kadang-kadang tindakan anak kecil adalah bersesuaian dengan usia dan perkembangannya.
*Kadang-kadang ia dilakukan kerana ingin melihat kesan dan akibat sesuatu perbuatan (eksperimentasi).
*Kadang-kadang ia lahir dari emosi yang tidak tahu untuk diluahkan.
*Kadang-kadang dilakukan kerana ingin mempertahankan haknya.
*Kadang-kadang dilakukan kerana dia letih, lapar, tidak sihat, atau tidak cukup tidur.
*Kadang-kadang ia dilakukan kerana inginkan perhatian daripada individu yang dirasakan tidak peduli dan tidak memberikan perhatian positif.
Semua sebab ini sukar untuk diterjemahkan oleh anak kecil dalam perkataan. Oleh itu sekiranya kita bertanya anak kecil,
“Kenapa buat macam tu?”
“Why did you do that?”, anak kecil tidak ada jawapan.
Jika dia jawab “Tak tahu”, “I don’t know”, maka jawapannya itu tepat dan betul. Dia tidak menipu.
Sekiranya ditekan dan dipaksa untuk memberikan jawapan kepada “Why” kita, maka anak kecil akan mula belajar untuk bercakap tidak benar kerana ingin memberikan jawapan yang kita ingin dengar.
“Kenapa” atau “Why” bersifat interogatif yang menakutkan anak-anak kecil. Dalam situasi yang begini, sebaiknya jangan ditanya “Kenapa” tetapi minta anak terangkan “Apa” yang berlaku atau “Bagaimana” ia berlaku. Anak boleh menceritakan proses. Dari situ kita dapat membimbing anak apa yang sepatutnya dilakukan sekiranya dia berada dalam situasi yang sama lagi nanti.
Kadang-kadang anak kecil tidak tahu apa yang patut dilakukan sekiranya bosan, sekiranya marah, sekiranya kecewa, sekiranya sedih kerana kita tidak pernah membimbing emosinya.
Kita tidak boleh mengandaikan anak kecil ada ‘common sense’. Ibu bapa perlu meluangkan masa dengan anak agar kita tahu “Why” dia melakukan sesuatu perkara yang tidak wajar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru pertama kali sambut raya, Siti Aafiyah puteri sulung kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza terus dapat beraya dengan Perdana Menteri Malaysia Tun M.
Dalam keterujaan pertama kali menyambut Aidil Fitri bersama anak tersayang, Siti memuat naik gambar dia dan Aafiyah berpeluang menziarahi pemimpin yang sangat dikagumi tak lain tak bukan Tun Dr Mahathir di kediaman Perdana Menteri Malaysia ke-7 tersebut.
Bertuahnya anak ibu dapat beraya bersama Ayahnda Tun M & Bonda Tun Siti harini @chedetofficial
Nampaknya selain daripada bahagia kerana dapat menyambut hari raya dengan gelaran ibu, Siti juga bertuah kerana berpeluang berkunjung ke rumah pemimpin yang sangat disanjungi.
Memang bertuah dua beranak ini!
Selain daripada suaminya Datuk K, kunjungan raya tersebut turut disertai oleh dua anak tirinya dan menantu Siti pelakon jelita Izara Aisyah.
Tuah yang diperolehi oleh Comel Pipi Merah ini bukan semua orang berpeluang merasainya. Dalam usia tiga bulan, Aafiyah beruntung kerana dapat berkunjung menziarahi rumah pemimpin negara yang paling dikagumi rakyat Malaysia.
Rata-rata netizen menyatakan betapa bertuah dan beruntungnya Aafiyah kerana dapat jumpa Tun M.
Sumber: Instagram ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...