Bab pemakanan anak masa kecil penting untuk pembentukan diri anak apabila besar. Bagi Farah Lee yang kini menetap di luar negara kerana sedang menyambung pengajiannya, dia cukup menitikberatkan soal pemakanan anak perempuannya, Maream Esabel.
Memandangkan tinggal di luar negara, Farah Lee akan sentiasa memastikan apa yang boleh dan tak boleh. Lagi awal di ajar, lagi mudah dan cepat anak ingat walaupun pergi ke mana saja.
Berbanding orang dewasa mungkin agak sukar untuk terima perubahan ini, kongsinya di instagramnya.
Farah juga menjelaskan, sebelum ini ada yang mempertikai tindakannya yang melarang Maream makan gummy atau jelly. Namun tindakan itu adalah untuk kebaikan anaknya. Malah Maream juga tiada masalah dan faham kenapa dia tak boleh beli.
Kadang-kadang bila Omma (Farah) beli je gula-gula atau coklat tanpa tengok kandungannya, Maream pula yang ingatkan Omma suruh baca dulu tulisan di belakangnya.
Sumber: ig farahlee