Ibu mana yang tidak sedih bila anak pertama yang dinantikan kelahirannya lahir sebesar botol kicap pada usia kandungan 27 minggu! Bahkan doktor yang merawat juga memberitahu banyak risiko dan penyakit lain yang dihidapi si cilik menyebabkan tiada jaminan diberikan sama ada si comel mampu hidup atau tidak.
Allahu…terasa gelap dunia ibu muda yang menatang kandungan pertamanya bagai minyak yang penuh selama ini. Bayi pramatang yang lahir semasa kandungan ibu baru hendak masuk 7 bulan ini turut mempunyai pelbagai komplikasi.
Badan si kecil yang hanya sebesar saiz botol kicap itu diselirati oleh pelbagai wayar yang membantunya untuk terus bernafas. Diberi nama Nadia Saffiya, si comel ini betul-betul berjuang untuk hidup dan mengecapi kasih sayang dari ibu dan ayah.
Ibu muda yang melalui episod duka yang tak akan dilupakan seumur hidupnya, Ummi Nadia berkongsi kisah perjuangan puteri sulungnya itu dan bersyukur bayi yang bakal genap usia lima bulan pada 6 Julai ini semakin sihat dan tembam.
Anak saya lahir 27 minggu dengan berat 930 gram. 83 hari di hospital. Masa lahir besar botol kicap je.
Masa tu rasa gelap dunia. Dengan emergency czer. Sebab air ketuban dah kering kontang tinggal 2cm.
Air ketuban saya leaking, masa batuk teruk. Tiap kali batuk mcm terkencing, saya buat tak tahu sebab orang kata normal kalau batuk macam terkencing.
Sampai la satu hari, saya pergi klinik sebab nak minta surat doctor untuk naik flight pergi sabah. Doctor ajak scan. Masa ni baru 26 weeks.
Ayat pertama doctor cakap “Ibu muda. Saya tak berapa happy dengan air ketuban awak. Sikit sangat 3.8cm. Saya buat surat refer hospital terus”
Sampai hospital, terus kene admit. Burn segala tiket flight pergi Sabah, deposit homestay.
Doctor kata “jalan tak bukak lagi. Tapi awak memang leaking masa batuk. “
Doctor cakap lagi “Kandungan puan terlalu awal. Kita scan baby baru 990 gram. Puan kena hadap segala risiko ye. Saya pun tak berani nak bagi jaminan anak puan mampu hidup atau pun tidak”
Sepanjang admit seminggu kat hospital, saya hanya berendam air mata mengharapkan keajaiban dari Allah. Hari-hari usap perut cakap dengan baby.
“Baby kene kuat, sebab ibu ayah kuat untuk baby”
Seminggu lepas tu kene repeat scan, air ketuban makin kurang tinggal 2cm. Saya pulak dah demam malam tu, menggigil satu badan. Esok pagi terus emergency czer.
Lahir la puteri kecil saya.
Bagi saya dia betul-betul pejuang
Seminggu lepas lahir, saya dan suami dihadiahkan berita anak saya ada jantung berlubang. Doctor kata bunyi bocor tu macam highway kereta lalu lalang. Rasa gelap lagi dunia saya. Tiap malam menangis terkenang anak. Saya berpantang sorang lepas 2 minggu kat rumah sendiri.
Alhamdulillah, hari ini anak saya semakin sihat dan tembam. Berkat doa semua orang.
Esok anak saya ade checkup dengan pakar untuk jantung berlubang. Tolong doakan anak saya ye Nadia Safiyya bt Ahmad.
Dah pandai borak, dah pandai senyum. Tapi kene borak dekat2 depan mata. Jarak jauh masih nampak bayang dan cahaya. Well done anak ibu ! Good job Sekian, positive progress dari anak saya. Current age : 4m 21daysCorrected age : 1m 21days#perjuangansafiyya #27weeks#930gram
Posted by Ummi Nadia on Tuesday, 26 June 2018
Semoga kisah perjuangan si comel Safiyya menjadi inspirasi buat ibu ayah lain yang juga mempunyai bayi yang lahir pramatang. Walaupun doktor menjangkakan usia si kecil tidak panjang tetap berkat doa dan usaha serta semangat juang bayi dan ibu ayahnya, Tuhan memakbulkan usaha mereka.
Sumber: Ummi Nadia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI