Keibubapaan

“Masa Lahirkan Anak Pertama, Mental Fizikal Tak Kuat Masa Tu” Irma Hasmie Imbau Dua Momen Lahirkan Anak Di Pa&Ma Gala Moms!

Share

Pertama kali melahirkan anak pastinya mencatatkan bermacam ragam pengalaman. Takut, tidak bersedia dan banyak lagi yang menggangu fizikal. Satu pengalaman yang meninggalkan kenangan cukup manis buat semua ibu.

Bagi pengacara Irma Hasmie, pengalamannya melahirkan dua orang cahaya matanya, Redza Syah Irfhan,8, dan Irma Nur Naylie, 7 tahun, kira-kira tujuh tahun yang lalu benar-benar meninggalkan kesan buat dirinya.

Pengalaman manis ini dikongsikan Irma ketika bersiaran di Live Pa&Ma Gala Moms sebaik dipilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms.

Mental fizikal tak cukup sedia

Mengimbau detik lapan tahun yang lalu kata Irma, ia satu pengalaman yang cukup indah biarpun waktu itu dia belum bersedia sepenuhnya.

“Waktu saya melahirkan Ifran, anak sulung saya, waktu tu sangat meriah dan terlebih-lebih perhatian sebab saya dan suami ni anak sulung. Jadi kiranya cucu sulung. Semua orang nak ambil tahu waktu itu.

“Saya pulak waktu tu sebab tak ada pengalaman, jadi tak kuat kuat mental dan fizikal. Lagi pulak saya tak dapat nak lahirkan anak secara normal, saya kena czer.

“Ada ada beberapa komplikasi dan seminggu sebelum melahirkan Ifran kaki saya cramp. Baru pertama kali, jadi waktu tu tak berapa tahu sangat sakit tu macam mana. Memang saya tak prepared.

“Tapi semua itu jadi satu pengajaran pada saya bila nak lahirkan anak kedua. Lagi pulak gab pun tak lama.

“Pada kelahiran kedua tu saya rasa sangat-sangat bersedia, mental saya betul-betul dah prepared.
Pun begitu, saya rasa tak menyesal lalui pengalaman pertama kali yang semacam itu sebab saya dapat lalui pengalaman cukup indah di kelahiran anak kedua.

“Dua-dua pengalaman tu sangat berharga pada saya, dua pengalaman yang berbeza. Masyaallah,” kongsinya lagi.

Besarkan anak kena banyak berkorban

Mengimbau kisahnya membesarkan dua anak, kata Irma, kepayahan seorang ibu sememangnya boleh dilalui dengan tenang oleh semua ibu.

“Bila buat terlalu banyak perkara, memang betul payah nak buat semua perkara dengan anak lagi, nak uruskan rumah dan sebagainya. Tapi bila kita dah lalui, kita sebagai ibu ni akan berusaha untuk jaga amanah ini dengan sebaik mungkin, lagi-lagi untuk orang yang kita sayang, iaitu anak-anak kita.

“Bagi saya, anak-anak ini anugerah untuk kita, nak tak nak kita kena pikul tanggungjawab ini sebaiknya,” kongsi Irma lagi.

Contohi gaya didikan Nabi Muhammad SAW

Dalam pada itu, Irma turut berkongsi gaya didikan ibu dan ayah masa kini yang boleh diguna pakai sepanjang zaman. Dan ini juga cara Irma mendidik dua anaknya.

1. Contohi cara didikan Nabi Muhammad, ajar anak ikut zaman dan ikut peringkat umur.

2. Guna positif parenting iaitu tak ada pukulan, tak ada jeritan, tak ada marah-marah dan tak ada merendah-rendahkan dan inilah konsep yang diajarkan oleh Nabi kita SAW.

3. Peringkat umur 0-6 tahun pula bagi kasih sayang, manjakan, belai, main dan berguraulah dengan anak.

4. Sampai umur 7-14 tahun, kekalkan kasih sayang tapi kita kena mulakan ketegasan dengan mulakan disiplin, tangungjawab, ajar anak solat, puasa dan sebagainya.

5. Umur 15 tahun pula Nabi kata jadikan anak sebagai kawan, kongsikan pendapat dengan anak dan gunakan komunikasi sebaiknya bila anak dah sampai umur remaja mereka sudah terbiasa.

Begitu kongsi Irma dalam membesarkan anak-anak dan inilah yang seharusnya dicontohi oleh ibu bapa untuk membesarkan anak-anak kita hingga membesar.

Terdahulu, Irma Hasmie mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Redza Syah Azmeer pada 29 Jun 2012 dan kini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie.

Menarik: Pernah Mengesot Nak Ambil Susu Waktu Hamil, Perit Jerit Besarkan Anak Kembar, Farahanim Jadi Inspirasi

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @irmahasmie

Published by
SRM