Masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan, mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri dan mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.
Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,
1. Marah anak.
2. ‘Pukul’ anak.
3. Piat telinga anak.
4. Paksa anak ikut cakap kita.
Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita. Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,
1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.
Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian. Rasanya macam baru saja anak kita ni lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.
Sekarang dia dah membesar. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Ini permulaan ibu ayah sekalian. Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah. Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?
Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.
Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.
Jadi ibu ayah sekalian. Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.
1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.
Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan. Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama.
Kredit: Abdul Muiez Ruslee
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI