Komplikasi ketika kehamilan boleh berlaku. Uri lekang antara yang boleh berlaku. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang, ibu ini reda satu-satunya anak perempuan pergi saat belum dilahirkan.

Mengalami kencing manis semasa hamil, sejarah kanser semasa mengandung dan pernah mengalami kematian bayi dalam kandungan semasa anak pertama, ibu ini reda kehilangan anak ketiganya kerana uri lekang.

Masa Doktor Pecahkan Air Ketuban Penuh Darah. Mama Reda, Qaseh Tunggu Di Syurga

SEPATUTNYA BERSALIN 9 OGOS 2019

Tarikh jangkaan bersalin sepatutnya pada 9 Ogos namun Allah terlebih dahulu menjemput si kecil yang dinanti-nantikan disebabkan oleh uri lekang. Ibu ini ketika dihubungi Pa&Ma turut ekoran daripa sejarah perubatan iaitu kanser dan kematian bayi dalam kandungan, dia perlu dipantau oleh pakar di beberapa buah hospital di negerinya dan di ibu kota.

Bagaimana pun pemeriksaaan pada 3 Julai, beberapa hari sebelum tarikh uri lekang ujian imbasan tidak menunjukkan sebarang masalag. Uri juga dalam keadaan normal.


INFO: Placenta abruptio terjadi apabila uri lekang dari dinding rahim secara pramatang dan menyebabkan darah berkumpul dengan banyak di antara dinding rahim dan uri.

Wanita lebih mudah mengalami uri lekang sekiranya mengalami darah tinggi yang tidak terkawal, merokok dan kemalangan atau trauma pada abdomen. Sekiranya ibu berkenaan pernah mengalami placenta abruptio sebelum ini, risikonya lebih tinggi untuk ianya berulang.

Artikel berkaitan: Pendarahan Dari Faraj Ketika Mengandung Boleh Jadi Tanda Sesuatu Yang Serius Pada Ibu Atau Janin, Walau Pun Secalit!


Hari ni sepatutnya Qaseh keluar.

Dues date Qaseh 9.8 tapi doktor sarankan bersalin awal 37 weeks sebab ibu alami  kencing manis semasa hamil dengan kawalan diet, kanser (2 tahun lepas) dan sejarah bayi meninggal dalam perut.

Tapi Allah sebaik-baik perancang. Qaseh keluar awal 6 Julai tapi Qaseh tidak dapat diselamatkan sebab uri lekang dari rahim. Ibu ingat lagui, waktu tu pukul 4.30 pagi Qaseh mengeras macam biasa. Pukul 8.30 pagi ibu rasa lagi Qaseh bergerak.

Masa Doktor Pecahkan Air Ketuban Penuh Darah. Mama Reda, Qaseh Tunggu Di Syurga

Ads

PERUT MENGERAS

9.00 pagi:  Perut  ibu start mengeras lagi. Ibu sempat lagi check jantung pakai Doppler yang ibu beli. Still dengar lagi jantung anak ibu.

9.30 pagi: Lepas breakfast ibu ajak ayah pergi hospital sebab Qaseh asyik mengeras tak berhenti. Dalam kereta tu sakitnya Allah saje yang tau. Sampai kat hospital 2 orang nurse check dia tak dengar jntung Qaseh.

IBU RASA TAK PERCAYA DOKTOR TAK JUMPA DEGUPAN JANTUNG QASEH

Ibu tak percaya sebab ibu baru lepas check. Then doktor pulak yg check. Lama.. Ibu tanya doktor, tak jumpa degupan jntung anak saya ke.

Doktor cakap macam tak jumpa, dia panggil doktor yang lain. Time tu ibu dah redha nak. Sikit air mata pun tak mengalir. Kali ni ibu dah semakin kuat.

RUANG ANTARA URI & DINDING RAHIM, KAMU TAK DAPAT OKSIGEN!

Ads

Sampailah doktor pakar sahkan dan cakap ada gap (ruang) antara uri dan dinding rahim yang menyebabkan baby tak mendapat oksigen.

AIR KETUBAN PENUH DARAH

Doktor terus pecahkan air ketuban, tengok dah penuh darah. Doktor terus emergency ceaser takut effect kat ibu. Rupanya uri dah pecah dalam. Masa doktor panggil ayah bagitahu benda sebenar sebelum tolak operation room, ibu senyum kat ayah.

AYAH KATA “REDA, 2 ORANG ANAK KITA DAH ADA TEMPAT DI SYURGA”

Takpe, ibu ingat lagi kata ayah masa ank first dulu, “Reda..Anak kita dah ada tempatnya di syurga.”

Esoknya baru ibu jumpa Qaseh. Ibu senyum tengok Qaseh.. Ibu dengan ayah reda sayang. Pergilah berrmain dengan abang kamu, Ammar Rizqi teman ibu dengan ayah kat sini. Qaseh tetap ank ibu ayah no 3.

Ads

Masa Doktor Pecahkan Air Ketuban Penuh Darah. Mama Reda, Qaseh Tunggu Di Syurga

Ibu tabah ini juga berkongsi pertama dan ketiganya sudah pun berada di syurga.

Anak first Muhammad Ammar Qaid meninggal dalam perut 38 weeks. Doktor tidak dapat kesan puncanya.

Anak kedua Muhammad ammar Rizqi time tu ibu disahkan kanser payudara tahap 2-3. Pada masa itu ibu lalui kimoterapi masa hamil. Dr sarankan ibu untuk gugurkn sebab nak teruskan rawatan, tapi ibu teruskan kandungan dan Alhamdullilah Ammar jadi peneman ibu ayah sampai sekarang.

Anak ketiga Qaseh Dhia Mikayla, meninggal dalam kandungan pada 35 weeks, anak yang sangat baik. 

Masa Doktor Pecahkan Air Ketuban Penuh Darah. Mama Reda, Qaseh Tunggu Di Syurga

REDALAH, SEMUA INI PEMBERIAN ALLAH
Ibu ini sempat memberikan pesanan buat ibu hamil lain untuk bersangka baik dengan setiap ujian Allah.

“Pesanan saya untuk semua ibu-ibu terutama yang ada anak syurga or anak yang tidak sihat, redalah kerana tu semua pemberian dari Allah.

“Setiap apa yang brlaku ada hikmahnya. D saat kita sdih, masih ada lagi insan yang banyak ujian berbanding kita. Bersyukur dan reda, dengan tiap apa yang berlaku. In syaa Allah ada ganjarannya nanti.”

Sumber: Cahaya Pembawa Kesetiaan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI