Masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan, mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri dan mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.
Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,
1. Marah anak.
2. ‘Pukul’ anak.
3. Piat telinga anak.
4. Paksa anak ikut cakap kita.
Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita. Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,
1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.
Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian. Rasanya macam baru saja anak kita ni lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.
Ads
Sekarang dia dah membesar. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Ini permulaan ibu ayah sekalian. Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah. Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?
Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.
Ads
Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.
Jadi ibu ayah sekalian. Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.
Ads
1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.
Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan. Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama.
Kredit: Abdul Muiez Ruslee
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak masuk dua pun mama dah rasa pening tengok keadaan rumah apatah lagi lebih dari 5 orang anak. Fuh! Memang mencabar nak membesarkan anak-anak ni. Lain anak lain ragam dan perangainya kan?
Tak mustahil kalau dalam rumah tersebut ada sistem khas untuk pastikan rumah sentiasa kemas kan? Yang penting kena didik sejak kecil! Jom ikuti perkongsian ini.
Ada 7 anak, 6 lelaki
Itu hari saya duduk dengan seorang ibu yang dah lama pencen dari sector perguruan. Beliau ini ramah ya ampun. Asalnya beliau merupakan seorang peserta kelas brownies beberapa tahun lalu. Namun sekarang dah jadi macam kawan.
Beliau bersembang tentang 4 orang menantunya yang berbagai-bagai ragam. Seronok mendengarnya. Ibu kepada 7 orang anak ini, punya 6 orang anak lelaki dan seorang sahaja anak perempuan.
Yang sulong itu anak gadisnya yang sudah punya 3 orang anak, kemudian ada 3 anak lelaki yang sudah berkahwin. Yang lain masih bujang trang-tang-tang.
Dalam banyak-banyak hal yang kami sembang, beliau nasihatkan saya tentang saya kena bertegas dengan orang rumah bab-bab mengemas, bab mencuci dan sebagainya kena bertegas walau beliau seorang yang bekerja. Kalau tak bekerja lagilah kena kuat tegasannya itu.
Suami tegas bab rumah kena kemas
Beliau kata, sepanjang jadi guru dan 10 tahun terakhir dapat jadi pengetua, beliau dapat suami yang sangat tegas bab itu.
Oleh kerana anak lelaki pula sangat ramai, dan memang susah ya amat nak pastikan rumah itu sentiasa kemas, namun sebagai isteri memang kena kreatif bab-bab menguruskan rumah. Sebab, semua inilah menunjukkan kebijaksanaan seorang wanita.
Kita memang boleh cakap “suami, tolonglah sama mengemas juga,” Itu boleh kata dalam mimpi pun susah nak jumpa. Memang ada, namun susah. Jadi dah bertukar status sebagai isteri, beliau cakap beliau reda sahaja namun kena kreatif.
5 perkara yang dilakukan. Ini yang saya belajar.
Sebab suami tak suka nak mengemas seperti dia, dan dia juga seorang yang bekerja dan penat ya ampun menjadi seorang guru ini. Di sekolah dah beratus anak murid, di rumah ada 7 orang yang jenis terbang nakal bukan main. Jadi beliau buat ini;
1. Beli banyak organizer
Beli banyaknya organizer untuk baju, seluar dalam, seluar, baju tidur, baju sukan, baju sekolah dan segala-gala untuk anak-anak ini beliau beli jenis rak macam toyogo yang ada laci itu.
Seorang anak, ada 1 organizer dan mereka kena uruskan semuanya sendiri termasuk mencuci, melipat dan memasukkannya di dalam organizer tersebut. Tak ada baju, memang kena libas kerana boleh jadi tak ke sekolah.
2. Beli ampaian untuk baju-baju yang mahu digosok
Ampaian ini perlu ada beberapa, senang untuk anak-anak gantung baju dan ambil sahaja. Oleh kerana rezeki beliau punya anak perempuan yang jadi anak sulong, maka si kakak ini banyak tanggungjawab membantu adik-adik dan beliau bersyukur kerana dari si kakak ini kecil lagi beliau sudah ajar untuk enjoy buat kerja.
Si kakak ini memang jadi ratu gosok baju untuk adik-adik. Mana yang cari pasal dengan kakak, pastinya tak akan digosok bajunya. Jadi semua kena behave dan layan kakak baik-baik.
3. Bakul mainan dan stor
Dua perkara ini benda penting yang wajib ada dalam rumah. Bakul mainan ini perlu diajar kepada anak-anak tentang apabila ambil, kena simpan semula. Kalau tidak, buang. Jadi ibu, bab ini kena bertukar menjadi raksaksa.
Biasanya anak-anak sangat sayangkan mainan mereka, jadi jika mereka tidak kemas, kasi buang. Namun, kalian ‘buang’ diam-diam dalam stor.
Setelah beberapa lama, hadiahkan mainan tersebut kepada orang lain. Ia lebih bermanfaat dari membuangnya. Anak akan dapat pengajaran, ibu bapa juga tidak membazir.
4. Hari Jumaat adalah hari bersih bagi semua bilik
Wajib letak dalam bakul kain seperti cadar, sarung bantal, dan segala jenis mak nenek pakaian yang belum dicuci termasuk tuala. Sekiranya tak buat, terus penjarakan mereka untuk bermain di padang selama 1 minggu.
Ia memang menjadi dengan sangat baik dan semua anak-anak lelaki cikgu ini sangat menjaga bilik mereka sendiri.
5. Sediakan sabun, pencuci muka segala pencuci
Sentiasa sediakan sabun, pencuci muka, pencuci segala semuanya kepada anak-anak. Dan di dalam bilik air, yang ini tak payah kedekut. Pastikan anak belajar tentang kebersihan. Dan ianya akan melekat di jiwa anak-anak.
Sampai ke tahap, nanti akhirnya anak sendiri akan tahu tentang pentingnya bersih, tentang pentingnya menyusun semua perkara.
Beliau cerita yang mana anaknya yang kecil-kecil, apabila beliau sudah didik abang dan kakak yang dah besar, yang kecil-kecil akhirnya mengikut. Rumahnya sentiasa kemas walau anak-anak banyak mainan. Dirinya sendiri juga tak stress suruh laki bantu kemas.
Iya benarlah, isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar hati, hahaha. Macam lagu. Namun, itu semua betul, kan?
Rumah kita adalah yang memberi hilangnya gelisah, ianya disempurnakan oleh isteri yang cerdik, bijak dalam mengatur segalanya di dalam rumah.
Itulah emak-emak kita semua. harapnya isteri kita juga akan begitu selama-lamanya! Cewah!
Dihujung minggu ini, sarapan pagi atau minum petang yang panas semestinya sudah dinantikan anak-anak dan suami. Apa menu anda?
Apa kata kali ini kita cuba pula cekodok pisang untuk anak-anak. Selalunya hasil kejadiannya jadi kurang sempurna. Pasti anda tersalah sukatan cara yang tepat. Ini sukatan tepat yang lembut dan tak keras.
Jom cuba perkongsian resipi Yatie Kitchen ini. Mesti sedap!
Tips buat Cekodok Pisang
1 cawan pisang
1/2 cawan tepong gandum
3 sudu gula perang
1 sudu kecil tepung beras
Secubit garam
* So kalau 4 cawan pisang = 2 cawan tepong gandom
Kupas kulit pisang dan lenyekkan.
Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati.
Panaskan kuali berisi minyak. Cedok adunan sedikit demi sedikit menggunakan sudu atau tangan dan goreng dengan api sederhana.
Masak hingga warna keperangan dan angkat. Sedia untuk dimakan.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Al-Masrie telah berkongsi tentang bagaimana mendidik anak. Katanya hampir semua perkara bermula dari rumah dan persekitaran yang didedahkan kepada anak memainkan peranan penting membentuk mereka.
Anak suka meniru apa yang ibu bapa lakukan dan apa yang didedahkan kepada mereka seperti persekitaran di sekolah dan rancangan TV yang ditonton. Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi tips ini di Instagram pada video yang memaparkan anak kembarnya Adam & Noah yang seolah-olah ingin turut serta bersama beliau untuk bersolat.
Video – Solat Subuh dengan anak-anak lelaki saya
Adam & Noah suka untuk datang ke bilik solat semasa saya bersolat. Saya adakalanya membiarkan sahaja supaya mereka boleh melihat. Noah akan memakai kopiah dan meniru pergerakan saya dan Adam akan memerhatikan dari jauh.
KANAK-KANAK PENIRU YANG BAIK
Kanak-kanak adalah peniru yang baik. Dia akan meniru apa yang ibu bapa lakukan. Kebanyakan ibu bapa mengeluh tentang anak melakukan sesuatu sedangkan anak-anak hanya meniru apa yang mereka lihat.
Kanak-kanak yang tenang dan gembira menggambarkan bagaimana dia dididik.
Kanak-kanak terlalu clingy kepada ibu bapa kerana ibu bapa terlalu clingy kepada anak mereka.
Kanak-kanak tantrum kerana ibu bapa membiarkannya berkelakuan begitu.
Kanak-kanak yang suka jerit dan pukul orang lain mungkin pernah melihatnya di rumah.
PANTAU APA YANG DITONTON OLEH MEREKA
Mereka juga belajar semua perkara ini di sekolah dan melalui apa yang ditonton di TV. Oleh itu sangat penting bagi ibu bapa untuk memantau rancangan dan saluran apa yang ditonton mereka tonton di TV.
Banyak lagi perkara yang ibu bapa boleh lakukan dan kita boleh cuba untuk mendidik dan membesarkan mereka dengan cara yang terbaik yang kita mampu. Tapi yang pasti, semuanya bermula dari rumah.
Enjoy parenting to all parents out there …
Just sharing …
PS – Not sure what Adam is trying to tell me .Probably he wants a Kopiah too
Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi.
Bayi pramatang lahir jauh lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin sedangkan banyak lagi organ-organ masih belum matang sepenuhnya. Dengan kemajuan teknologi perubatan mereka bertahan dan boleh membesar seperti anak-anak normal yang lain.
Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran & survival anak pramatang. boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 November 018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...