“Masa Hamil Isteri Suka Sayur Berdaun Hijau.” Seawal 2 Tahun Anak Boleh Baca & Kira

Share

Kebolehan luar biasa! Siapa sangka anak yang baru berusia 2 tahun mempunyai kebolehan untuk membaca, mengira dan mengetahui planet. Kalau diikutkan di usia ini anak-anak sedang dalam proses untuk bercakap dan belajar bersosial.

Namun bagi pasangan suami isteri ini yang berasal dari Filipina dan kini bekerja di Abu Dhabi, mereka teruja apabila mengetahui pelbagai kebolehan anak mereka yang baru berusia 2 tahun itu.

Usia setahun dah mula nampak kelebihan

Dilaporkan, Drei yang dilahirkan pada Januari 2020 boleh menyebut fonik setiap huruf abjad, mengira hingga sepuluh dalam bahasa Sepanyol dan mengira sehingga 50 dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, dia juga dilaporkan tahu hari dalam seminggu, bulan dalam setahun, planet-planet Sistem Suria dan mengetahui perbezaan antara “dalam (in), pada (on) dan pada (at)’.

Gambar : TheFilipinoTimes

Difahamkan, semasa Drei berusia satu tahun, dia telah berjaya menghafal nama haiwan, warna dan bentuk yang berbeza.

“Dia suka matematik, muzik dan membaca. Tambahan lagi dia boleh menyanyi keseluruhan lagu,” kata ibu Drei, Pinpin.

Tambah mereka, Drei mudah menghafal dan sangat fokus semasa pembelajaran.

Suka tonton rancangan pendidikan 

Selain itu, bayi tersebut gemar menonton rancangan pendidikan dalam talian berbanding kartun.

“Dia sangat minat buku, bukan pada mainan. Pada usia 1 tahun 7 bulan, dia sudah boleh mengira,” kata ayahnya, Pallen.

Ibunya yang bekerja sebagai jururawat di Abu Dhabi berkongsi dengan The Filipino Times bahawa pada mulanya dia bimbang kerana Drei kelihatan diam dan sibuk dengan perkara lain.

“Sebenarnya saya seorang jururawat. Jadi saya perasan Drei terlalu fokus pada perkara lain. Sebagai seorang ibu, saya sangat gementar kerana saya banyak membaca tentang autisme.”

“Jadi, saya membuat keputusan untuk cuba hantar dia ke sekolah,” kata Pinpin.

Bagaimanapun, Drei sering sakit sehingga dia tidak dapat meneruskan persekolahan.

“Dia mula bersekolah pada Ogos 2021 lalu. Tetapi mungkin kerana dia tidak selalu keluar, sistem imunnya lemah. Jadi dia sering mengalami selesema.”

“Dia bersekolah selama 3 bulan, tetapi hanya hadir selama 45 hari sahaja,” kata Pinpin.

Suka dengan buku

Walaupun tidak dapat kembali ke sekolah, Drei masih menunjukkan semangat untuk belajar.

“Anda akan melihat bahawa dia sangat suka membaca buku. Tidak kira ke mana dia pergi, walaupun ketika kami bercuti di Filipina,” kata Pinpin.

“Pada suatu hari, dia cuba mengeja perkataan yang tertera di baju kami,” kongsi ibu bapa Drei.

Gambar: The Filipino Times

Difahamkan, mereka berasa bertuah apabila mengetahui anak mereka belajar dengan cepat dan lebih awal berbanding kanak-kanak lain.

“Diberkati! Bersyukur sangat kepada Tuhan. Hadiah yang sangat tidak ternilai buat kami.”

“Ia menjadikan kami lebih bermotivasi untuk berkembang sebagai pasangan untuk menyediakan lebih daripada yang dia perlukan dan menyediakan jalan untuknya, apa sahaja jalan yang dia pilih,” kata Pallan.

Masa mengandung suka makan sayur berdaun hijau

Apabila ditanya apakah rahsia keupayaan pembelajaran Drei, ayahnya menjawab ibunya makan sayur berdaun hijau semasa mengandungkan Drei. Saya rasa ia lebih kepada cara ibu dan neneknya menjaganya. Sejak mengandung, ibunya memang tidak makan makanan ringan dan makanan berproses,” kata Pallan.

Selain itu, mereka juga menyarankan ibu bapa lain untuk cuba lakukan rutin tidur dan bangun yang boleh diikuti oleh kanak-kanak dengan mudah.

Tambahan lagi, pastikan kanak-kanak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap hidangan mereka.

Kredit: The Filipino Times ; Siakap Keli  

Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy