“Masa Ni Sampai-Sampai Dah 2cm” Neelofa Kongsi Pengalaman Indah Bersalinkan Muhammad Bilal!

Share

Selepas 10 hari bergelar ibu, usahawan berjaya Neelofa tampil berkongsi cerita detik kelahiran cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu yang meninggalkan seribu satu pengalaman paling berharga buat dirinya.

Menerusi beberapa perkongsiannya di Insta Story, Neelofa menceritakan detik awal kontraksi yang dialaminya sebelum kelahiran Bilal.

Akui isteri kesayangan PU Riz ini lagi, pada mulanya dia seolah-olah tidak percaya sakit yang dialaminya itu adalah petanda awal kelahiran bayinya.

“Masa ni macam tak percaya and tak boleh digest, betul ke sakit nak beranak ni..sebab macam lebih kurang period pain je (sebab senggugutku sangat extreme ye setiap bulan).

“Haris balik kerja malam tu, terus dia cakap jom kita pergi hospital and i was like..yeke sayang?

“Kot-kot false alarm. So i started to record setiap kali sakit,” kongsinya.

Ummi kepada si comel Muhammad Bilal ini juga terus menandakan detik waktu, setiap 10 minit bagi melihat kontraksi yang dialaminya.

Malah jelas Neelofa lagi, selepas membuat keputusan untuk ke hospital, dia mengalami kontraksi selama beberapa jam sambil ditemani suami tercinta yang setia memberikan sokongan.

“Teman suami makan breakfast, masa ni dah lebih lapan jam layan contraction dan enam jam kemudian, jam 3.44 petang Allah mudahkan segalanya. Bilal dilahirkan dengan selamat,” tulisnya.

Debaran di bilik bersalin
Malah menurut ibu cantik manis ini lagi, sekitar jam 1 pagi ketika dimasukkan ke bilik bersalin, Haris sempat bersolat mendoakan dirinya untuk melalui detik mencabar itu.

“So by 1 am i dah terbaring di labour room. Masih clueless lagi, betul ke dah nak beranak ni”.

“Pak Ustaz (Haris) buat solat sikit sambil tunggu doktor. Masa ni sampai-sampai dah 2cm,” kongsinya lagi.

Titip perhargaan buat suami
Selain syukurnya yang tidak terhingga kerana dipermudahkan segalanya, Neelofa turut menitipkan perhargaan buat suami tercinta yang sentiasa berada di sisinya saat berdepan detik getir melahirkan Bilal.

” Sentiasa ada di sisi, terima kasih suamiku. Walaupun mencabar the first five days di hospital, tapi tu antara hari dan momen terindah bersama suami sepanjang berkahwin.

“Terima kasih sayang for everything. Alhamdulillah syukur atas segala kurniaan Allah SWT,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumahtangga pada 27 Mac tahun lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Menarik:10 Kali Kira Jari Anak Tapi Waktu Tu Dia Tenang, Sweetnya Ucapan Aiman Hakim Buat Isteri

Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM