“Masa Anak Kecil Je Ada Moment Macam Ni, Jangan Stress” – Aidid Marcello

Share

Melihat gelagat anak kadang-kadang buat kita rasa nak tergelak, ada masa terasa juga ‘stress’ datang melanda. Bagi pengacara popular, Aidid Marcello, moment anak sedang membesar adalah moment yang paling indah.

Menurutnya, moment seperti ini hanya ketika anak-anak masih kecil dan sedang membesar.

Aidid yang juga suami kepada bekas pembaca berita, Norzie Pak Wan Chek berkongsi video gelagat anak kecil bermain bedak sehingga menutupi seluruh badan.

Dia turut menasihati ibu bapa lain agar tidak tertekan dengan gelagat anak yang sedang membesar.

“Jangan stress dengan anak-anak kita tau.”

“Masa kecik-kecik macam ni ja yang banyak moment-moment best, nanti dah besar dah takda dah semua ni.”

Aidid turut meminta warga maya berkongsi kenangan gelagat anak-anak sewaktu mereka kecil.

“Cuba share sikit, apa perangai kelakar anak korang buat? Hahahaha”

Rata-rata warga maya berkongsi gelagat anak yang paling tidak dapat dilupakan.

azian_naizashop
Anak bongsu kami baru buat perangai. Masuk bilik air, dia selak pintu dari dalam. Pas tu meraung tak pandai buka. Maka usaha la abah nak buka dari luar. #3yo😂

mamaaasiti
Org kedah kata pantang lepa, msti dia masuk Bilik aiq dia main sabun basuh kain gan shmpo.. Habis satu bilik aiq dia buat kolam buih😂😂tu ank kami la😅😅

marininazrin
pecahkan telur di kabinet tv dan 1 botol minyak masak yang besar disiramnye atas karpet di ruang tamu🤣😂..

saniahmdsaaid
Semua tu angap kenangan manis kita dgn mereka… .mereka pun tak lama membesar dgn kita, habis spm mereka dah mula meningalkan kita… Masuk u, kerja dan kawin… 😍

Kredit: Aidid Marcello

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
NuFa