
Selepas video anak sulung kepada pelakon Fizo Omar, Wan Maryam yang tular kerana merasa dirinya tidak disayangi, bapa kepada empat cahaya mata itu tampil menjelaskan situasi sebenar.
Ujar Fizo, dia memahami perasaan anak kecilnya itu kerana jarak dan waktu yang memisahkan mereka.

Dedah Fizo, sejak lapan tahun lalu dia hanya dibenarkan bertemu Maryam selama empat hari sahaja dalam sebulan dan tidak diberikan akses pada waktu lain seperti yang telah ditetapkan.
“Mudah kata saya tidak dibenarkan untuk berjumpa anak pada waktu lain, sebaliknya hanya perlu mengikut tempoh sudah ditetapkan. Sudah lapan tahun seperti ini,” kongsinya.
Malah kata Fizo lagi dia memahami namun enggan menganggapnya sebagai sesuatu yang serius kerana menyifatkan ia sebagai reaksi normal seorang kanak-kanak.

“Mungkin dia (Maryam) berasa macam itu (tidak disayangi).
“Bukan saja Maryam, anak-anak yang tinggal serumah dengan saya kadang-kadang pun cemburu apabila saya peluk adik mereka.
“Alhamdulillah kami sekeluarga bahagia, semuanya baik-baik sahaja.
“Kasih sayang semuanya sama, hakikatnya Maryam terlebih kasih sayang,” ujarnya,” katanya.

Tambah Fizo lagi, hubungannya dengan anak sulung kesayangannya itu baik-baik sahaja dan dia berusaha membahagikan kasih sayang secara adil kepada semua anaknya.
Bahkan kata Fizo lagi dia enggan untuk ambil pusing dengan komen-komen negatif netizen malah berfikiran positif dalam segala hal.
“Orang cerdik akan fikir logik, mana ada bapa tak sayang anak. Saya tak mahu layan komen-komen netizen,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Fizo yang mendirikan rumah tangga keduanya bersama Fazeera Nazri dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keluar Rumah Pukul 5.30 Pagi, Pengetua Sambut Pelajar Datang Sekolah

Keluar rumah pukul 5.30 pagi, pengetua sambut pelajar datang sekolah. “Sebelum kamu berjaya, saya dah peluk kamu dulu’ itulah ungkapan penuh makna daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Yarl, Dr Ahmad Kamal Ariffin.
Keluar Rumah Pukul 5.30 Pagi, Pengetua Sambut Pelajar Datang Sekolah
Pendidik berusia 50 tahun ini menjadi tular di media sosial kerana rutin hariannya yang unik, di mana beliau menyambut pelajar di pintu pagar sekolah setiap pagi dengan penuh keikhlasan dan sentuhan jiwa.
Setiap pagi, bukan untuk memeriksa pakaian atau menegur pelajar yang datang lambat, tetapi beliau hadir dengan senyuman, pelukan dan kata-kata semangat sebagai motivasi buat mereka.
Video rakaman beliau berdiri di pintu pagar sejak awal pagi bukan sekadar menunjukkan kasih seorang guru, tetapi menggambarkan perjuangan seorang pendidik yang berkorban untuk membentuk generasi berakhlak mulia.
@drahmadkamal5577 ( ADMIN ) DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN BELIAU BERPENGALAMAN SEBAGAI; 1. GURU SEKOLAH DI SMK SEKSYEN 18, SHAH ALAM ( 1999 – 2006) 2. WARDEN ASRAMA SMK SEKSYEN 18, SHSH ALAM ( 1999 – 2003 ) 3. JURULATIH UTAMA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID ( BAHAGIAN SEKOLAH, KPM – 2002 – 2006) 4. PENOLONG PENGARAH DISIPLIN MURID, BAHAGIAN SEKOLAH, KPM ( 2006- 2007( 5. PENOLONG PENGARAH KAUNSELING MURID, BAHAGIAN SEKOLAH, KPM ( 2008-2010) 6. KETUA UNIT HEM ( BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM ( 2011) 7. KETUA UNIT AKADEMIK ( BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM ( 2012) 8. PENYELIDIK PERINGKAT KEDOKTORAN ( UNI MALAYA, 2013 – 2015) 9. KETUA PENOLONG PENGARAH ( PUSAT DIPLOMASI BAHASA DAN BUDAYA, IDFR, KEMENTERIAN LUAR NEGARA ( 2016 – 2018) 10. KETUA JABATAN, JABATAN PENGURUSAN HEM DAN KAUNSELING, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KPM ( 2019 – 16 SEPTEMBER 2024) 11. PENGETUA, SMK TAMAN YARL, KUALA LUMPUR ( 17 SEPTEMBER 2024 HINGGA KINI ) TAHNIAH TUAN PENGETUA. #MOTIVASI #pengetua #PENDIDIK #cikgutiktok #gurutiktok #fyp #gurutiktok #fypage #fypp #tiktokviral #tiktok #MALAYSIA #pmx #fadhlinasidek #BEST #FYP #tiktok #viral #TIKTOK #top #fypage #yes #teachersoftiktok #fypppppppppppppp #fypppp #fypppppppppppppp #top #fadhlinasidek #go #Test ♬ original sound – Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin
“Sejak terima surat lantikan daripada Ketua Pengarah Pendidikan pada 17 September 2024 untuk menjadi pengetua, saya tak pernah berhenti berusaha.
“Inilah pertama kali saya pegang jawatan pengetua. Saya ditempatkan di sekolah yang menduduki ranking kedua terburuk dari segi prestasi di Kuala Lumpur. Keputusan peperiksaan sangat mengecewakan dan pelbagai masalah lain, termasuk kemudahan yang kurang memuaskan. Ramai kata sekolah ini agak ‘daif’ di bandar,” katanya kepada Harian Metro.
Dengan pengalaman 20 tahun dalam Kementerian Pendidikan, pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Murid dan Hal Ehwal Murid serta Kaunseling, Dr Ahmad Kamal berusaha membawa perubahan berdasarkan pengalaman luasnya.
“Saya cuba buat transformasi. Dasar Sekolah Penyayang memang ada garis panduan untuk meraikan pelajar setiap pagi, jadi saya jadikan itu amalan tetap saya.
“SAYA KELUAR RUMAH SEAWAL 5.30 PAGI DARI PUTRAJAYA DAN AKAN SOLAT SUBUH DI SURAU SEKOLAH. PADA MULANYA, SAYA PERHATIKAN KEBANYAKAN PELAJAR DATANG DARIPADA LATAR BELAKANG MENCABAR, SEKITAR 95 PERATUS DARI KELUARGA B40. MASALAH DISIPLIN BANYAK, KURANG MOTIVASI BELAJAR, ADA ISU KELUARGA SEPERTI PERCERAIAN DAN PERSEKITARAN YANG TERDEDAH KEPADA DADAH. JADI SAYA AMBIL PENDEKATAN MERAIKAN MEREKA SETIAP HARI,” UJARNYA.
Apabila ditanya siapa yang menjadi fokus utama untuk dibentuk terlebih dahulu, guru atau pelajar, beliau menjelaskan pendekatannya adalah serentak.
“Saya tegas dengan guru. Saya tak segan marah kalau perlu sebab mereka orang dewasa. Ada yang datang lambat pun saya nasihat dengan tegas. Tapi dengan pelajar, saya cuba jadi lebih penyayang dan lembut.
“Guru pula nampak disiplin bila pengetua datang paling awal dan balik paling lewat,” katanya.

Selain itu, beliau memperkenalkan solat berjemaah yang melibatkan pelajar, guru, malah pengawal keselamatan, selain mewujudkan sinergi erat antara guru, pelajar dan ibu bapa.
Hasil pendekatan ini, sekolah mencatat peningkatan prestasi yang memberangsangkan. Kehadiran pelajar bertambah baik dan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga meningkat dengan ketara.
“Pengarah Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur baru-baru ini mengiktiraf sekolah dan saya kerana pencapaian meningkat kedua tertinggi di Kuala Lumpur. Saya rasa sangat puas hati.
“Setiap pagi berdiri di pintu pagar untuk menyantuni pelajar selama sejam memang penat, tapi berbaloi. Pelajar pun nampak seronok. Pelajar India, Melayu, Cina semua gembira,” ujarnya.
Menurut Dr Ahmad Kamal, pendekatan menyambut pelajar ini berasaskan dasar Sekolah Penyayang yang beliau sendiri pernah terlibat dalam penggubalannya di Kementerian Pendidikan.
“Dasar Sekolah Penyayang ada empat elemen, salah satunya meraikan pelajar datang ke sekolah. Saya tak ikut jadual giliran seperti guru lain. Saya jadi ‘kapten’ setiap hari berdiri di pintu pagar, ini buat cikgu-cikgu hormat dan cuba ikut cara saya,” jelasnya.
Beliau juga mengubah wajah sekolah dengan menambah kawasan bendera Malaysia dan pelbagai bendera korporat utama di Malaysia.
“Saya mahu pelajar tahu dunia luas dan penuh peluang. Saya tanam semangat berniaga dan motivasi dalam diri mereka. Dana ini datang dari sumbangan masyarakat, wakaf dan bantuan pemimpin,” katanya.
Dengan 95 peratus pelajar berasal dari keluarga B40, sentuhan harian dan pelukan yang diberikan membuat ramai pelajar, terutamanya lelaki, mula berubah dan jadi lebih lembut hati.
“Pelukan saya fokus kepada pelajar lelaki. Lama-kelamaan mereka jadi lebih tenang. Cabaran seorang guru adalah buang ego marah dan tidak sabar. Kita peluk mereka, raikan mereka,” katanya.
Walaupun dulu kerjanya lebih mudah di kementerian dengan hanya enam staf, kini beliau menguruskan lebih 700 pelajar dan lebih 60 guru, termasuk 98 pelajar berkeperluan khas.
“Beban dan cabaran memang banyak, ada pelajar yang pernah ludah guru, masuk kelas sesuka hati. Rasa nak marah dan buang sekolah memang ada, tapi saya sabar. Saya peluk mereka, tunjuk sayang dan buat baik,” katanya.
Beliau menambah, biasanya pelajar hanya dapat pelukan apabila berjaya dalam sesuatu pertandingan atau akademik, tetapi beliau peluk mereka sebelum kejayaan itu datang sebagai restu dan motivasi.
Walaupun tak sempat bertemu pelajar waktu tamat sesi persekolahan, kadang-kadang ada pelajar yang spontan peluk beliau apabila bertemu di kawasan sekolah.
“Mereka rasa dijaga. Tapi selepas keluar pintu pagar, mereka hadapi pelbagai cabaran lagi. Saya tak putus berdoa untuk mereka,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Kredit: TikTok Dr Ahmad Kamal Ariffin
Baca artikel lain juga: Anak Tak Nak Pergi Sekolah Sebab Tak Mampu Beli Hadiah Hari Guru Cikgu Mohd Fadli Salleh
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
MUA Bellaz Raikan Hari Lahir Anak-Anak Secara Sederhana, Curi Perhatian Warganet

Jurusolek terkenal, MUA Bellaz, baru-baru ini telah mengadakan majlis sambutan hari lahir buat dua anaknya, Ean Yusuf dan Aisywara Nealofa. Majlis itu diadakan secara sederhana dan mendapat perhatian ramai apabila perkongsian mengenainya tular di media sosial.
Menurut perkongsian seorang peniaga makanan yang turut berada di lokasi, Yusuf dilihat segak mengenakan t-shirt putih manakala adiknya, Wara, kelihatan comel dengan gaun merah jambu. Menariknya, dua adik-beradik itu berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada 29 Julai.
Majlis yang berlangsung di kampung halaman mereka itu turut dihadiri oleh penduduk setempat. Berdasarkan laporan OhBulan!, suasana majlis amat sederhana dan bersahaja — tiada sebarang elemen mewah seperti yang sering dilihat dalam majlis selebriti lain.
Dipuji Netizen Atas Sikap Rendah Diri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap sikap merendah diri Bellaz dan suaminya. Ramai yang memuji pasangan itu kerana meraikan hari istimewa anak-anak mereka dalam suasana kampung yang tenang dan menyenangkan.
Antara komen yang mencuri perhatian:
“Bagusnya suami isteri ni, buat majlis sederhana panggil orang-orang kampung sahaja. Ini baru betul orang kaya dengan adab.”
“Dia tahu yang sokong dia bukan dari golongan kaya, lebih baik utamakan orang-orang masjid dan orang kampung.”
“Alhamdulillah, santai makan sambil hirup udara segar… anak-anak pun membesar dalam suasana kampung.”
“Ini baru betul buat kenduri, utamakan jiran-jiran terdekat dulu.”
“Suka dengan cara mereka, buat dekat kampung tak perlu pun ke tempat-tempat mewah.”
Rata-rata bersetuju bahawa pendekatan Bellaz dan suaminya mencerminkan nilai murni dalam kehidupan berkeluarga, iaitu mementingkan kebersamaan, kesederhanaan, dan ikatan kejiranan.
Teladan Buat Selebriti Lain
Dalam era yang dipenuhi dengan paparan gaya hidup mewah, tindakan MUA Bellaz ini wajar dijadikan contoh buat selebriti dan orang awam. Ia membuktikan bahawa kegembiraan dan kenangan manis tidak semestinya memerlukan kemewahan, tetapi cukup dengan keikhlasan dan nilai kekeluargaan.
Majlis yang sederhana ini bukan sahaja menggembirakan anak-anak mereka, malah turut menceriakan penduduk kampung yang hadir bersama menikmati suasana kenduri yang penuh kemesraan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suara Merdu Adik Penjual Buah Di Sabah Tarik Perhatian Ramai. Memang Berbakat Besar!

Ada macam-macam cara untuk mencari rezeki. Asalkan ia tidak menyalahi undang-undang dan halal, tak kisahlah bagaimana janji boleh menjana pendapatan. Salah satu cara yang menjadi pilihan adalah dengan berbisnes.
Kecil atau besar perniagaan itu, asalkan dibuat dengan tekun dan sabar pasti dapat bertahan. Paling penting tak boleh ada rasa segan tak bertempat, barulah boleh bercakap dengan orang ramai.
Sesetengah ibu ayah mengajar anak-anak mereka untuk turut sama berniaga. Cara ini bukan saja dapat mendidik anak menjadi lebih yakin, tetapi sebenarnya bagus untuk membina jati diri mereka.
Baca Juga:
Gelagat Anak Dengar Pesanan Ayah Cuit Hati Warganet. Siap Muncung-Muncung Mulut Dia!
Jadi ‘Menteri Kewangan’ Dalam Rumah, Almy Nadia Senyap-Senyap Menyimpan Untuk Masa Depan Anak
“Awak Mampu Lepak Atas Tu & Tersenyum Ya.” Anak Selamba Duduk Atas Tudung Ibu, Ayah Yang Cuak!
Selain itu, anak juga dapat belajar untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dan bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.
Begitulah yang dikongsikan oleh akaun TikTok @norezzatiumaira ini, yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang dikatakan seorang penjual buah di Sandakan, Sabah sedang menyanyi.
Penuh keyakinan dan berbakat besar tetapi yang menarik perhatian warganet adalah rupanya yang kacak biarpun masih kecil.

Jom saksikan video ini;
@norezzatiumaira #fyp #sandakan#music #fypsabah ♬ bunyi asal – Nor Ezzati Umaira
Nampak seperti malu-malu pada awalnya dan berkata hanya satu kali saja untuk menyanyi. Dia terus ambil mood dan terus memukau perakam video dengan suaranya yang merdu dan boleh ‘ditarik’ tinggi.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;


Baguslah dia, kecil-kecil dah berniaga. Semoga awak terus berjaya dan dapat mencapai cita-cita yang diidamkan. Dengan suara yang merdu begini, tak mustahil bakatnya akan menarik perhatian komposer terkenal tapi paling penting biarlah seiring dengan pendidikan juga. Good luck dik!
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


