Walau pun anak ambil masa menyusu dalam tempoh lama, jangan cepat kata ia mengempeng! Penyusuan susu ibu ada prosesnya.
Perkongsian daripada Perunding Laktasi, Dr Nurhaya Yacob ini boleh membantu para ibu membezakan tahap-tahap penyusuan. Hisapan bayi bertahap iaitu Stimulation Suckling, Nutritive Suckling & Non-Nurative Suckling. Non-Nurative Suckling ini barulah dikatakan mengempeng!
“Ish baby ni sat hisap sat tarik- tarik… sat laju sat sedut lamaaa gitu baru telan.. lepas tu nak ngempeng sahaja”.. biasakan tak dengar ayat-ayat di atas ni.
Jom kita kenali jenis hisapan si comel.. baru la lebih bermakna ikatan yg dicipta pada setiap sesi penyusuan kita dengan mereka..
Hisapan bayi ni ada 3 jenis iaitu:
1. STIMULATION SUCKLING
2. NUTRITIVE SUCKLING
3. NON-NURATIVE SUCKLING
STIMULATION SUCKLING
1. Ini adalah hisapan stimulasi yg berlaku pada awal fasa menyusu. Nama lain dia merangsang. Atau mode massage lah kalau di mesin perahan ampa tu.
2. Hisapannya bersifat pendek pendek & cepat.
3. Selalunya di fasa ini mummies akan merasakan LET DOWN REFLEKS macam ada elektrik lalu tiba-tiba dan susu mencurah-mencurah. Kadang-kadang si kecil akan tersedak seketika atau menarik mulutnya.
Tu bukan sebab dia tak mau menyusu sebab terkejut tiba-tiba susu laju. (bayangkan anda buka paip air yg laju di dalam mulut secara tiba-tiba, kita secara automatik akan tarik kepala ebelakang atau lepaskan paip air tu atau tersedak, kerana saluran makan( esofagus) dan saluran persafasan ini berjiran.
Pagar yang menutupi saluran persafasan apabila menelan air susu bernama epiglotis. Kadang bila sudah terlalu laju aliran susu, pagar tak sempat nak tutup, makan bayi pun tersedak)
4. Ibu yang menjadi exclusive pumping mom akan merasakan ia pada saat memerah di stimulation mode, pendek-pendek & laju.
5. Sebenarnya mesin perahan susu direka mengikut sehampir mungkin bagaimana bayi menghisap susu dari payudara ibunya (yg kita ni ada baby pi letak tepi dan lagi suka pegang pam?, ciann baby)
6. Ia di namakan stimulation kerana fasa ini perlekapan bayi yang bersifat skin to skin / corong mesin perahan memberi rangsangan pada puting, dan rangsangan ini di hantar melalui system saraf kita ke otak ( kelenjar pituitary) lalu hormon yang terlibat pun akan mula melakukan ” pekerjaan” nya. Dalam masa beberasa saat sahaja ” magic” berlaku dan susu pun mula mengalir keluar.
NUTRITIVE SUCKLING
1. Ini adalah hisapan bagi mendapatkan nutrisi iaitu SUSU IBU.
2. Apabila let down refleks berlaku.. si comel akan “pause” sekejap dan memulakan hisapan nutritive ni. Mereka akan slow down sedikit hisapannya tetapi panjang panjang serta menelan susu selepas satu atau dua hisapan.
3. Mummies boleh dengar bunyi baby menelan dengan baik tanpa kluarkan bunyi cap2 ka, kliking sound ka.. bunyi nya seperti glup.. glup.. glup.. ?..bunyi nikmat masa menyusu. Tapi tak bunyi kuat pum normal juga. Ibu boleh lihat di tekaknya, berlakukah proses menelan.
4. Bayi kita akan pause sebentar.. berhenti seketika untuk bernafas selepas itu sambung balik.. jangan cakap baby nak main-main “sat hisap sat berhenti tau”… sebab kita minum air di gelas pakai straw pun berhenti sekejap amik napas. Ia adalah 3 proses menghisap, menelan dam bernafas. Mereka akan meregulasi ketiga-tiga ini agar tidak tersedak. Penat woo menyusu, ada yang sampai berpeluh?
5. Selalunya kitaran ni mengambil masa kira-kira 10 ke 20 minit untuk setiap sesi penyusuan.
6. Di akhir sesi penyusuan, proses menelan susu oleh bayi akan berkurangan dan makin perlahan.
7. Lepada yang menggunakan mesin perahan susu boleh tukar semula ke stimulation mode seketika bila melihat susu sudah tidak lagi keluar kemudian apabila susu mula keluar lagi tukarkan kembali ke expresion mode. (boleh buat dalam 2 ke 3 kali dalam 1 sesi perahan) kemudian marmet utk kosongkan payudara betul-betul.
NON NUTRITIVE SUCKLING
1. Hisapan ini berlaku hanya untuk keselesaan bukan kerana lapar atau nakkan nutrisi /susu
2. Ia dapat dilihat apabila si comel hisap lidahnya sendiri, sekiranya diberi puting tiruan atau menghisap payudara ibu tapi tak de pun tanda2 dia telan susu. Hanya bahagian mulutnya sahaja bergerak sedikit. Tiada proses menelan berlaku di sini. Sekali-sekali bayi akan menelan air liurnya.
3.Di kalangan ibu memanggil ia sebagai “mengempeng”
haaa dah paham kan hisapan si comel. Kalau tak perasan lepas ni masa “direct feeding” tengok baby comel kita tu, letak sat handphone kat tepi?
Begitulah kisahnya apabila bayi menyusu…
Sumber: Dr Nurhaya Yacob
Nikmat penyusuan terletak pada prosesnya, menyusu, memeluk, mencium dan menatap mesra bayi bukan pada stok penuh fridge
Artikel berkaitan: Bayi Ada 5 Jenis Tangisan, Kalau Mama Papa Boleh Bezakan Senanglah Nak Jaga
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI