Memang seronok pandang muka baby baru lahir yang comel. Masa pandang tu rajinlah bercakap dengan anak walaupun mereka tak faham lagi.
Ini petua anak cepat cakap yang diajar oleh Speech Therapist atau Jurupulih Pertuturan, Ruby Atika yang berkongsi caranya bercakap dengan bayi baru lahirnya.
Ibu ayah lain yang baru dapat anak bolehlah ikut cara beliau ini. Ia penting sebagai satu cara untuk merangsang anak cepat bercakap.
1) Siri Bercakap Dengan Bayi.
Baby Nisa’ baru 34 hari. Dia belum bercakap. Dia cuma tau nangis, susu, tidur, berak dan urusan-urusan penting sebagai seorang bayi.
Walaupun dia tak reti cakap, tapi saya tetap bercakap dengan dia pada waktu-waktu yang dia berjaga.
Dia dah ada eye contact. Matanya dah ikut pergerakan saya. Jadi saya buat suara yang pelbagai intonasi.
Selalunya saya juga takde idea nak cakap apa. Sebab dia cuma pandang saja muka saya. Tapi saya tetap bercakap. Apa-apa saja. Menyanyi atau berzikir. Membaca buku pun dalam BM dan BI.
Saya tidak mengajar dia bercakap. Saya hanya nak dia dengar saja. Dengarlah wahai anakku.
2) Siri Bercakap Dengan Bayi
Saya guna intonasi yang pelbagai dengan gaya bahasa keibuan yang memanjakan bayi.
Tidak pelat. Tapi berirama dan macam rhyme / pantun sikit.
“Sayang umi sayang, sayang umi Nisa”
Ayat pendek. Perkataan berulang-ulang.
Saya rajin buat urutan bayi (walaupun saya sendiri belum berurut). Sambil urut, saya cakap.
‘tangan yang rajin’ ‘kaki yang kuat’ ‘perut yang sihat’
‘telinga yang tajam’ ‘hidung yang mancung’ ‘pipi yang comel’
ni contoh saja…boleh juga masukkan unsur-unsur Islamik.
Saya juga menyebut sukukata tidak bermakna. Tapi dengan intonasi naik turun dan panjang pendek. Saya hanya mahu dia mendengar.
3) Siri Bercakap Dengan Bayi.
Mudah saja. Tapi raaaamai yang lupa nak buat. Realitinya, ada ibu-ibu di luar sana yang tak bercakap dengan bayi. Cakap sikit-sikit saja, sudah. Balik-balik panggil nama atau zikir-zikir suruh tidur.
Ada yang ralit dengan handphone. Ada yang ralit tengok tv. Saya juga ralit tengok cerita Korea. Banyak dugaan masa berpantang. Terutama online shopping. Laju ja..
Tapi bila kita faham, ada kesedaran tentang pentingnya merangsang bahasa anak sejak bayi, kita cepat-cepat tutup handphone. Nanti bila baby tidur, sambung tengok korea / shopping.
Masa sesi penilaian, ada ibu-ibu yang mengaku, dia tak tau nak cakap apa dengan anak dia. Kenapa jadi mcm tu? Sebab tak berlatih.
Bagi ibu-ibu introvert, yang memang pendiam dan jarang membebel, anda kena berlatih untuk bercakap dengan anak. Lama-lama kekok tu akan berkurangan.
Ads
Selagi anda rasa kekok bercakap dengan bayi, selagi tu anda kena banyak berlatih.
4) Siri Bercakap Dengan Bayi
Bermain dgn “silly sounds” ialah aktiviti yang boleh dibuat semasa baby berjaga. (Masa tidur, bialah dia tidur, jangan kacau)
Ba ba ba…buuuu…..
chu chu chu….beep beep….
Tit tit tit…..bum bum!
Lihat reaksi anak. Pandang matanya.
Anda juga boleh buat “raspberries” atau sembur bibir yang mcm budak-budak selalu buat tu atau boleh juga buat bunyi “clicking” macam cicak tu.
Ads
Ni pun nak kena habaq, sebab ramai ibu-ibu muda yang blur sungguh. Yang ibu-ibu tua pun blur juga, anak-anak dia dah besar, dia lupa dah cara nak main dengan baby.
5) Siri Bercakap Dengan Bayi
Kalau dah tak tau sangat nak cakap apa, pergi ambil buku/quran, baca. Senang. Baca je.
Jangan fikir pasal dia faham ke tidak.
Kita cuma nak dia mendengar.
Pada umur baby ni, sel-sel dalam koklea dia baru nak mula diaktifkan. Dia dengar semua bunyi, semua jenis bahasa.
Dia belum boleh kod atau mengecam bahasa yang dia familiar. Macam kita, orang dewasa, jika kita tak pernah dengar bahasa jepun, kita tak boleh nak dengar betul-betul bunyi-bunyi pertuturan tu.
Kita rasa….macam bunyi bercampur dan tak dapat dibezakan apa pun.
Bagi bayi, dia mendengar semuanya. Makin banyak jenis bahasa yang kita dedahkan, jenis bunyi pertuturan yang kita dedahkan, makin banyak sel-sel dalam koklea tu, diaktifkan.
6) Siri Bercakap Dengan Bayi
Menyebut kata-kata positif.
“Nisa yang baik hati”
Ads
“Nisa yang rajin, rajin belajar”
“Nisa yang pandai, pandai mengaji”
“Anak solehah, yang terang hati”
Cakap dengan intonasi berlagu ala-ala pantun.
Cakap apa saja harapan anda.
“Belajar rajin-rajin, masuk universiti”
“Ramai kawan, selalu disayangi”
Kata-kata ibu ialah doa. Jadi selain kita merangsang anak mendengar, kita juga mendoakan anak sentiasa.
7) Siri Bercakap Dengan Bayi
Apabila anak telah berusia sebulan lebih, atau menghampiri 2 bulan, dia punya pandangan mata sudah lebih baik.
Mata dia boleh ikut pergerakan kita. Mata dia juga mencari dan melihat dari arah suara kita memanggil. Bila kita cakap, dia sudah mula ada eye contact.
Ya, seawal 2 bulan. (walaupun Nisa belum genap 2 bulan, tapi kita anggarkan umur 2 bulan)
Maka, ini ialah permulaan kepada wujudnya interaksi 2 hala. Kita cakap, tunggu dan lihat respon dia. (Nisa dah boleh senyum bila diagah).
Ada masanya dia aktif, goyang tangan kaki, bila kita cakap dengan dia, terus dia stop dan tumpu pada muka kita.
Ini ialah asas turn taking semasa komunikasi.
Kemudian bila dia bersuara, kita stop dan buat muka terkejut, lalu tiru bunyi suara dia tadi.
Asas sangat benda ni. Jika saya bukan ST, nescaya saya tak heran pun. Tapi sebab saya ST dan hari-hari jumpa budak yang tak ada interaksi 2 hala, maka saya rasa sujud syukur kepada Allah apabila melihat kemahiran-kemahiran ini pada Nisa.
Deena Emir, Isteri kepada pelakon popular, Saharul Ridzwan telah berkongsi sebuah video di instagram dimana anaknya Muhammad Luth Ali yang berusia 1 tahu lebih yang sedang bermain dengan barang make-up nya secara senyap-senyap.
Video yang mendapat hampir 30 ribu tontonan memaparkan Ali yang comot dan keseluruhan bilik penuh dengan lipstick ibunya telah menarik minat Netizen. Video tersebut telah dimuatnaik dengan caption “Jangan percaya bila anak boleh diam je bila bermain”.
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman anak-anak mereka yang sedang membesar. Tak kurang juga ada yang menasihati supaya barang-barang tersebut diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat.
Anak boleh jadi cerdik, mengikut rangsangan yang diterimanya daripada orang sekeliling. Usia 18 bulan ke bawah adalah waktu kritikal pembentukan pemikiran. Sekiranya anak boleh mempercayai orang sekeliling, proses rangsangan jadi lebih mudah.
Perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, Pakar Keibubapaan Positif, Parent Connect ini boleh ibu bapa lakukan kepada anak-anak dari lahir sehingga berusia 18 bulan.Ibu bapa, pengasuh, penjaga di taska mempunyai peranan sangat besar.
Fasa awal kehidupan seorang anak dari usia 0-1.5 tahun adalah fasa mewujudkan rasa percaya (trust) kepada dunia di sekeliling anak.
KENAPA RASA PERCAYA PENTING?
Apakah signifikasi RASA PERCAYA pada perkembangan pemikiran seorang anak?
Bayi dan anak kecil tidak boleh menjadi ‘pelajar’ (learner) yang kompeten dan tidak boleh menjadi seorang pemikir selagi mereka tidak merasa selamat (secure), disayangi dan dipedulikan (cared for) oleh orang dewasa yang dianggap istimewa oleh bayi dan kanak-kanak tersebut.
Orang dewasa yang istimewa ini perlulah benar-benar faham keperluan anak kecil tersebut dan tahu apakah yang cuba disampaikan melalui ekspresi wajah, gerak tubuh dan bunyi-bunyian yang dibuat oleh bayi atau anak kecil yang belum boleh bertutur dengan baik.
Disebabkan setiap bayi dan kanak-kanak adalah unik, hanya orang dewasa yang istimewa dan rapat dengan anak kecil ini sahaja yang benar-benar mengetahui setiap gerak geri bayi berdasarkan masa yang diluangkan, dan pemerhatian yang dibuat.
CARILAH PENJAGA YANG BOLEH RAPAT DENGAN ANAK
Adakalanya pengasuh lebih mengenali anak kecil berbanding ibubapa sendiri yang sentiasa sibuk. Carilah pengasuh, nurseri atau TASKA yang mempunyai key person atau individu istimewa ini jika anda ibubapa yang bekerja.
JANGAN SIA-SIAKAN MASA KETIKA ANAK KECIL
Bagi ibubapa di rumah, janganlah sia-siakan masa yang ada bersama anak kecil.
Pada usia awal ini, bukanlah bahan mainan yang menjadikan anak bijak, bukanlah program tv kanak-kanak yang ‘educational’ menjadikan anak bijak, bukanlah app yang menjadikan anak bijak, bukanlah vitamin minda yang menjadikan anak bijak, bukanlah jenama susu tertentu yang menjadikan anak bijak, bukanlah kad imbasan yang menjadikan anak bijak, bukanlah kelas atau aktiviti kanak-kanak berbayar yang menjadikan anak bijak, dan bukannya pelbagai produk di pasaran yang mengaku boleh menjadikan anak bijak yang menjadikan anak anda bijak.
Ia sebaliknya yang menjadi asas kepada perkembangan pemikiran anak kecil adalah perhubungan yang rapat atau ‘ATTACHMENT’ di antara orang dewasa yang istimewa dan juga anak kecil itu.
TIDAK MENJADI USAHA SELAGI TIADA SENTUHAN, BELAIAN & GURAUAN
Walaupun anda menghabiskan beribu-ribu ringgit sekalipun untuk membeli produk-produk ‘anak bijak’ di pasaran tetapi jika tidak ada sentuhan, belaian, dan gurauan dengan anak dan anak tidak merasakan bahawa dirinya penting bagi kita, maka perkembangan pemikiran anak tidak dapat berlaku dengan optimum.
PERKEMBANGAN OTAK MELIBATKAN EMOSI
Seperti yang saya tulis sebelum ini, perkembangan bahagian otak yang melibatkan emosi dan perasaan menjadi asas kepada perkembangan pemikiran. Apabila merasa percaya, selesa, selamat dan dipedulikan, anak kecil akan mula rancak meneroka persekitaran mereka yang akan membentuk pengalaman untuk mereka ‘fikirkan’.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
Aktor Idzham Ismail telah berkongsi gambar anaknya, Sofea Inara semasa di hospital selepas dilahirkan. Ia bertujuan untuk memberikan semangat kepada rakan artis.
ANAK CHOT XOXO
Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita sedih di mana bayi kecil Hazmeer Hassan ahli kumpulan lawak, XOXO masalah jantung semasa lahir. Anaknya Muhammad Sher Harraz telah dilahirkan dengan 3 kelainan pada jantungnya.
Anak Idzham kini membesar dengan sihat seperti kanak-kanak seusianya yang lain dan sangat comel, ceria dan berisi. Jika dilihat, tiada siapa menyangka anak ini pernah mengalami masalah jantung.
Berikut ialah perkongsian Idzham yang telah memuat naik gambar-gambar tersebut di Instagram.
Saya sebenarnya teragak-agak nak share gambar Sofea Inara masa dihospital , tapi terpanggil untuk memberi semangat kepada @chotxoxo
Chot , tabah , usaha , tawakal , doctor akan beri terbaik untuk setiap pesakitnya.
JANGAN STRES DAN LEMAH
Allah S.W.T akan sentiasa beri jalan untuk selesaikan masalah diberi. Jangan stress atau lemah , sentiasa minta untuk dipermudahkan walaupon yang tahu peritnya yang merasakannya
Kenapa kita dipilih ? Aku pon tak tahu , aku pon tanya soalan sama , tapi yang aku tahu , kita diberi AMANAH dari NYA.
Kau kuat bro , lagi kuat dari aku , masih boleh tenang dan bekerja dalam keadaan ni. Aku shooting pon tak tentu arah dulu. Haha
HARAP DAPAT BERIKAN SEMANGAT Aku harap gambar anak aku ni dari awal sampai sekarang ni boleh bagi kau dan isteri kau semangat. Kenapa aku tulis untuk kau , sebab aku rasa sampaikan semangat dekat kau.
BE STRONG Be strong bro ! Ingat Allah ada dengan kita bantu kita dan sentiasa akan beri jalan.
Kepada siapa-siapa yang nak beri sumbangan untuk pembedahan anak @chotxoxo yang mengalami komplikasi injap jantung terbalik boleh buka account instagram miliknya.
Aku harap dapat membantu kau walaupon tak seberapa pertolongan aku ni.