Ada waktunya diketika hamillah pelbagai ragam sakit yang mula datang tanpa diduga. Namun jangan sembarangan ambil ubat-ubatan tanpa pandangan daripada doktor.
Sekiranya anda mengandung, ataupun merancang untuk hamil, anda haruslah mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dan juga sebarang ramuan herba yang boleh di beli di farmasi.
Sesetengah ubat adalah selamat digunakan (contohnya penisillin). Terdapat juga ubat-ubatan yang tidak selamat digunakan (contohnya talidomida). Adalah sangat mustahak anda mendapatkan nasihat daripada anggota profesional perubatan sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan.
Berbincang dengan doktor dulu
Ads
Berbincanglah dengan doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
Sekiranya anda makan ubat secara tetap (contohnya untuk rawatan sawan), adalah penting bagi anda untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum hamil.
Sekiranya anda hamil tanpa dirancang, berbincanglah dengan doktor anda seawal mungkin mengenai ubat-ubatan yang sedang anda ambil.
Ubat-ubatan yang biasa diberikan semasa kehamilan?
Ads
Ubat-ubat tertentu boleh memberi kesan buruk keatas janin pada bila-bila masa semasa mengandung.
Terdapat juga ubat-ubatan yang tidak selamat digunakan (contohnya talidomida). Adalah sangat mustahak anda mendapatkan nasihat daripada anggota profesional perubatan sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan.
Apakah ubat-ubatan yang biasa diberikan semasa kehamilan?
Masalah
Jenis ubat-ubatan
Melegakan kesakitan,sakit kepala, sakit belakang atau demam
Paracetamol
Sembelit
Serat (bran, ispagula dan sterkulia).
Julap (laktulosa – selamat bagi jangka masa pendek).
(Tingkatkan pengambilan serat dan cairan sebanyak mungkin).
Ibu mengandung tentu biasa dengan perkara wajib dilakukan di akhir kehamilan iaitu kira gerakan bayi dalam kandungan.
Biasanya jururawat atau doktor akan berpesan supaya ibu kira pergerakan bayi dalam kandungan sebanyak 10 kali. Kenapa kena 10 kali sahaja?
Tentu ramai ibu hamil yang tak tahu apa sebab dan pentingnya kiraan pergerakan bayi dalam kandungan kan?
Penjelasan daripada jururawat Siti Saleha Jaffar ini sangat bagus untuk difahamkan oleh semua ibu hamil dan jangan main-main tentang kiraan anak anda dalam kandungan serta lebih serius menjaga buku pink pemeriksaan kandungan masing-masing!
FETAL KICK CHART(FKC) a.k.a FETAL MOVEMENT CHART(FMC) @ CARTA GERAK ANAK
Jika anda seorang ibu mengandung, pastinya perkara wajib yang anda perlu lakukan apabila usia kandungan memasuki 28 minggu atau 7 bulan adalah dengan mengira dan melakukan pemantauan pergerakan bayi didalam kandungan.
1. Apa itu carta gerak anak?
Carta gerak anak adalah satu carta pemantauan pergerakan anak yang perlu dicatat pada buku mengandung ibu.
Carta pergerakan anak perlu dilakukan setiap hari tanpa gagal sehinggalah anak selamat dilahirkan.
2. Apa yang penting sangat nak kena catat gerak anak?
Sangat PENTING!kerana kita tidak nampak keadan bayi di dalam kandungan..hanya ibu sahaja yang mengetahui sama ada bayi sihat atau tidak..dan melalui carta gerak anak lah kita dapat mengetahui samada bayi sihat, lemas terbelit talipusat atau tidak sihat disebabkan mendapat jangkitan kuman..
3. Pada waktu bila carta gerak anak ini bermula?
Carta gerak anak perlu dilakukan pada setiap hari pada waktu yang sama iaitu pada jam 9 pagi
4. Kenapa jam 9 pagi setiap hari?
Kerana kita beranggapan pada jam 9 pagi ibu-ibu semua sudah bangun dari tidur dan melakukan rutin harian dan ada ibu-ibu bekerja sudah sampai di pejabat tidak kiralah pergerakan anak bermula pada 9.15 pagi atau 9.30 pagi, pengiraan carta gerak anak tetap bermula pada jam 9 pagi.
Ada sebab tak dibenarkan buat hiasan pada buku pink ibu mengandung
5. Bolehkah saya melekatkan sticker comel atau lukis teddy bear atau bunga-bunga di carta gerak anak?
Tidak boleh kerana buku pink yang diberi kepada ibu-ibu untuk simpanan adalah DOKUMEN RASMI kerajaan yang diberi kepada ibu secara percuma. Bukan mahu mendoakan ibu-ibu yang tidak-tidak tapi jika berlaku apa-apa kepada ibu dan kandungan sepanjang hamil, buku pink itulah dokumen pertama yang akan dikorek terlebih dahulu dan jika ibu quiry ada berlaku sebarang kecuaian dan kesilapan atau mahu bawa kes ibu-ibu ke mahkamah, dengan mudahnya ibu akan kalah sebab ibu-ibu tidak serius dengan kata mudahnya ibu sambil lewa
6. Bagaimana mengira carta gerak anak?
i) Carta gerak anak perlu bermula setiap pagi (9am) pada waktu yang sama
ii) Kira pergerakan anak dalam tempoh 12 jam..bermaksud perlu bermula pada jam 9am dan berakhir pada jam 9pm..dalam tempoh 12 jam perlu ada 10 gerakan yang kuat atau tendangan bayi
iii) Ada petak-petak yang perlu diisi lengkap oleh ibu sendiri iaitu petak tarikh, masa bermula, tandakan✔️pada kotak kecil yang bernombor 1-10 yang mewakili gerakan kuat bayi dan petak masa genap 10 gerakan kuat
iv) Pergerakan yang perlu diambil kira adalah satu pergerakan yang kuat atau tendangan bayi..jika selepas satu gerakan yang kuat/tendangan bayi diikuti dengan gerakan-gerakan kecil, atau bayi berpusing tetap dikira 1 gerakan..
v) Ibu hanya perlu ✔️ sahaja pada kolum 10 petak kecil..bukan memperkecilkan usaha ibu-ibu yang kreatif sebab mahu jadikan itu sebagai kenangan tetapi perlu fahami kenapa buku pink itu merupakan “Dokumen Rasmi” kerajaan
vi) Apabila cukup atau lengkap 10 gerakan kuat/tendangan, ibu perlu melihat jam berapa waktu lengkap. Jika waktu lengkap pada jam 4 petang, tulislah dibahagian kolum “waktu genap 10 gerakan” jika jam 5.30 petang, tulislah..jangan malas dan jangan ambil mudah!!!
vii) Dan rutin tersebut perlu dibuat setiap hari dan tidak boleh skip/culas barang sehari sehingga ibu-ibu selamat melahirkan bayi..barulah ibu-ibu boleh hentikan rutin catat gerak anak
7. Kenapa 10 gerakan dalam 12 jam?kenapa tidak 12 gerakan dalam 12 jam?
Kerana ada ketika bayi pun tidur dalam tempoh setengah ke 1 jam dan pada ketika itu ibu tak merasai pergerakan anak ibu tetap juga kena awasi untuk jam kedua jika bayi ibu tidak bergerak langsung dalam tempoh 3 jam berturut atau lebih, ibu perlu ambil berat dan pergi ke hospital atau klinik jika klinik masih beroperasi tetapi adakalanya ibu tidak merasai pergerakan bayi pada ketika ibu melakukan aktiviti atau sedang bekerja kerana fokus ibu pada bayi kurang ketika itu ibu akan merasai pergerakan aktif bayi ketika ibu sedang berehat atau waktu malam ketika mahu tidur kerana tumpuan ibu ketika itu tidak diganggu oleh hal pekerjaan
8. Bagaimana saya mahu tahu pergerakan bayi saya normal atau tidak?
• Dalam tempoh 1 jam ada satu atau 2 pergerakan kuat/tendangan bayi
• Awasi pergerakan anak selama seminggu dari segi polariti pergerakan anak jika dalam tempoh seminggu ibu buat carta gerak anak, waktu genap 10 gerakan dalam jam 4,5,6 atau 7 petang, ibu akan dapat rasai sendiri perbezaan pergerakan bayi ibu yang normal atau tak normal
• Jika kebiasaannya pergerakan anak lengkap pada jam 4,5,6 atau 7 petang tetapi pada hari tersebut ibu rasa pergerakan bayi sangat lambat..tepat jam 9 malam atau lagi 5 minit jam 9 malam baru lengkap 10..itu adalah pergerakan anak yang tidak normal walaupun lengkap 10 gerakan..samada bayi kelemasan disebabkan terbelit talipusat, air ketuban kurang atau sebaliknya
• Atau kebiasaannya pergerakan bayi lengkap pada jam 4,5,6 atau 7 petang tapi pada hari tersebut pergerakan bayi lengkap pada jam 11.30 pagi atau 12.30 tengahari walaupun cukup 10 pergerakan tapi itu adalah pergerakan yang tidak normal/terlalu cepat sama ada pergerakan terlalu cepat disebabkan oleh bayi mendapat jangkitan kuman atau ibu itu sendiri yang tidak sihat.
9. Kalau dah cukup atau lengkap dah tak perlu monitor lagilah kan?
SALAH!walaupun telah lengkap 10 gerakan mungkin dalam jam 4,5,6,7,8 malam ibu masih lagi kena awasi gerak anak selepas itu. Kebiasaannya ibu-ibu akan cakap anak terlebih aktif waktu malam sampai menyukarkan ibu untuk tidur
10. Apa yang saya perlu lakukan jika pergerakan anak saya tidak normal?
Jika:
? Tidak lengkap 10 gerakan dalam tempoh 12 jam
? Pergerakan bayi terlalu lambat dari kebiasaan
? Pergerakan bayi terlalu cepat dari kebiasaan
SEGERA KE HOSPITAL BAHAGIAN KECEMASAN BERSALIN/PAC!
Walaupun pada keesokan harinya anda memang sudah ada tarikh temujanji di klinik kesihatan/klinik desa
Bawa buku pink ke mana-mana ibu pergi
11.Kenapa tidak boleh tunggu pada tarikh temujanji?di klinik kan ada doktor juga?
Kerana nyawa tidak boleh ditunggu-tunggu ikut masa kita dan mata doktor bukan macam mata Superman yang boleh imbas tanpa guna alatan. Jika ibu pergi ke klinik kesihatan/desa tetap doktor akan rujuk ibu ke hospital kerana tiada peralatan seperti melakukan pembedahan kecemasan tiada. Walau telah dirujuk ke hospital tetap membuang masa perjalanan..perlu diingat, nyawa tidak boleh ditunggu walau sesaat mengikut kehendak kita..
Adalah lebih baik ibu terus ke hospital
Nasihat saya..
* Catat lengkap pergerakan anak dengan jujur..jangan CARTALOGY!!bukan misi dan doktor dapat apa kalau anda menipu tetapi anda sendiri yang rugi
* Kalau tak faham, tanyalah walaupun berkali-kali..
* Dan tolong jaga buku pink sebaik-baiknya..saya merayu jangan diconteng, ditumpahkan air dan jangan dibelacankan buku tue!
* Buku pink itu adalah kembar siam anda..bawalah kemana sahaja ibu pergi..mahu jalan-jalan di shopping mall, taman, kebun, balik kampung, travel..sila angkut bersama kerana kesemua maklumat kesihatan anda semasa hamil, plan dari doktor tercatat di dalam tu.
#SayaJururawat
#EducatePromoteProtect
Sumber: Siti Saleha Jaffar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata, pendakwah selebriti, Dai’ Syed Iqmal berkongsi perkhabaran duka keguguran isterinya, Hana Ismail.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, usia kandungan isteriny, Hana mencecah 10 minggu namun tiada rezeki keduanya untuk menimang zuriat sulung mereka.
“Berat hati ini ingin khabarkan, semua pasangan suami & isteri inginkan cahaya mata.
“Sejujurnya, isteri saya memang pregnant. Tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja.
“Hari ini , isteri saya akan menjalani proses DNC di Hospital KPJ, mohon doakan untuk beliau,” tulisnya.
Menerusi entri terbarunya, Dai’ Syed juga memuat naik video ketika proses DNC yang dijalankan ke atas isteri. Malah bersyukur kerana segala proses berjalan dengan baik dan lancar.
“Jam 8.15 tadi, isteri saya memulakan operasi DNC.
“Mohon doakan semoga urusan kami dipermudahkan oleh Allah swt. Terima kasih semua yang mendoakan dan mengambil berat tentang isteri saya,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Dai’ Syed dan isteri akan dikurniakan zuriat selepas ini.
Terdahulu, Dai’ Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2022.
Pendakwah selebriti Da’i Syed dan isterinya pengacara, Hana Ismail kini sedang menghitung hari menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29, isteri kesayangannya itu tidak mengalami simptom kehamilan yang teruk malah kini teruja untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
“Insya-Allah saya dah nak menimang cahaya mata. Isteri saya dah sarat tinggal tunggu lagi dua, tiga minggu,” kongsinya.
Tambahnya lagi, isterinya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami alahan atau mengidam yang pelik-pelik sebaliknya dia yang mengidam sesuatu.
“Hana tak ada apa-apa simptom, tiada alergi, dia baik-baik sahaja tapi rasanya lebih kepada saya. Saya yang banyak mengidam daripada dia,” kongsinya.
Sementara itu, Syed bersyukur dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dalam kerjaya lakonan dan perniagaannya.
“Nak jadi ayah ni rezeki makin banyak, Alhamdulillah. Dapat tawaran berlakon filem, ada buat agensi pelancongan dan isteri saya menjual batu-batu kristal.
Meninjau di Instagram isterinya, Hana juga mengakui teruja untuk menantikan cahaya mata pertama mereka malah kini dilihat semakin berseri-seri.
“Alhamdulillah, hajat nak ‘babymoon’ before my delivery dimakbulkan.
“Momen bersama suami disini takkan Hana lupa insyaAllah sampai bila-bila. Thank you, Cahaya selalu bawa rezeki tak disangka-sangka untuk umi and baba. Can’t wait to see you,” tulisnya di kapsyen.
Terdahulu, Syed dan Hana mendirikan rumahtangga pada 3 Disember 2022. Hana sebelum ini pernah mengalami keguguran i awal perkahwinan mereka.