Masa Anak Kecil Rasa Penat, Tandanya Kita Hebat. Besar Nanti Akan Rindu Semula!

Share

Anak kecil manjanya bukan saja-saja. Itu tandanya dia nak minta perhatian dari ibu bapa dan ingin meluahkan rasa sayang. Cuba perhatikan tiap kali kita baring atau duduk pasti lepas tu mulalah anak kita datang memanjat dan nak duduk atas riba sambil minta dilayan.

Momen ini akan berlaku dalam 6 tahun pertama dan selepas anak masuk alam persekolahan dengan sendiri anak mula bawa dirinya. Mereka juga dah tahu perasaan malu sehingga kita pula panggil untuk mintanya duduk dekat.

Seperti perkongsian Influencer Parenting, Mohd Fhais Salim, beliau menjelaskan beberapa situasi ini pasti akan dirindui oleh ibu bapa bila anak-anak kecil ini dah besar dan mula bawa haluan masing-masing.

Tentang anak yang kita akan rindu bila dia dah besar nanti. Kenapa la cepat sangat membesar, rasa macam tak puas lagi gomol-gomol.

1. Dia dah tak mahu lagi di gomol-gomol. Dah besar katanya. Malu, huh!

2. Rindu panggilan “tolong tolong” sekarang semua benda dia nak buat sendiri dah. Tahu tahu bersepah je.

3. Kalau kecil dulu dapat la gendung & angkat tapi dah besar ni nak angkat pun tak larat dah.

4. Bergurau masa buat susu. “Papa nak susu” kita pun minta la upah, “cium dulu”

5. Dulu boleh kata sehari tak akan miss 2-3 ciuman, tapi sekarang.. krik krik

6. Rindu ketawa terbahak bahak anak bila kita buat lawak hambar, geletek je pun dah ketawa.

7. Dulu anak pun selalu buat kelakar. Kita suruh gelek dia gelek, suruh lompat dia lompat.

8. Sekarang suruh apa semua mesti dia tanya dulu, “kenapa nak gelek?”

9. Waktu tidur dah tak meriah macam dulu, masing-masing tidur sendiri dalam bilik dah.

10. Rindu kena kacau. Tengah duduk, tengah buat kerja, tengah baca buku mesti ada budak datang tanya “papa buat apa tu?” Sekarang semua tak berani kacau.

Ini la tandanya dunia anak-anak yang dah semakin dewasa. Yang dulunya mudah terhibur pada dia sekarang tidak lagi.

Sungguh. Ketika anak senang terhibur ini kena pulun habis-habis bina masa berkualiti bersama dia.

Kerana ini la satu-satunya peluang bina memori yang akan di kenang sampai bila-bila..

Kredit: Mohd Fhais Salim

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Published by
Wan Amy