Pelawak dan aktres Jihan Muse mendedahkan dia menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan cyst selepas bersalin anak sulung, Ungku Arsalan Haq.
 
Kata Jihan, dia bertemu doktor dan membuat pemeriksaan selepas dimaklumkan oleh tukang urut yang merasai ada ketulan sebesar guli di bahagian bawah dadanya.

Masa Berurut Baru Tahu. Jihan Muse Buat Pembedahan Buang Cyst Lepas Bersalin “Pembedahan tempoh hari adalah disebabkan Cyst. Saya sendiri tak tahu mengenai ketumbuhan itu.
 
“Tak ada rasa sakit dan saya memang tak tahu. Punca yang membuatkan saya tahu adalah masa lepas bersalin di mana saya mengambil tukang massage untuk mengurut.
 
“Jadi bila diurut, dia yang memberitahu ada benda sebesar guli di bawah bahagian dada, sebab itu saya terus buat keputusan untuk pergi melakukan pemeriksaan perubatan,” jelasnya.

Masa Berurut Baru Tahu. Jihan Muse Buat Pembedahan Buang Cyst Lepas BersalinBagaimanapun Jihan memberitahu ketumbuhan itu tidak merbahaya namun dia mengambil keputusan untuk membuangnya bagi mengelakkan timbul masalah kesihatan di masa akan datang.

“Doktor kata tidak bahaya namun dia menasihatkan supaya saya buang sahaja. Saya buat ini pun tidak tergesa-gesa, lepas anak saya umur 11 bulan. Ada masa baru saya buat.
 

IKLAN

Masa Berurut Baru Tahu. Jihan Muse Buat Pembedahan Buang Cyst Lepas Bersalin

IKLAN

“Bukan apa, khuatir nanti jika saya hamil anak kedua takut ada jangkitan. Sebab bila hamil hormon kita akan berubah-ubah jadi lebih baik saya buang.

IKLAN

Masa Berurut Baru Tahu. Jihan Muse Buat Pembedahan Buang Cyst Lepas Bersalin“Jadi kepada wanita, saya sarankan buatlah pemeriksaan perubatan. Luangkan sikit masa dan berbelanjalah untuk kesihatan.
 
“Bagi saya kesihatan tiada nilai, kalau kita kaya macam mana pun tetap tak boleh beli kesihatan,” ujarnya.

Sumber: astro gempak/ ig Jihan Muse

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI