Anak-anak kita membesar dengan pantasnya. Masa bersama mereka iaitu dari usia mereka lahir hingga sebelum masa untuk ke sekolah berlalu sangat pantas. Jangan abaikan waktu-waktu berharga ini.
Inilah yang cuba disampaikan oleh personaliti media sosial, Aisyah Hijanah agar sentiasa meluangkan masa bersama anak ketika mereka masih kecil.
Walaupun dihimpit kesibukan jadual setiap waktu, berusahalah untuk meluangkan masa bersama mereka. Aisyah yang ketika ini sedang bercuti ke Langkawi bersama suami dan dua anaknya menitipkan pesanan buat semua.
Sebolehnya luangkanlah masa sebolehnya mahu bersama anak-anak.
“Since Aisyah & Alif selalu sangat sibuk kerja & fokus untuk raya @hijanahofficial, right after USS, terus bawa family pergi Langkawi.
“Bukan mudah nak fokus business, family & ourselves. Tapi, kena selalu ingat! Anak-anak tak minta untuk dilahirkan. Kita sebagai parents yang choose untuk ada anak-anak, so ini adalah amanah masa kita dengan mereka.
Ads
“Sibuk tu sentiasa ada, tapi masa dengan anak-anak ni jangan kita abaikan. Masa kecil mereka sangat sekejap,” kongsi Aisyah lagi.
Bahkan kata Aisyah waktu bersama anak inilah waktu yang cukup berharga. Maka luangkanlah masa sebaiknya bersama anak-anak.
“Pejam celik dah masuk sekolah dah. Jangan bila mereka dah besar, barulah kita rindu nak spend masa,” pesan Aisyah lagi.
Ads
Bercerita mengenai percutiannya ke Langkawi, Aisyah sempat meluangkan masa ke Langkawi Wildlife Park untuk memperkenalkan anak-anaknya dengan haiwan.
“Khadeejah ni memang suka tengok binatang dekat kamus, so kalini Aisyah bawa pergi Langkawi Wildlife Park.
“Dah almost 5 kali Aisyah datang sini, memang tak bosan langsung. Also, Aisyah beli Langkawi Pass kat Klook so memang murah banyak & jimat masa
“Mula-muka kata nak jumpa arnab, last-last bila arnab kerumun Khadeejah, habis menjerit menangis dia. Hassan pula tidur je memanjang. Nasib baik tiket free,” kongsinya lagi.
Sebagai parents, kita perlu peka dengan keselamatan anak. Sama ada di rumah mahupun ketika di bawa keluar, bahaya ada di mana-mana. Lengkapi diri dengan ilmu pertolongan cemas supaya kita tidak panik sekiranya berdepan dengan situasi tak diingini.
Jom, serta e-workshop Stay Safe: Bahaya Di Mana-Mana, Lindungi Anak Anda sekarang!
Ibu mana yang tak sedih melihat anak dalam keadaan sakit akibat kecuaian orang lain. Lebih menyedihkan bayi yang baru berusia 4 bulan tersebut mengalami cirit-birit lebih 30 kali setelah disuap kurma dan buah pear.
Hanya bayi yang sudah berusia 6 bulan sahaja boleh diberi makan kecuali bayi yang mendapat kebenaran dari doktor untuk diberi makan di usia bawah 6 bulan.
Menurut perkongsian dari facebook Uda Meknul, bayinya diberi makan dengan alasan hanya untuk memberi bayi merasa makanan tersebut. Tambahnya lagi pelaku tersebut tidak pernah meminta izinya untuk berbuat demikian.
Ikutkan hati nak je uda saman. Baby bawah 6 bulan jangan nak memandai bagi makan bagi rasa bagi sgala tok nenek paham?
Anak orang bukan anak hang! Now warded baby dah berak darah. Bila kita marah mengamok cakap la konon orang dulu ok je, org bandar tak reti apa? Penangan konon bg “rasa” kurma & buah pear. 🤬
Len kali buat kat anak sendiri jangan usik anak org! Ingat baby tu besar gemok gedabak dia dah boleh makan ka?? Dia baru 4bulan kot! Awat tak suap asam pedas mekdi kfc!
Sekarang baby cirit birit lebih dari 30x 😭😭, cirit berdarah pun banyak kali. Kita normal cirit 3-4xpn dah lembik badan nak berdiri, pedih jangan cerita ni 30x😔😔😔 lemahnya semangat bila tengok anak yang di tunggu selama 8tahun jadi macam ni.
Tidur sini lah malam ni…😔😔 Allahuu kelam kabut rasa, dengan anak nak sekolah dengan kerja lg. Kerana “bagi rasa je” tu tengok la betapa susah dan ganggunya aktiviti harian orang.
Kalau kita cakap nanti kata kita tak hormat org tua, awak tu hanya kenalan je bukan family atau ada pertalian darah pun, jadi jangan la pandai-pandai nak usik-usik anak orang nak bagi itu ini. Tanya parents dia dulu.
Harap parents lain alert dan tegas dengan anak masing-masing, kalau boleh jangan bagi orang sentuh baby pun. Biarlah nak cakap apa sebab sakit kita anak beranak yang menanggung.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai riaksi ramai dan rata-rata warga maya kecewa dengan perbuatan si pelaku, ada juga yang turut mendoakan kesembuhan bayi comel ini.
Di harapkan bayi ini cepat sembuh dan kembali ceria!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak salah nak manjakan anak tapi jangan sampai berlebih-lebihan. Anak kecil kita memang tak pernah tahu mengenai barangan berjenama mahal dan makan tempat mewah tapi kitalah yang didik mereka, bimbang anak tak cantik atau tak selesa ketika makan. Cara ini sebenarnya tak salah tapi kurang tepat jika dilakukan selalu.
Menurut Dr Taufiq Razif, ibu bapa perlu berhati-hati jika anak dah mula minta barangan atau hal-hal semacam ini. Sindrom yang satu ini ibu bapa kena ambil tahu.
Hati-hati bila anak kita terlalu sukakan barang barang branded, selalu mendesak nak makan tempat mewah dan mahal, jijik dengan tempat tempat yang murah dan jadikan mak ayahnya ATM berjalan.
Jangan jangan anak kita dah kena Rich Kid Syndrome ( RKS )!
Sindrom ni bukan kena pada anak anak orang kaya je tetapi anak anak orang biasa biasa pun boleh kena. Kadang-kadang kita dulu pernah jatuh miskin, jadi bila dah berduit sikit kita pun hamburkanlah pada anak anak kita.
Ye, kita taknak anak kita susah macam kita dulu dulu. Kita anggap inilah ‘ act of love’ kita pada mereka tapi limpahan kemewahan tanpa kawalan ni hanya akan merosakkan identiti dan ‘self-control’ anak kita.
Akhirnya mereka akan jijik dengan kesusahan dan memandang hina semua yang berkaitan dengan kesusahan dan kemiskinan. Jinakkan kembali RKS ini dengan selalu menceritakan pengalaman-pengalaman kemiskinan dan kesusahan diri kita suatu ketika dulu.
” Nak, hidup kamu dah senang sangat sekarang. Sini ayah nak ceritakan pengalaman ayah tinggal di rumah buruk nenek dulu”.
” Nak, kamu sekarang ni dah mewah sangat. Sini mak cerita betapa peritnya hidup mak dulu”.
Turunkanlah ego anak RKS ini dengan menceritakan kedaifan dan kemiskinan anak anak pelarian dan fakir miskin di sekelilingnya.
Bagitahu anak mereka bahawa anak anak yang susah itu WUJUD di dunia ini.
Bagitahu anak RKS ini bahawa ada anak di luar sana yang tiap hari hanya makan roti dan sayur! Bagitahu juga anak RKS ini bahawa ada anak di luar yang seumur hidupnya tak mampu pun nak menjamah KFC mahupun McD!
Bagitahu juga anak RKS ini bahawa di luar sana ada berjuta kanak kanak yang tak ada makanan pun untuk dimakan hari ini!
p/s : Anak yang mengalami Rich Kid Syndrome ni akan sangat susah berpuas hati dengan kebaikan & budi daripada mak ayahnya sendiri! Jadi, ubahlah cara didikan kita sebelum terlambat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak saya umur 4 tahun. Memang mudah terpengaruh dengan sikap sepupunya. Bagaimana cara untuk atasi sikap-sikap negatif yang dia tiru daripada orang lain? Saya pula tak suka ajar anak dengan cara menjerit dan memukul.
Pernah tak anda alami atau saksikan kejadian seperti ini berlaku pada kanak-kanak ataupun anak anda? Ini saranan daripada Ibu Rose.
Saranan Ibu:
Terangkan Kesalahan
Pertama betulkan dan terangkan mengapa salah sehingga anak itu faham. Apabila dia sudah 3 tahun,ini bermakna otak berfikirnya sudah mula berkembang. Puan nyatakan hukuman sekiranya dia terus melakukan. Pastikan ia adalah hukuman yang membina dan bukan meruntuhkan self-esteem anak itu.
Hukuman
Jika dia terus melakukan, maka lakukanlah hukuman itu bila sudah 3 kali mengulanginya. Jangan kasihan atau cuba melengahkan. Lakukannya terus!!!!
Anak perlu tahu, setiap perbuatannya itu, dia lakukan atas pilihannya. Maka dia juga perlu tahu setiap pilihan ada natijahnya.
Dan setelah menghukumnya, beri dia RUANG UNTUK MEMPROSES perasaannya.
Mungkin dia akan marah pada anda atau jika anda lakukan dengan betul, dengan menggunakan ‘sandwich’ method yang Ibu pernah share, maka kemungkinan besar dia akan merasakan kasih-sayang anda yang sangat besar kepadanya.
Jika dia marah, maka BIARKAN dulu dia memproses perasaannya. Selepas beberapa minit, anda datang dan cerita balik mengapa dia perlu dihukum.
Yang penting, bila menghukum, nyatakan yang salah ialah PERBUATANNYA. Dia insan yang baik dan anda sayang kepadanya.
Menghukumnya itu bukan bermakna anda tidak sayang. Sebagai ibu dan bapa, anda perlu mendidik dan memimpinnya dia baik, itu adalah tanggung-jawab anda dan anda menunaikannya kerana anda sayang kepadanya dan anda sayang kepada Yang Maha Pencipta.
Terkini, berita yang amat menyentuh hati dan mengundang rasa pilu ini, apabila dua mayat ditemui di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana, hari ini.Seorang...