“Adik, bak sini. Abang punya tu.” Abang minta dari adik.
“Tak boleh. Ni adik punya juga. Wekk.” Adik menjelir lidah.
“Bak la sini. Kalau tak, tumbuk adik.” Abang berang
“Tumbukla kalau berani.” Adik mencabar sambil melarikan diri.
Bingitla rumah tu kejap, bila si abang dengan adik bergaduh berebutkan mainan yang sama.
“Makkk..tolong mak. Tengok abang tu. Aaaaaaa.” Akhirnya adik kena pukul dengan abang.
“ Uwaaa…..uwaa…..makkk…makk..sakitt” adik menangis dengan kuat.
Jawapan.
Aduh…memang memeningkan kepala bila anak-anak berkelahi. Lagi-lagi bila kena jadi referee. Penat betul! Inilah yang selalu buat kita cepat naik darah dan marah-marah. Betul tak?
Bila kita nak menyelesaikan masalah, kita kena kaji dari mana masalah tu timbul. Apa puncanya?
Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;
1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
Ads
2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin
‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.
5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.
Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.
Ads
Kat sini, ada 7 tips, macam mana nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah:
1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.
Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan. Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!
3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
Ads
5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.
7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.
Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.
Salam Sayang
Sumber:
Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ego seorang suami. Kita cakap, kita sayang isteri kita, tapi kita sendiri susah nak turunkan ego kita sebagai seorang suami.
Bila gaduh tak pernah nak mengalah, suka tinggikan suara, suka guna perkataan yang kesat, hina dia, maki dia, ugut dia…ungkit dia tu dulu macam mana…dia tu siapa, dia tu tak ada apa-apa. Seolah-olah macam kita ni yang kutip dia, bagi dia hidup dan segala-galanya.
Tapi kita nak hubungan tu bertahan lama dan bahagia?
Dengan sikap dan perangai kita yang macam tu, boleh kekalkan hubungan tu untuk jangka masa yang lama, yang panjang? Isteri selalu diam, selalu mengalah bila kita marah, tapi ingat, dia pun ada hati, dia pun ada perasaan dan kesabaran dia ada batasnya.
Ubahlah perangai tu kalau betul-betul sayangkan isteri.
Hal-hal biasa ni, tegur cukup la, dah memadai. Nak melenting buat apa? Kesalahan dia besar mana sangat sampai kita nak marah dia teruk-teruk? Dia dah besar, dah matang, dia pun boleh berfikir dengan sebaiknya. Jangan marah dia macam budak-budak. Tegur, nasihat dan tunjuk macam mana nak buat bagi betul, supaya tak silap lagi. Bukan tinggikan suara, tengking, herdik dan hina dia.
Kalau isteri silap, kita hukum dia dengan marah dia dan siap suruh dia minta maaf lagi dekat kita. Tapi kalau kita yang silap? Minta maaf tak, kena marah dengan isteri pun tak mengaku salah? Lagi la tak….jauh panggang dari api…adil macam tu?
Itulah ego seorang suami yang selalu merasakan dirinya always right…tak buat salah, tak ada dosa…sempurna…
Selalu orang cakap dalam rumahtangga kalau ada masalah antara ibu dan menantu, orang akan cakap -ibu hanya ada satu, isteri boleh cari lain. Pendapat ni betul tetapi jika tiada kesudahan sampai bila?
Nak tak nak, suami isteri kena bertolak ansur dan sedia untuk perbaiki hubungan. Bukan hanya satu pihak sahaja tetapi dua-dua mesti main peranan.
Perkongsian dari Nurulbadiah Lai ini cukup bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan bersama.
Mak saya pantang dengar ayat ini. Mak cakap, ibu hanya ada satu, isteri yang dinikahi sekarang pun hanya ada satu. Kerana ibu, jangan sampai buang isteri. Kerana isteri, jangan sampai buang ibu. Kita wajib taat pada ibu kita tetapi berdosa kalau kita aniaya isteri kita.
Mak selalu pesan pada adik-adik lelaki bahawa sebagai lelaki kena ada pendirian dan bersikap bijak. Kena tahu seimbangkan antara dua.
Mak kata kalau ada masalah dengan isteri, kena baiki bukan buang atau cari lain. Jangan sesekali ada dalam fikiran bahawa bini boleh cari lain kalau terjadi apa-apa pertelingkahan dalam keluarga.
Walaupun hakikatnya memang isteri boleh diganti lain kerana tak ada seorang ibu dan ayah pun dalam dunia ini mahu anak perempuannya dijadikan sebagai kain buruk.
Masa baru pakai, masa buruk buang. Repair dulu, rosak repair lagi sampailah tak boleh guna langsung ibaratnya.
Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tidak terluka. Mak saya ramai anak lelaki, jadi mak memang tak campur urusan rumahtangga mereka sebab mak selalu pesan, sebagai mertua jangan masuk campur urusan anak menantu.
Sebagai ibu, kita hanya perlu bagi pendapat apabila diminta. Campur tangan kita sebagai ibu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Yang mak pegang-nak marah kena marah anak sendiri jangan marah anak orang.
Bagi nasihat berkenaan hal rumahtangga anak hanya bila diminta. Selalu ingatkan anak untuk melayan isteri dengan baik.
Saya sebagai anak perempuan pun mak pesan berpuluh kali supaya layan dan hormatkan suami. Biarkan anak menantu buat keputusan sendiri berkenaan hal rumahtangga.
Saya selalu tanya, kenapa mak sangat terbuka dalam hal macam ini. Sangat positif dan sangat bertolak ansur dengan anak menantu dan kadang-kadang mak lagi sokong apa yang menantu buat berbanding apa yang anak buat.
Mak cakap apa yang mak fikir tentang anak menantu mak akan terbalikkan pada diri mak sebab mak pun seorang isteri dan ibu. Apa yang mak nak cakap pada menantu, mak akan terbalikkan ayat itu pada diri mak dulu.
Kena berhati-hati sebelum nak cakap apa-apa kerana hidup bukan hanya untuk diri mak sahaja, ianya berkait rapat dengan orang sekeliling.
Kredit : Nurulbadiah Lai
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan, anak-anak kecil kita sememangnya cukup pantas membesar. Di waktu PKP ini sahaja, seluar anak mula singkat dan baju mula nampak mengecil. Semuanya kerana mereka cepat membesar.
Pun begitu, baju-baju lama yang sudah tidak dipakai ini janganlah dibuang sebaiknya simpan sahaja. Namun nak menyimpan pun mesti ada caranya. Barulah baju tak kulapuk atau berkulat dan lebih menjimatkan ruang simpanan anda.
Superdaddy, Khairul Abdullah berkongsi tip dan caranya menyimpan kesemua baju anaknya. Ini cara mudah. Mama boleh tiru!
Tadi sambil laundry, dok susun baju bagai terperasan ada penuh satu beg ikea baju budak-budak ni waktu baby dulu. Dok nak simpan, nak simpan, dah bertahun tapi masih dalam beg ikea tu lagi.
Tadi curi masa sekejap masukkan semua baju tu dalam vakum bag untuk disimpan. Senang simpan gini, baju tak busuk berkulat, dan jimat space, sebab dia dah compressed jadi nipis jer.
Arwah isteri aku memang simpan gini. Jadi aku teruskanlah cara dia.
Vacuum bag ini boleh guna berkali-kali dan boleh simpan pelbagai barang macam mainan anak, baju lama yang dah tak muat, selimut, sarung tilam tuala yang bercampur aduk dan bertindan dalam almari tu, curtain, sarung kusyen dan segala mak nenek.
Simpan dalam vakum beg ni barang-barang kita lebih terjaga. Lipas tak gigit weh. Belum lagi part simpan dan almari sampai bau hapak dan berhabuk berkilo. Kena cuci balik, kena susun balik. Penat oihh.
So, reuseable vacuum bag ini memag berbaloi. Masalah serabut dan semak perut dan semak mata ini dapat dikurangkan dengan mudah tangkas lagi berkesan cuma dengan 3 langkah sahaja. Pack, seal and pump.
Siapppp.
Ehh, nak pindah rumah pun sangat bagus tau, jimat kotak. Boleh sumbat semaksimum mugkin setiap kotak tu. Taknak pakai kotak pun boleh angkut gitu jer.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.