
Semasa didatangi haid, ada segelintir ibu menyusu yang perasan bahawa penghasilan susunya sedikit terjejas.
Hal ini telah dikesan melalui kajian yang pernah dijalankan oleh beberapa penyelidik di Barat. Hasil kajian itu mendapati ia ada kaitan dengan tahap kalsium dan vitamin D (penyerap kalsium) yang menurun sepanjang tempoh fasa haid berlangsung iaitu di antara waktu ovulasi dan haid keluar.

Seperti yang semua orang sedia maklum, kalsium merupakan salah satu nutrien yang penting dalam penghasilan susu ibu. Malah dianggarkan lebih kurang 40% komposisi susu ibu itu pun terdiri daripada kalsium.
Sehubungan itu, anda tentu sedar bahawa keadaan fisiologi ibu menyusu itu sendiri sememangnya memerlukan keperluan kalsium yang lebih tinggi. Jika tahap kalsium menurun dan pada masa yang tiada usaha menambah bekalan kalsium atau mengekalkan tahapnya pada kadar yang mencukupi, sudah tentulah susu ibu tidak dapat dihasilkan pada tahap yang paling optimum.
Tanpa pengambilan sumber kalsium yang mencukupi ketika haid, anda pasti berasa susah hati apabila bekalan susu ibu perahan mahupun amaun yang diminum oleh si kecil tidak mencukupi dan memuaskan seleranya.
Sebagai langkah mengatasinya, pastikan pengambilan kalsium setiap hari adalah konsisten sepanjang tempoh haid mahupun pada hari-hari biasa.
Tidak perlu risau berpanjangan kerana selepas tempoh haid tamat, penghasilan susu ibu anda akan kembali seperti biasa. Cuma ia akan kembali menghantui anda sekiranya keperluan kalsium tidak dipenuhi dengan secukupnya. Jadi, ambillah sumber makanan yang mengandungi kalsium atau suplemen pada kadar yang telah ditetapkan oleh pakar pemakanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan Cepat Melatah Kalau Nampak Perubahan Kulit Bayi, Bukan Semua Berpenyakit

Mama dan papa jom fahami sifat kulit bayi supaya anda tidak mudah melatah mengatakan perkara yang normal pada bayi sebagai penyakit. Ambil tahu tentang sifat semula jadi kulit si kecil dan elakkan beberapa perkara agar kulitnya sentiada terjaga dan tidak mudah diserang penyakit.

Walaupun bayi anda dilahirkan sempurna dan cukup sifat, tidak semestinya kulit bayi halus dan lembut. Jangkakan masalah kulit seperti ruam, radang kulit, kulit kepala berkerak dan sebagainya dari awal lagi. Kebanyakan bayi terdedah kepada kerengsaan kulit dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran. Berikut adalah cara untuk mengesan dan merawat masalah kulit bayi biasa.

MASA MANDI
Ingat, kulit yang baru lahir adalah lembut dan sensitif. Pastikan kulit bayi terhidrat dengan mandi di dalam air suam selama tiga sampai lima minit. Elakkan membiarkan bayi anda duduk atau bermain atau rendam lama dalam air sabun. Cara mengeringkannya juga secara tepuk-kering dan bukannya menggosok kerana ia menyebabkan kelembapan semula jadi kulit.

MILIA
Satu dari dua orang bayi memiliki milia iaitu lebam keputih-putihan. Ia biasanya muncul pada hidung dan muka. Keadaan ini disebabkan oleh kepingan kulit yang menyekat kelenjar minyak. Tidak perlu merawat kerana milia akan hilang sendiri.
gunakan detergen lembut untuk mencuci segala-galanya yang menyentuh kulit bayi. Begitu juga dengan cecair mandian, losen, syampu dan sebagainya, sebaik-baiknya biarlah daripada sumber semula jadi dan rendah kandungan bahan kimianya. Minimumkan penggunaan adalah lebih baik.
JERAWAT & BINTIK PUTIH
“Jerawat” bayi ada kaitan dengan yis, bukan pengeluaran minyak seperti jerawat remaja. Jerawat di hidung dan pipi bayi biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa minggu. Dapatkan rawatan sekiranya ia tidak hilang dalam tempoh tersebut.

TANDA LAHIR
Satu dari 10 orang bayi mempunyai tanda lahir. Lazimnya tanda lahir berwarna lebih gelap dan tidak diwarisi. Secara amnya tanda lahir tidak memerlukan rawatan.
KULIT KERING DAN MENGELUPAS
Bayi yang baru dilahirkan akan mengalami kulit yang mengelupas dan kering. Kulit asas yang terletak di bawah adalah sihat, lembut, dan lembap.

AMBIL PERHATIAN SEKIRANYA TERJADI 4 KEADAAN INI KEPADA SI MANJA
Bayi baru lahir memiliki kulit yang nipis berbanding kulit orang dewasa. Maka, menjaga kulit bayi agak rumit kerana ia agak sensitif. Mama papa perlu mengetahui apa yang perlu dielakkan agar si manja terhindar daripada masalah kulit.
RUAM PANAS
Ruam panas ialah biji kecil kemerah-merahan. Ia biasanya muncul pada bahagian-bahagian badan bayi anda yang terdedah kepada berpeluh, seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada lipatan kulit.
Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan pakaian kain kapas longgar.
RUAM LAMPIN
Jika bayi mempunyai kulit kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan paha dan bahagian sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin yang terlalu ketat; lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau disebabkan oleh detergen, lampin, tisu lembap yang mengandungi bahan kimia keterlaluan.
Cara terbaik untuk mengurangkan kerengsaan ini ialah dengan membiarkan bahagian tersebut sentiasa kering serta menambah kekerapan menukar lampin.
KEPALA BERKERAK
Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya hilang dalam tahun pertama. Keadaan ini juga dipanggil dermatitis seborrheic yang disebabkan oleh minyak yang berlebihan dan muncul sebagai bersisik, berlilin, ruam merah pada kulit kepala, kening, kelopak mata, sisi hidung, atau di belakang telinga. Keadaan ini selalu terjadi kepada bayi yang mempunyai ekzema.
Dapatkan rawatan atau dapatkan syampu khas untuk menghilangkan kerak ini, jangan sekali-kali mengikis atau menanggalkannya sendiri!

EKZEMA
Ekzema (juga dikenali sebagai dermatitis atopik) adalah ruam kulit yang biasanya muncul sebelum anak mencapai usia lima tahun. Pada bayi ia cenderung muncul pada pipi dan kulit kepala, tetapi ia boleh merebak ke lengan, kaki, dada, atau bahagian tubuh yang lain. Selepas tahun pertama kanak-kanak, ia mungkin muncul di bahagian dalam siku, belakang lutut, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan lain-lain. Kulit bayi akan kering dan kemerah-merahan. Dapatkan rawatan dengan segera agar penyakit ini dapat dikawal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kombinasi Puasa, Eat Clean & Senaman, Ibu Turun 23kg. Kongsi Sajian Menarik, Confirm Diet Tak Terseksa!

Melakukan rutin kombinasi puasa, pemakanan secara eat clean dan senaman, ibu ini membuktikan menurunkan berat badan tidak mustahil. Perkongsian sajian-sajian yang diambil sepanjang proses berdiet sangat menarik & kelihatan sedap.

Perkongsian ibu ini, Puan ummijep memang memang memotivasikan. Dia sebelum ini seberat 75kg kini turun kepada 52.2kg! Satu pencapaian yang memberangsangkan.
Tidak ada yang mustahil, ibu kepada 3 anak berusia 8, 7 dan 1 tahun ini telah membuktikan gabungan beberapa cara pemakanan dan senaman memang boleh menurunkan berat badan dan ukuran tubuh.
Amalkan gabungan intermittent fasting, makan suku-suku separuh, rendah kalori, eat clean.

View this post on InstagramA post shared by ummijep (@ummijep) on
Selain mengawal pemakanan, ibu ini turut melakukan senaman seperti kardio atau mendaki.
Cabaran terbesar ialah diri sendiri.

Nak handle nafsu, hanya kita dan Allah je yang boleh. Perlu usaha dan doa mintak Allah kiatkan diir apabila berdepan dengan makanan.

View this post on InstagramA post shared by ummijep (@ummijep) on
SAJIAN DIAMBIL RENDAH KALORI, CLEAN EATING & SUKU-SUKU SEPARUH
Sepanjang mengamalkan intermittent fasting selama 16 jam, beliau akan mengambil 3 sajian yang dinamakan first meal, second meal & last meal. Selain sajian-sajian ini, beliat turut mengambil air sebanyak 2 liter dan teh hijau.
First meal

Second meal



Last meal



TURUT MELAKUKAN PUASA GANTI (DRYFASTING)
Menu sahur


Menu berbuka

PERKONGSIAN YANG BOLEH MEMOTIVASIKAN
Tidak sekadar berkongsi sajian dan perjalanan penurunan berat badan, ibu ini turut berkongsi kata-kata perangsang yang boleh memberikan semangat dan motivasi untuk meneruskan perjalanan menurunkan berat badan dengan cara sihat.
Turun 21kg

Motivasikan diri sendiri, jangan hanyut.

Dulu menggunakan pakaian saiz XL kini sudah mengecil kepada saiz S!

“If you want to lose weight, you have to be obessed with it.”

Dulu tak larat berdiri lama, cari tempat nak duduk. Sekarang ummi boleh sama-sama berlari dengan anak

Sumber: ummijep
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tengah Malam Anak Menangis Sakit Gigi, Sebelum Bawa Ke Klinik, Ini Mak Ayah Boleh Buat

Selalu tengah malam anak meraung sakit gigi. Nak bawa ke klinik semua dah tutup. Tak sampai hati nak tengok anak menangis, meraung kesakitan kerana gigi berlubang atau gusi bernanah. Tak keruan mak ayah dibuatnya.
Ada beberapa langkah awal yang boleh dibuat sebelum bawa anak ke klinik keesokkan harinya.

Anak sakit gigi, langkah awal ibu ayah boleh buat!
ANAK SAKIT ibu yang paling susah hati, ayah mungkin tak boleh tidur,
Sebak rasa hati bila tengok anak asik menangis dan meraung kesakitan
Rasa tak senang duduk bila anak enggan makan waima minum susu
Mana tak nya, gigi berlubang, gusi bernanah, memang berdenyut teramat sakit
Apa langlah awal ibu ayah patut lakukan segera untuk kurangkan kesakitan pada anak?
1️⃣ Berus gigi dan gusi seperti biasa, lebihkan masa untuk bersihkan kawasan yang sakit
2️⃣ Kerap berkumur dengan air garam suam jika anak sudah pandai berkumur atau sapukan air garam suam di kawasan terlibat
3️⃣ Beri anak air suam yang secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi badan
4️⃣ Monitor suhu badan anak, sekiranya demam, beri anak ubat demam paracetamol mengikut kesesuaian umur dan dos

Ps: Langkah di atas boleh diambil sekiranya anak sakit pada waktu klinik tutup atau di tengah malam, sebaik-baiknya segera bawa ke klinik gigi untuk pemeriksaan
Sumber: Dr Izaza Mohd Zan
Jom hantarkan gambar comel si pipi pau papa mama di sini! https://forms.gle/Z2vQVEbYfjhtcWxd6
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


