Masa Lahir Beratnya Ibarat Sekilo Gula, Czer Usia 32 Minggu, Adriana Sihat Membesar!

Share

Mengandung dan melahirkan anak adalah fasa yang bukan mudah buat seorang wanita. Namun dalam tempoh ini, demi zuriat yang dikandung, semua itu dilalui dengan penuh ketabahan demi memastikan semuanya selamat.

Sepanjang mengandung juga, risiko penyakit darah tinggi, kencing manis, anemia atau beberapa masalah lain biasanya lebih mudah berlaku. Seperti kisah perjuangan ibu ini, Umi Rusyaida bt Ariffin yang berkongsi kelahiran anak sulungnya yang lahir pada usia kandungan 32 minggu kerana mengalami preeclampsia sehingga hampir sawan dan nyaris meragut nyawanya dan bayi.

Trimester ke-3 berat naik mendadak 

Saya masa mengandung check up bulanan, BP ok normal. Cuma saya ada (kencing manis masa mengandung) GDM on metformin. Itu pun sebab kena GDM pun border line saja. Jika diikutkan, masa awal mengandung risiko tinggi saya cuma BMI lebih sahaja. Sakit-sakit lain alhamdulillah ok.

Bagaimanapun, apabila masuk 3rd trimester, selalu rasa badan berangin. Kaki pun bengkak. Awal pula kaki bengkak sebab selalunya masa dekat tarikh bersalin baru bengkak.

Apabila kandungan masuk 30 minggu, pergi klinik check up, berat naik 2kg dalam 2 minggu. Nurse cakap minggu depan, datang periksa BP sebab berat naik.

Tekanan darah tinggi

Kiranya masa minggu ke 31 tu pergi klinik, buat pemeriksaan BP terus tinggi, 160/100. Jururawat bagi saya rehat dulu 30 minit, periksa lagi BP masih tinggi. Lepas tu jururawat telefon doktor dan minta rujuk ke hospital untuk pemerhatian. 

Masa admit di hospital, 6 kali sehari nurse check BP. Pagi-pagi check urine, BP normal tapi urine abnormal, kencing kotor.

Bacaan asid urik tinggi

Biasanya kalau kencing kotor, bila kencing, kita akqn rasa sakit tapi saya biasa je. Sebenarnya kencing kotor saya ni disebabkan asid urik terlampau tinggi dalam darah (bacaan 600).

Bila pakar datang check, dia cakap saya macam ada simptom nak jadi preeclampsia. Tapi saya tidak pula rasa pening atau loya.

Hari ke 4 dalam wad, saya complete injek dexa untuk matangkan paru-paru. Doktor plan nak czer saya masa kandungan masuk 34 minggu. Tetapi pada hari ke 5 dalam wad, doktor ada scan.

Baby sihat tapi berat baby dianggarkan dalam berat 1.5kg. Doktor ada cakap jika bacaan asid urik dalam darah saya menurun, dia nak bagi saya balik dulu.

Kena serangan preeklampsia

Tapi hari ke 6 warded, saya dah nak jadi preeklampsia. Pagi tu check BSP gula 3.0 saja bacaan. Saya jadi pening macam nak demam. Lepas tu makin petang kaki dah ketar-ketar. Saya beritahu jururawat saya macam nak demam. Jururawat periksa suhu tapi ok. Bila malam, masa check BP, tiba-tiba BP naik tinggi (160/110).

Mata pun dah pinar-pinar, terus saya kena hantar ke intensive ward. Drip 3 jenis ubat termasuk ubat anti sawan. Malam tu setiap 30 minit check BP. Malam tu pukul 2 pagi puasa, esok 9.30 pagi saya tolak masuk bilik operation, emergency czer.

Berat bayi hanya 1.31kg

Ketika dilahirkan bayi berat 1.31kg. Memang doktor langsung tak tunjuk baby dekat saya, terus bawa bayi ke NICU. Hari ke 2 baru dapat tengik baby. Baby on oksigen satu hari saja, lepas tu baby bernafas sendiri.

Masa dalam NICU tengok baby, doktor ada terangkan keadaan baby. Semua ujian untuk tengok jantung dan  paru-paru semua ok. Kiranya baby tak ada masalah lain kecuali tak cukup berat. Cuma doktor ada cakap, masa operation, baby kena forcep sebab dia lari-lari sikit masa nak tarik keluar. Mungkin ada risiko untuk tengkorak retak.

34 hari berkampung di hospital

Baby dekat NICU cuma 10 hari. Kemudian transfer ke wad biasa, tinggal lagi 24 hari. Jadinya selama 34 hari baby duduk di hospital. Saya selang 2 hari hantar susu ibu ke wad untuk baby.

Cuma masa berat baby dah 1.6kg, nurse call saya untuk datang duduk sebilik dengan bayi. Masa ini saya diajar cara uruskan baby. Baby ada waktu menyusu, 3 jam sekali.

Lepas discaj, saya beli susu similac neosure khas untuk pramatang, sebab susu saya memang tak cukup. 

Selepas sebulan buat pemeriksaan di klinik, saya tanya doktor boleh ke nak tukar susu baby biasa. Doktor cakap ok sebab waktu itu berat baby dah 3.4kg. Jadi, saya bagi baby minum Dutch Baby sampai sekarang. Susu ibu dan susu formula, dua-dua baby minum.

Follow up mata, telinga

Bila lahirkan bayi pramatang ni, kena check up mata dan telinga. Ini kerana selalunya ada masalah sebab urat mata belum matang. Baby saya pergi 2 kali untuk check up dan syukur semuanya normal. Cuma kena datang lagi masa umurnya setahun

Keretakan dekat kepala yang doktor cakap masa bersalin pun semua ok. Sekarang ni juga baby makan vitamin yang hospital bekalkan iaitu uphavit, maltofer & acid folic.

Alhamdulillah ibu dan bayi sihat

Macam serangan preeclampsia tu, lepas saya discaj wad, nurse datang rumah check selama 20 hari untuk check BP dan urin. Alhamdulilah, semua ok. Doktor cakap prosedur ni kena buat sebab serangan preeklampsia ni boleh juga berlaku sepanjang 6 minggu lepas melahirkan baby.

Kiranya lepas saya bersalin, saya kena on ubat darah tinggi tapi hari ke 44 pantang, saya dah tak ambil ubat ni dan kencing manis pun dah tak ada lepas bersalin.

Baby pula, setakat ni tak pernah lagi demam. Kena suntikan vaksin dekat klinik pun semua ok. Harapnya Adriana Ufairah akan sihat membesar dan menjadi anak solehah.

Kredit: Umi Rusyaida bt Ariffin

**Ingin dapatkan barangan bayi pada harga yang berbaloi, klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy