Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara nak menghasilkan adunan doh burger Malaysia yang cantik dan bulat tanpa hangit. Bukan mudah nak menghasilkanya kerana adunan ini sangat mudah untuk masak dibahagian luar tetapi tidak masak sepenuhnya di bahagian dalam.
Sebenarnya ada caranya bermula dari penghasilan doh sehinggalah kaedah menggoreng yang betul. Jom ikuti resipi yang dikongsi oleh peniaga kuih yang ternama, Azlina Ina ini.
aha ade ring comel kalau takde pun takla tak comel hehe tapi nampak macam ni menarik
Geram😂😂 ingat satu nak goreng dia ni kene sabar api tak boleh besar nanti dalam tak masak luar je garing jadi bau yis.ni kesalahan biasa korang buat
Tips 1 Masa menggoreng minyak kene panas tapi masa nak masukkan tu matikan jap api baru masukkan. lepas tu baru bukak guna api slow sederhana. Kalau dia telampau panas nanti luar dia cepat coklat sedangkan dalam dia masih mentah
Minyak pun kene banyak jadi tepung-tepung akan mendak ke bawah tak ada la burger korang nanti hitam-hitam bila dah last-last goreng
Tips penting
Ads
Sebelum korang letak doh sila ayak tepung macam ni kat tray. Mak buat tu wajibb kalau tak nanit masa alih kan bawah doh korang bentuk jari haaha dan dia dah jd tak cantik.
Atas dia pun ayak macam tu sbb nnt masa korg pgg nak masuk kuali dia xbebekas jd doh baru bulat lawa
Masa masuk kan minyak panas tp matikan api masuk kan doh korg.dah masuk semua baru on balik api sederhana jd yg mula2 masuk xhangus
Akan ade 3 kali tebalik kan.xyah banyak kali korg bukan boleh pantang dia duk dalam kuali asyik nak tebalik kan je betul kan🤣 sekai masa masuk kan tebalik kan
Ads
Tebalik kan sekali lg bila dah perang sebelah sana. Biar masak. Tebalik kan guna lidi ye bukan sudip. Ingat tu dan angkat guna lidi sate cucuk dan angkat bukan sudip mak ulang lg.
Pastikan bawah tray atas letak jaring-jaring oven then lapik tisu dapur. Dah angkat dari minyak tos kat sini. Bia sejuk🥰🥰 doh korg akan perfect mcm mak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ads
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Sudah puas beraya dengan pelbagai menu rendang dan lemang, ramai yang sudah mula teringin menu ringkas serta kudapan ringkas seperti buah dan sebagainya.
Lebihan buah epal, apa kata ada sajikan epal jeruk masin dan apple turnover ini untuk keluarga. Pasti habis licin!
Rumah kami dan epal seperti ada hubungan yang berjongkang-jongket. Ada masa, habis sebelum sempat saya rasa sebiji pun.
Pada masa yang lain asyik tukar bekas dari bekas besar ke bekas kecil dan bekas lebih kecil apabila bilangan epal berkurangan.
Saya bawa ke rumah emak, emak suruh bawa balik. “Tak apalah, nanti kakak buat apple turnover,” kata saya.
Kupas kulit epal dan hiris ~⅛ inci tebal. Campur-campur hirisan epal merah dan hijau.
Tabur jeruk memasin. Buat dua lapisan. Sejukkan sebelum hidang.
Bahan-bahan untuk Apple Turnover:
Pastri lapis (puff pastry)
2 biji epal hijau Granny Smith
2 sudu makan gula putih
2 sudu makan gula perang
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 cubit serbuk biji pala (jika mahu)
1 sudu makan jus limau nipis/ jus lemon
Kupas epal dan dadukan sederhana kecil.
Masukkan gula, serbuk kayu manis, serbuk biji pala, tepung jagung dan jus limau nipis.
Gaul rata dan ketepikan.
Ambil sekeping pyff pastry dan canaikan supaya lebar sedikit. Letak inti pada separuh bahagian pastri. Tinggalkan ~½ inci untuk kelim.
Terbalikkan bahagian pastri yang tidak berinti supaya menangkup bahagian yang berinti membentuk segitiga. Kelim menggunakan garfu.
Sapu telur sebelum dibakar dalam oven 180°C/ 350°F selama 15-20 minit sehingga garing keemasan.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Keledek mempunyai karbohidrat yang tinggi namun rendah lemak dan kolestral. Jadi bagi bayi yang kurang berat badan amat sesuai makan ubi keledek ini kerana ia membantu meningkatkan berat badan bayi secara sihat.
Ada pelbagai jenis resepi berasaskan keledek yang mama boleh cuba antaranya resepi yang dikongsi ini. Selamat mencuba!
Sweet Keria Cheese🍠
Sweet potato- steamkan
2 sudu besar tepung gandum unbleached
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar cream cheese
Cara-caranya:
✏️Lenyekkan sweet potato, dan masukkan kesemua bahan-bahan lain
✏️Uli sehingga tidak melekat pada tangan dan bentukkan.
✏️Untuk frozen, goreng separuh masak dan boleh simpan dalam freezer
Untuk resepi keria ball sama seperti keria cheese cuma bentuk bulat-bulat ja
Umum ketahui, penambah rasa seperti garam dan gula dilarang dalam makanan bayi yang berusia setahun kebawah. Bukan seperti golongan dewasa, masih ada organ bayi yang sedang dalam proses matang antaranya buah pinggang.
Jika ambil sodium (garam) atau glucose/sucrose (gula) berlebihan, buah pinggang dewasa mampu untuk bersihkan yang lebihan daripada darah. Tetapi bayi tidak mampu lagi, yang berlebihan walaupun sikit, cukup untuk membuat buah pinggang bekerja berlebihan dan cepat rosak.
Untuk beri sedikit rasa dalam makanan bayi, mama boleh buat sendiri penambah perasa untuk anak sebagai ganti garam & gula dengan menggunakan bahan makanan semula jadi. Antaranya: