
Isi Kandungan
ToggleMaria Sharapova, siapa yang tidak mengenali bintang tenis dunia bagi peminat sukan popular ini. Bukan saja lincah beraksi di gelanggang, Maria juga mempunyai seraut wajah cantik dengan ketinggian badan bak supermodel.
Gelaran ibu tidak menjadi alasan buat Maria untuk mengabaikan penampilan sebagai seorang public figure. Buktinya selepas melahirkan anak sulungnya pada Julai 2022, wanita ini tidak mengambil masa lama untuk kembali fit dan langsing.
Maria Sharapova Bekas Bintang Tenis Dunia, Kekal Langsing Lepas Bersalin
Tubuhnya juga kekal langsing walaupun setelah melahirkan. Selain menjaga pemakanan, Maria juga rajin mengamalkan workout untuk memastikan dirinya kekal fit selepas melahirkan anak.
Maria memulakan ‘workout’ selepas empat minggu melahirkan. Walaupun tubuhnya agak lemah ketika itu, wanita ini tetap cuba melakukan workout bagi memastikan dia mendapat energi secukupnya.
Ini Rahsianya
Tidak sia-sia melakukan workout, penampilan Maria tetap menawan dan semakin anggun dengan fizikal tinggi lampai persis supermodel. Bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan persaraannya pada Februari 2020.
Kesimpulannya untuk kembali langsing dan fit selepas bersalin, bukan sahaja perlu menjaga pemakanan tetapi juga ‘wajib’ melakukan senaman.
Kredit foto: Instagram Maria Sharapova
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Video Aliff Syukri Teman Isteri Bersalin Buat Ramai Netizen Sebak Dan Sayu

Selepas berkongsi gambar anak keempatnya sebaik dilahirkan, Datuk Seri Aliff Syukri
memuat naik pula video detik-detik isteri tersayang, Datin Sri Shahida melahirkan Yusoff Al-Qardawi di laman Instagramnya.
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Dengan kapsyen yang ditulis ..pengorbanan wanita sungguh hebat..setuju tak?????
ketika ini sy berada bersama dia dan sy rasa pengorbanan melahirkan amat bemakna dan sukar utk diungkapkan ketika moment ini berlaku.. semoga anak ini @yusoffalqardawi menjadi anak yg soleh dan pengikat ikatan kita supaya lebih menyayangi antra satu sama lain..walapun berbagai dugaan hampir 12tahun kita hidup bersama.. and ill always with u.. i love u syg @shahidadherbs forever
jelas membuktikan jutawan ini sangat-sangat menghargai dan mengagumi wanita bergelar ibu.
Sokongan yang diberikan kepada Shahida dengan cara memegang erat tangannya serta tidak putus memberikan kata-kata semangat benar-benar membuatkan ramai netizen tersentuh hati.
mcm baem @yusoffalqardawi seaat dilahirkan.. abah tak sempat buat vedio..siapa nak tngok?
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Pastinya perkongsian video tersebut membuatkan ramai ibu yang berpengalaman melalui saat genting melahirkan anak rasa terharu dan sebak kerana mengimbas kembali memori masing-masing.
Bahkan ada yang tag anak masing-masing kerana ingin anak-anak melihat bagaimana kepayahan ibu melahirkan seorang anak ke dunia supaya anak-anak lebih menyayangi, menghormati dan menghargai wanita bergelar ibu.
Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris & yusoffalqardawi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Nak Susu Meriah Masa Puasa, Kena Wujudkan Jadual Khas Mengepam

Sepanjang berpuasa, diakui akan berlaku penurunan penghasilan susu ibu ekoran daripada anda yang keletihan, tidak menjaga pemakanan, kurang efisyen mengosongkan payudara dan sebagainya.
Salah satu cara untuk pastikan anak mendapat bekalan susu ibu yang mencukupi ialah dengan konsisten mengepam payudara
Ada segelintir ibu menyusu gentar apabila Ramadan menjengah. Jika di bulan biasa, saat terasa dahaga, bolehlah basahkan tekak dengan air atau ambil makanan yang boleh membekalkan sumber cecair pada bila-bila masa. Namun apabila berpuasa, keadaan jadi berbeza.
Anda sudah tentu maklum bahawa konsep asas penyusuan susu ibu ialah semakin banyak permintaan, semakin banyaklah penawarannya. Janganlah hanya kerana letih berpuasa, anda culas ikuti jadual mengepam. Penghasilan susu ibu boleh menyusut jika hal ini tidak dititikberatkan. Dalam usaha memastikan diri berterusan menghasilkan susu ibu untuk keperluan si manja, anda perlu konsisten mengosongkan payudara di samping menjaga pemakanan harian semasa bersahur dan berbuka puasa.
Langkah seterusnya ialah anda perlu mewujudkan satu jadual khas mengepam payudara bagi mengumpul stok susu ibu perahan. Hal ini penting terutamanya bagi anda yang bekerja. Ingat ya, walaupun berpuasa di waktu kerja, anda tetap perlu pam seperti kebiasaannya.
Jadual pam khusus semasa bulan Ramadan ini perlu dilakukan dengan tekun supaya dapat memastikan penawaran susu ibu dapat berjalan lancar. Apabila ada permintaan berterusan iaitu anda mengepam payudara di tempat kerja, sudah pasti proses pengeluaran susu ibu tidak terjejas.
Ada yang berpendapat bahawa anda perlu mengikuti jadual ini sebulan sebelum berpuasa lagi. Dengan yang demikian, ia dapat merangsang lebih banyak penghasilan susu ibu. Jadi, lakukan ikut kemampuan diri sendiri.
Jadual ini dihasilkan berdasarkan kepada jadual wanita yang bekerja mengikut waktu pejabat biasa. Sekiranya anda bekerja secara shif atau bekerja pada waktu selain daripada waktu yang dinyatakan, sesuaikan jadual ini mengikut waktu bekerja dan keperluan pekerjaan anda.
Paling penting pastikan jarak mengepam tidak melebih daripada tiga jam setiap sesi pengepaman. Bila kerap payudara dikosongkan, lebih banyak hormon proklatin. Maka, lebih banyak susu bakal dihasilkan.
Antara tip tambahan yang boleh dikongsikan ialah anda perlu susukan bayi secara terus ke payudara mengikut keperluannya selepas dan sebelum ke tempat kerja. Jika pada waktu itu, dia hanya menyusu di sebelah payu dara, bolehlah anda amalkan tandem nursing dengan mengepam di sebelah payudara lainnya.
Waktu | Sesi mengepam | Cadangan pemakanan |
Sebelum waktu bekerja (4.30 pagi – 6.00 pagi) | Sebelum sahur atau selepas sahur (minum 1 gelas air suam/panas kosong sebelum dan selepas mengepam) | Sahur + 3 biji kurma + susu |
Waktu bekerja (8.00 pagi – 5.00 petang) | 10 pagi 1 petang 4 petang | Tiada |
Selepas waktu bekerja (6.00 petang – 11 malam) | Sebelum tidur (minum 1 gelas susu suam sebelum dan selepas mengepam) | Berbuka puasa + 3 biji kurma Moreh selepas solat tarawih + 3 – 5 biji kurma |
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenapa ‘Breastsleeping’ Boleh Jadi Penyelamat Pada Ibu Menyusu? 7 Fakta Ini Buktinya!

