Betulkah andaian orang tua-tua bahawa ibu menyusukan tidak digalakkan minum air sejuk atau berais kerana boleh menyebabkan bayi kembung perut. Juga, benarkah jus buah-buahan seperti tembikai, mangga dan nanas tidak elok diminum kerana berbisa dan sejuk malah boleh menyebabkan bayi kembung perut?

Masa Menyusukan Ibu Boleh Makan Semua. Cuma Pakar Laktasi Kata Waspada 16 Jenis Makanan Ini, Bayi Boleh Kembung

Anda mungkin banyak mendengar cerita orang tua tentang makanan yang tidak boleh dimakan ketika menyusukan bayi. Faktanya, anda boleh makan apa sahaja yang amalan pemakanan khusus cuma makanlah makanan seimbang dan pelbagai untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga.

Boleh makan semua biasa dimakan tetapi pastikan ia diambil secara bersederhana dan seimbang. Jangan sesekali hadkan pemakanan melainkan makanan tersebut terbukti boleh menimbulkan masalah kepada bayi. Jika bayi mengalami kembung perut selepas menyusu, selidik apa yang anda makan 4 – 6 jam sebelum itu.

Menurut Puan Rita Rahayu, pakar laktasi terdapat makanan yang biasa mendatangkan masalah angin kepada bayi lazimnya adalah seperti kubis, kekacang dan brokoli. Antara makanan lain yang boleh menimbulkan masalah kepada bayi termasuklah

  1. Kafein
  2. Bunga kubis
  3. Buah-buahan sitru (oren, lemon)
  4. Jagung
  5. Produk tenusu (susu, keju, coklat)
  6. Lada hitam
  7. Suplemen zat besi
  8. Ubat-ubatan tertentu
  9. Bawang
  10. Kacang tanah
  11. Makanan berempah
  12. Tomato
  13. Gandum

Masa Menyusukan Ibu Boleh Makan Semua. Cuma Pakar Laktasi Kata Waspada 16 Jenis Makanan Ini, Bayi Boleh Kembung

WALAU PUN BERISIKO MENYEBABKAN ANGIN, TIDAK BERERTI PERLU DIELAKKAN TERUS

IKLAN

Harus diingatkan bahawa, biarpun makanan tersebut tersenarai dalam makanan yang boleh menimbulkan masalah, ia tidak bererti anda perlu mengelak semua makanan ini.

Kajian telah membuktikan ibu yang memakan makanan berangin tidak akan menyebabkan bayinya mengalami masalah angin.

Masa Menyusukan Ibu Boleh Makan Semua. Cuma Pakar Laktasi Kata Waspada 16 Jenis Makanan Ini, Bayi Boleh Kembung

IKLAN

“Sehingga kini, saya tidak mempunyai sebarang rujukan yang mengaitkan buah-buahan seperti tembikai, mangga atau nanas boleh menyebabkan kembung perut,” kata Rita

Namun, jika anda mendapati bayi mengalami masalah selepas anda mengambil buah-buahan ini, cuba elakkan makanan ini untuk tempoh 1 – 2 minggu Selepas tempoh itu, cuba ambil sekali lagi buah-buahan tersebut.

Jika simptom timbul, elakkannya untuk tempoh 2 – 3 bulan Jangan risau. Selepas beberapa bulan, anda boleh mengambilnya semula selepas bayi tidak lagi sensitif dan menunjukkan reaksi negatif terhadap buah-buahan ini.

IKLAN

Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alahan, anda digalakkan untuk mengelak makanan berisiko tinggi seperti kekacang, susu lembu, telur, gandum, ikan dan buah-buahan sitrus.

ELAKKAN KALAU ANAK ALAHAN KEPADA SESETENGAH MAKANAN 

Walau bagaimanapun, tindakan mengelakkan makanan ini hanya perlu diubah jika bayi menunjukkan simptom alahan. Sebelum itu, dapatkan pandangan doktor jika keluarga anda mempunyai sejarah alahan terhadap makanan tertentu.

Kesimpulannya, apa yang patut anda lakukan ialah makan apa sahaja yang diingini + bersederhana + berkhasiat = sihat. Anda tidak perlu mengikuti amalan pemakanan khusus Cuma makanlah makanan seimbang dan pelbagai untuk kekal sihat

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI