Mark Adam pernah mengambil anak angkat. Bagaimanapun ibu kandungnya telah mengambilnya semula sehingga isterinya menangis dan trauma. Pengalaman pahit anak angkat diambil semula ibu kandungnya meninggalkan kesedihan dan kesan trauma buat penyanyi Mark Adam dan isterinya, Norazah Redzuan.
Mark Adam Pernah Ambil Anak Angkat Tapi Ibu Kandung Ambil Semula
Bagi pasangan yang berkahwin tentulah inginkan anak sebagai penyambung zuriat. Memetik kosmo, Mark enggan lagi memikirkan soal mengambil anak angkat. Pelantun lagu ‘Pencuri’ ini tidak sanggup lagi melihat isterinya menanggung impak emosi memikirkan peristiwa tersebut.
Katanya, biarlah perkara tersebut menjadi urusan Tuhan dan dia tidak mahu terlalu berharap bimbang peristiwa lampau berulang kembali.
“Selepas enam tahun berkahwin, kami pernah mengambil seorang anak perempuan yang sangat comel berusia lapan bulan ketika itu.
Isteri Menangis, Trauma
“Bagaimanapun setahun kemudian kami terpaksa menyerahkan semula anak itu sehingga isteri kerap menangis dan menanggung kesedihan yang mengambil masa untuk sembuh.
“Namun kami tidak pernah menutup pintu sekiranya ada rezeki untuk ambil anak angkat tetapi kami akan lebih hati-hati dan pastikan ada hitam putih serta mengikut undang-undang,” katanya.
Ads
Enggan bercerita panjang bimbang perasaan isteri terguris, pelakon dan pelawak itu mendedahkan sempat meraikan hari jadi pertama anak itu, sekali gus menjadi kenangan terindah mereka.
Menurut Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, 45, mereka hanya menyimpan kemas segala memori selain menyibukkan diri dengan belajar berniaga dan menyertai karnival jualan.
“Selain sibuk dengan pusat latihan vokal Akademi dan menguruskan karier seni saya, Izan (isteri) suka berniaga dan rajin belajar asas bisnes dengan mengikuti banyak festival jualan.
“Ikutkan perancangan jangka panjang kami memang nak serius dalam bisnes sebab dapat bantu famili serta buka peluang pekerjaan kepada orang lain.
Ads
“Buat masa ini kami berniaga ikut musim, macam biskut ketika bulan puasa serta barangan lain termasuk baju-baju ‘preloved’,” katanya ketika ditemui di Bazar Hujung Minggu Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya, semalam.
Penyanyi lagu Pencuri itu bersama pasangan selebriti, Nad Zainal dan Ungku Ismail menyertai pasar komuniti anjuran hotel terbabit sebagai antara cara menyumbang semula kepada masyarakat dengan menawarkan jualan pada harga rendah.
Terdahulu perkahwinan Mark dan Norazah atau dipanggil Izan yang kini sudah memasuki tahun ke-20 belum dikurniakan cahaya mata.
Tak kiralah anak lelaki mahupun anak perempuan, sememangnya rapat dan manja dengan ayah. Kalau boleh tak mahu berenggang! Ada satu bonding yang istimewa antara ayah dan anak-anak ni tak sama seperti dengan ibu. Sebab itulah dikatakan ayahnya adalah role model untuk anak lelaki dan cinta pertama untuk anak perempuan.
Kadang-kadang bila rapat dengan ayah pun ada tersilap juga. Itulah yang berlaku pada kanak-kanak ini apabila dia dengan yakin didukung oleh seorang lelaki. Tak menangis atau minta diturunkan kanak-kanak tersebut akhirnya tercengang apabila melihat ayahnya berada di tempat lain.
Sebenarnya yang mendukung kanak-kanak tersebut adalah seorang lelaki yang mempunyai rupa seakan-akan ayahnya. Dengan bentuk badan dan pemakaian yang lebih kurang sama, maka tak hairanlah dia boleh tersalah ayah!
Orang di sekeliling sudah tertawa melihat kanak-kanak tersebut yang asyik memandang kedua-dua lelaki tersebut untuk mengenal pasti ayahnya. Akhirnya, dia menuding jari ke arah ayahnya yang sedang duduk.
Memang terhibur bila tengok gelagat kanak-kanak tersebut.
Pasangan popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan suaminya Atta Halilintar dilihat semakin bertambah bahagia sejak punya anak mereka, Ameena Hanna Nur Atta.
Melewati Instagram pasangan ini, ada sahaja momen dan wajah terkini Ameena yang sentiasa dikongsikan oleh Aurel dan Atta.
Terbaru, pasangan ini dilihat sedang bercuti di Bali bersama buah hati tersayang mereka.
“Masya Allah Tabarakallah. Pengen dehh tinggal di Bali.
“So peaceful. Ameena selalu happy di ajak jalan-jalan apa lagi kalau ke pantai,” tulisnya di kapsyen ketika bercuti di Bali.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya wajah Ameena yang semakin hari semakin comel dan sihat membesar dikala usianya yang kini sudah pun hampir empat bulan.
Wajah-wajah comel Ameena juga turut dikongsikan pasangan ini sepanjang percutian singkat mereka sekeluarga.
Tidak mahu Ameena pakai pakaian terdedah
Paling menarik, Aurel dan Atta juga turut memakaikan anak sulung mereka dengan tudung di kepala.
Malah memetik laporan Kapan.com, kedua mereka tidak mahu bayi mereka memakai pakaian yang terlalu mendedahkan anggota badan biarpun masih kecil.
Melalui perkongsian Atta di vlognya, dia sebolehnya mahu memberikan yang terbaik buat puteri sulunya itu.
Terdahulu, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar diijabkabulkan pada 3 April 2021. Pasangan ini menyambut kelahiran anak sulung mereka pada 22 Februari lalu.
Sejak anak memulakan sesi persekolahan awal Mac lalu, ibu bapa antara yang sibuk uruskan keperluan sekolah anak. Dari menyusun buku ikut jadual, ajar anak buat kerja sekolah dan hantar atau ambil anak dari sekolah.
Walaupun dah letak jawatan sebagai guru sementara di rumah, tugasan lain tetap dilakukan seperti biasa. Namun bila anak sekolah ni, jika seorang tiada masalah, bila anak ramai agak kelam kabut sikit.
Jadi untuk nak memudahkan ibu-ibu menyusun jadual buku sekolah anak, perkongsian Lynd Abu Bakar cukup ringkas tapi sangat menyenangkan kerja ibu dan anak.
Dulu masa awal-awal sekolah mama yang decide dan cari idea nak memudahkan urusan mama dan anak-anak kemas buku. Bila kongsi di media sosial macam-macam orang cakap, ada yang setuju dan ada yang kecam.
“Berat beg guna file, kesian anak”
“Nanti anak tak ingat jadual lah”
“Jadual tukar 3-4x setahun lah”
Haihhh lah.. kalau tak kuat memang boleh makan hati jugalah. Tapi kita ni sebagai mak-mak kalau boleh nak mudahkan semua pihak. Apa yang betul kita ikut, yang salah kita tegur.
Tapi sekarang anak dah besar. Yang sulung darjah 5 dah. Mama suruh dia pilih nak guna sistem apa nak pakai mama sediakan.
Yang sulung nak guna file sebab mudah katanya buku tak rosak. Darjah 3 pula tak nak file sebab malas nak kemas bila balik. Dia nak campak je dalam beg. Jagalah kalau ada buku tertinggal atau rosak.
Pocket file tu banyak yang tahun lepas boleh pakai lagi. Jimat sebenarnya kalau beli yang elok sikit. Ada yang murah sikit tu baru berapa bulan dah koyak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Didie Alias datang lawat Amyza Aznan, beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.