Anda mungkin pernah terbaca atau mendengar perkataan ‘breastsleeping’ dan tertanya apakah ia sebenarnya. Ia bukan bantal penyusuan terbaru yang ada di pasaran tetapi ia ungkapan yang diberikan oleh pakar tidur, James McKenna, PhD, yang juga pengarah Mother-Baby Behavioral Sleep Laboratory di University of Notre Dame.
McKenna juga seorang pakar antropologi dan pakar terkenal tentang tidur bayi. Beliau banyak menghasilkan artikel dan kajian tentang kelebihan dan keselamatan ‘co-sleeping’. Salah satu artikel terbarunya yang disiarkan dalam jurnal pediatirk, Acta Paediatrica turut memaparkan tentang frasa ‘breastsleeping’.
‘Breastsleeping’ bermaksud menyusukan bayi semasa ibu dan bayi tidur. Maknanya ibu menyusukan bayi dengan susu ibu sangat digalakkan untuk berkongsi katil atau tidur bersama bayi sekali.
Mengapa pakar ini kata ia sangat bagus? Ini antara sebabnya.
1. Berkongsi katil dengan bayi yang disusukan adalah perkara biasa, normal dan sihat.
2. Ibu menyusu secara psikologi sudah biasa dengan bayi mereka, jadi ibu akan tidur tidak terlalu lena pada waktu malam supaya mudah terjaga sekiranya ada yang tidak kena pada bayi.
3. ‘Breastsleeping’ sangat bagus kepada ibu menyusu kerana ia dapat memastikan penghasilan susu ibu sangat tinggi sebab bayi yang tidur dengan ibu akan lebih kerap menyusu pada waktu malam, maknanya ibu akan menyusukan dalam tempoh masa lebih panjang.
4. Hubungan positif antara penyusuan lanjutan dan berkongsi katil kini semakin dipercayai di mana mereka yang mengamalkannya mengakui amalan tersebut banyak kebaikan.
5. ‘Breastsleeping’ sebenarnya menjamin ibu tidur lebih lena kerana walaupun bayi kerap bangun di tengah malam, tetapi bayi akan lebih mudah terlena semula dan sudah tentu ibu juga tak perlu berganjak dari katil untuk menjenguk bayi.
6. Tidur bersama bayi sekatil hanya dicadangkan kepada ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu sahaja. Jadi tidak timbul isu bahaya kepada bayi. Ini kerana ibu menyusu lebih mudah terjaga berbanding ibu memberi bayi susu formula. (Ini bukan satu serangan kepada mana-mana pihak kerana menyusukan atau tidur dengan bayi adalah pilihan masing-masing).
7. Kajian mendapati bahawa berkongsi katil bukanlah satu risiko yang nyata jika dilakukan dengan selamat, dan selepas tiga bulan, berkongsi katil dengan bayi sebenarnya bersifat melindungi.
Jadi, ibu-ibu menyusukan bayi yang tidur sekatil dengan bayi, anda telah melakukan perkara yang betul dan tepat. Sememangnya ‘breastsleeping’ sangat bermakna bila anda menyusukan bayi.
Memang ia akan membuatkan anda kerap terjaga di tengah malam, tetapi percayalah selepas beberapa minggu, anda akan dapati mudah untuk memasukkan puting payudara ke dalam mulut si comel biarpun tanpa cahaya lampu dan paling penting anda berdua boleh tidur lena semula tanpa masalah.
Oleh itu jangan takut anda akan kekurangan tidur, bimbang keselamatan bayi atau perkara lain, kerana pakar tidur sudah membuktikan ia benar-benar berkesan dan selamat kepada ibu dan bayi (dengan syarat semua garis panduan keselamatan dipatuhi).
Yang penting, ibu menyusu tak perlu turun dari katil dengan mata yang mengantuk untuk memberi bayi susu!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI