Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi resepi bawang goreng yang sangat sedap dan boleh diamalkan seisi keluarga.

Maryam Kongsi Resepi Bawang Putih Goreng, Anak Mudah Nak Makan Kalau Masak Macam Ni! Memang Sedap

Tambahnya lagi, bawang putih banyak khasiat untuk kanak-kanak dan dewasa. Tapi sukar untuk kita amalkan jika dimakan begitu sahaja.

Maryam berkongsi resepi yang memudahkan anak-anak makan bawang putih dengan berselera.

Maryam Kongsi Resepi Bawang Putih Goreng, Anak Mudah Nak Makan Kalau Masak Macam Ni! Memang Sedap

“Bawang putih sangat baik untuk kesihatan. Membantu meninggikan imuniti dan kurangkan batuk pada bayi, Membantu mencegah tekanan darah tinggi pada orang dewasa.”

“Tapi susah makan kan? Cuba masak macam ni! Bagus sebagai snek dan boleh dimakan bersama nasi.”

Maryam Kongsi Resepi Bawang Putih Goreng, Anak Mudah Nak Makan Kalau Masak Macam Ni! Memang Sedap

Bahan-bahan:

Ads
  • Bawang putih 20-30 pcs
  • Minyak
  • OIigosaccharide atau madu 3 sudu
  • Kicap atau soy sauce 1 sudu

Maryam Kongsi Resepi Bawang Putih Goreng, Anak Mudah Nak Makan Kalau Masak Macam Ni! Memang Sedap

Menurut perkongsian Dr. Mazliana, Bawang putih bagus sangat untuk sistem imun anak. Allicin dalam bawang putih, bersifat antiradang, penting untuk anak-anak.

1. BATUK SELSEMA

– Wajib letak banyak dalam sup anak kalau diorang tak sihat. Buat minyak bawang putih kalau anak serasi, dapat kurangkan batuk selsema. Bakar bawang putih, tumbuk sikit, campur dengan minyak.

Ads

2. MASALAH PENGHADAMAN

– Anak cirit birit salah makan jangkitan kuman, cari bawang putih jugak. Buat singgang ikan, bawang putih lebihkan sikit. Antibakteria jugak tau bawang putih ni.

3. ANAK ASTHMA

– Bawang putih setiap hari kena masuk dalam masakan anak tau.

4. SAKIT TELINGA

Ads

– Boleh sapu minyak bawang putih di bahagian luar telinga, untuk kurangkan rasa sakit. Power kan bawang putih. Kena ada kat rumah selalu ya. Standby untuk anak-anak.

*Beli bawang putih banyak-banyak dan simpan di rumah ya!

Kredit: Maryam

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI