Pempengaruh media social, Maryam You Narae yang kini sedang hamil anak kedua mendedahkan dia kini sudah pun berada di trimester ketiga kehamilannya.
Sarat hamil tujuh bulan, akui Maryam dia dijangka bakal melahirkan anak kedua pada sekitar Februari tahun depan.
Lebih menarik kata Maryam berkemungkinan bayi kedua yang ditunggu-tunggu ini bakal berkongsi tarikh lahir yang sama dengannya.
“Sekarang ini sebenarnya aya sudah tujuh bulan. Saya dijangka bersalin pada Februari nanti.
“Mungkin ulang tahun saya dan anak kedua ini akan sama,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah kehamilannya, kata Maryam dia kini lebih berhati-hati kerana pernah mengalami keguguran sebelum ini.
“Saya pernah keguguran, buat saya takut nak beritahu awal-awal. Jadi kami pilih untuk rahsiakan dulu.
“Kali ini pun di awal kehamilan ada pendarahan, itu yang buat saya lebih berhati-hati.
“Bila doctor kata semuanya sihat baru saya kongsikan kepada orang ramai,” kongsinya lagi.
Jaga pemakanan waktu hamil
Tambah Maryam lagi dia juga kini lebih berjaga-jaga dalam pemilihan makanan setiap hari kerana dia juga turut mengalami beberapa komplikasi.
“Doktor kata gula dalam darah saya agak tinggi berbanding sebelum ini. Saya tak ada masalah itu semasa hamilkan Rina.
“Jadi sekarang hari-hari saya periksa keadaan gula dalam darah sendiri dan jaga pemakanan saya,” kongsinya.
Teringin makan Nasi Kandar
Berbeza dengan kehamilan sebelum ini kata Maryam, dia paling menggemari Nasi Kandar dan Nasi Kukus kegemaran suaminya, Ryzal Ibrahim.
“Hamil kali ini alahan saya tak teruk dalam tiga bulan sudah hilang. Cuma masa awal hamil saya suka makan Nasi Kandar dan Nasi Kukus. Sebelum ini saya tak suka kari.
“Itu semua makanan kesukaan Ryzal tapi bila mengandung tiba-tiba rasa nak cuba,” kongsinya.
Terdahulu, pada 2 November lalu, Maryam dan Ryzal berkongsi bakal menimang cahaya mata kedua mereka.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 15 Ogos 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rina yang kini berusia tiga tahun.
Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my