
Sukarnya melalui perpisahan dengan anak susuannya, Qayyum Aliffsha. Ia merobek hati seorang ibu namun Datin Sri Shahida percaya masa akan merawat hatinya. Video perpisahan menarik menimbulkan rasa sebak dan pilu sesiapa yang menontonnya.
Perkongsian video perpisahan antara anak susuan Datin Sri Shahida, Qayyum dan semua ahli keluarga menarik perhatian. Video yang menyentuh hati ini mendapat tontonan hampir sejuta dalam masa 12 jam!
Perpisahan ini tidak mudah memandangkan Qayyum sudah pun dipelihara dan ditatang seperti anak sendiri. Sudah banyak kasih sayang yang telah dicurahkan oleh ibu ini dan banyak kenangan sudah terpahat antara Qayyum dan keluarga ini.
Ibu penyayang ini turut mengakui tidak sanggup untuk memeluk Qayyum lagi kerana tak mahu menangis dan bersedih atas perpisahan yang berlaku serta percaya masa akan merawat hatinya.
shahidadherbs Dari pagi x ada kekuatan nak post video ni…..ramai yg dm nak tgk saat akhir…saya pun x sanggup……
.
Tapi kenangan saya pernah jaga dia…minta maaf sangat2 mama x sanggup nak peluk cium qayyum lama2 sampai mama tolak sebab x nak sedih!!!
.
Masa akan rawat hati saya…Insya Allah
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Manakala di ruangan Instastory, turut dimuatnaik beberapa catatan yang memilukan.
Sumber: shahidadherbs
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diam-Diam Anak 5 Tahun Order Kasut Frozen 2 Pasang. Siap Beli Sekali Untuk Adik!

Memandangkan keadaan sekarang ni, semua duduk rumah dan masing-masing menggunakan platform atas talian untuk membeli barang atau membuat tempahan makanan, ia seolah menjadi perkara biasa.
Apabila aplikasi ini di install di telefon bimbit, ibu bapa mesti sentiasa berhati-hati kerana anak-anak boleh membukanya tanpa pengetahuan kita. Banyak berlaku kes di mana anak-anak membuat tempahan sendiri dan barangnya diterima secara mengejut.
Seperti perkongsian ibu ini, Ain Musa di Group Anak Sepahkan Apa Hari Ini apabila terkejut menerima parcel yang tak disangka-sangka setelah anak berusia lima tahun membeli kasut Frozen. Yang lucunya juga, si kakak turut membeli sepasang lagi kasut untuk adiknya yang berusia dua tahun.
Abang Ninja Van bagi salam
Maaf topik lain. Kali ni bukan pasal sepah, tapi anak shopping diam-diam kat Lazada.
Baru kejap tadi abang Ninja Van bagi salam macam aku 1km kuatnya. Berlari keluar sebab terkejut. Tengok-tengok ada barang.
Aku dah pelik ni. Dia pulak sebut nama aku. Aku tengok memang nama aku. Makin pelik ni sebab seingat aku memang tak ada pesan barang online baru-baru ni.
Blur tengok ada tempahan kasut
Punya penasaran, kat luar juga aku bukak. Tengok-tengok kasut budak. Aku jadi blur macam apa. Lepastu cek kat Shopee, takde. Tengok kat Lazada pulak, Mak hoii. Nak pengsan, nak pitam, migrain aku. Allahuakbar. Entah bila masa dia main telefon aku pergi order pun taktau. Sebab dia tak pernah buat macam tu.
Dia pulak muka teruja. Serba salah nak marah. Aku pun bagi je la tanpa marah-marah. Aku cuma terkejut je harga penghantaran dia tu. Tak pernah aku kena gitu. Adoii.. Ni dia order dua pulak tu. Adik dia 2 tahun, kecil lagi memang tak muat. Satu lagi aku jual je balik kot. Siapa nak beli? RM60 je..
Dia order saiz 9-11 tahun. Dua pasang, kedai lain-lain. Dia baru umur 5 tahun. Disebabkan dia semangat, muat.
Dua hari sebelum kasut sampai, ibu ada pesan baju-baju Frozen. Konon nak buat kejutan la. Tup tup dia yang buat kejutan kat ibu dia. Macam tau-tau je ibu tak order kasut. Hadoiiii.. Kesian adik sedih takde kasut cantik. Pakai selipar lama kakak dia je la.
Jadi pengajaran
Pengajaran, sila uninstall semua shopping online. Jadi tak la parah kalau kena lagi. Gara-gara tak buat password, padan muka ibu.
Gara-gara ibu kaki shopping online, set bayaran memang dah siap-siap, tinggal mintak OTP je.
Kongsi Ain, pembelian itu berjaya dilakukan hasil bantuan sepupunya yang berusia 8 tahun.
Sumber: Ain Musa (Anak Sepahkan Apa Hari Ini)
ARTIKEL MENARIK [Nak Tahu Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri, 6 Cara Ringkas Ini Boleh Buat]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Roti Terbiar Sampai Nak Expired, Gunting Kecil Jadikan Bingka Roti Simple Ni, Semudah ABC]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baru Rasa Kasih Ayah” Bayi 6 Bulan, 4 Beradik Hilang Bapa. Isteri Sempat Tatap Foto Terakhir

Pilunya apabila bayi 6 bulan tidak lagi merasa pelukan si ayah. Malah empat adik beradik yang lain juga tidak akan lagi merasa kasih sayang seorang bapa apabila ayah mereka telah terkorban semasa dalam tugas.
Isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, sebak dan reda dengan pemergian suaminya dalam insiden di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu di Sabah pagi semalam. Ia satu kehilangan yang tidak disangka-sangka.

SEMPAT TATAP FOTO TERAKHIR SUAMI
Nour Shafinar, 31 sempat menatap foto yang dihantar buat kali terakhir oleh suami yang dirakam ketika sedang bersarapan sebelum sesi demonstrasi berlangsung di kem tentera itu.
“Suami pergi ke sana pada dijangka balik esok (hari ini). Dia hantar WhatsApp kepada saya gambar dia tengah makan dan bersiap sedia untuk pergi latihan. Waktu tu saya tidak dapat bercakap lama dengannya.
TERAKHIR BERTEMU SEMINGGU LALU
Menurut Nour, pertemuan terakhir dengan suami tercinta adalah semasa dia menghantar Allahyarham, Mejar Zahir ke lapangan terbang untuk tugasan ini.
“Saya terima berita ini daripada kawan-kawan, mereka sahkan arwah telah meninggal dunia. Kali terakhir saya berjumpa dengannya lebih kurang seminggu yang lalu sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang untuk ke Sabah,” luahnya Nour Shafinar.
PERGINYA TERLALU AWAL, ANAK BARU 6 BULAN
Menurut Nourshafinar, dalam keadaan anaknya yang baru berusia enam bulan, dia merasakan ini dugaan berat buat mereka.
“Anak kami baru saja berusia enam bulan, saya sangat-sangat tak sangka bapanya pergi terlalu awal,” luahnya.
Artikel berkaitan: Papa Boleh Hidup Balik? Sayunya Pertanyaan Anak Allahyarham Mejar Zahir Hadapi Pemergian Ayah
SUAMI, BAPA PENYAYANG & PERFECT UNTUK KAMI
Allahyarham meninggalkan Nourshafinar dengan seorang anak lelaki dan empat orang anak hasil daripada perkahwinan sebelum ini.
“Saya redha dengan pemergian dia dalam pakaian dan uniform kerja dia. Seorang bapa yang sangat penyayang memang perfect untuk anak-anak dan isteri, sepanjang perkahwinan saya memang tidak satu pun salah daripada dia.” kata Nour menggambarkan keperibadian Allahyarham suaminya.
PENEMBAK TEPAT & MINAT KETENTERAAN
Nour Shafinar turut menceritakan tentang minat Allahyarham dalam ketenteraan dan turut menyuarakan apa tindakan selanjutnya daripada pihak tentera selepas kejadian ini.
“Saya hendak tahu juga apa tindakan seterusnya yang pihak tentera akan buat, tapi saya tahu Allahyarham meninggal dunia ketika dalam latihan sebab dalam kerja dia. Suami saya memang minat tentera dia juga seorang sharp shooter, minat dia memang menembak dalam ketenteraan,” katanya.
MENINGGAL DUNIA SELEPAS TERTEMBAK
Allahyarham yang merupakan seorang pegawai komando dari 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK) meninggal dunia selepas dikatakan terkena tembakan senjata jenis M4 semasa demonstrasi di Kem Lok Kawi.
Menurut sumber, Allahyarham Mejar Zahir Armaya yang merupakan anak pelakon, AR Badul menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.30 pagi.
Katanya, Allahyarham bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dikatakan terkena tembakan dalam demonstrasi melibatkan pasukan khas itu sempena paluan berundur Markas 5 Briged.
Sumber: utusan.com.my & Astro Awani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Tahu Dah Nak Kata Apa Pada Dr Amalina”. Dialah Bersungguh Nak Ainul Ke UK

Bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak mencoretkan penghargaan kepada doktor bedah Malaysia yang bertugas di London, Dr. Amalina Bakri.
Bapa kepada bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ ini berterima kasih kepada Dr. Amalina kerana bersungguh-sungguh membantu kesembuhan Ainul.
Selepas lebih lima jam bertarung nyawa di bilik pembedahan di sebuah hospital di London, Ainul berjaya dibedah dengan selamat.
View this post on InstagramA post shared by Ahmad Safiuddin B Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on
Safiuddin merakamkan ucapan terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @ahmadsafiudinn.
“Tak tahu dah nak kata apa dekat Dr. Amalina ni. Kerana dia lah orang yang paling bersungguh-sungguh nak Ainul ke sini.
“Bermacam ujian dan dugaan nak bawa Ainul ke sini. Tapi dia tak putus asa, sentiasa cari jalan untuk bawa Ainul ke sini dengan kadar segera.
“Sehingga semalam, dia yang menemani Ainul sepanjang prosedur dijalankan. Now, usaha Dr. Amalina telah pun berjaya. Semoga Allah sentiasa merahmatinya,” tulis Safiuddin.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut sama mengucapkan terima kasih kepada Dr. Amalina atas budi baiknya membantu Ainul sekeluarga.
View this post on InstagramA post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on
Pada 24 Mei lalu, Ainul bersama ibu dan bapanya terbang ke sana bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di London.
Selepas mendapat rawatan dan berjaya melalui fasa pembedahan berisiko, kini adik Ainul dah sedar dan direhatkan buat sementara waktu untuk pemantauan rapi.
Menerusi video yang dimuat naik oleh ibu bapa Ainul, anak syurga ini seolah gembira dan jelas menampakkan kecomelannya selaps tumor seberat 200 gram berjaya dikeluarkan.
Sumber: Astro Gempak, Ig Ahmad Safiuddin & Dr Amalina
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI