Panas berpeluh-peluh dan kadangkala sampai basah baju. Sepanjang berpantang rasa tidak selesa dek kerana larangan membuka kipas, jauh sekali penghawa dingin. Soalnya benarkah penghawa dingin ini sama sekali dilarang dan mendatangkan kepada kepada ibu berpantang?
Menurut Dr Muhammat Izzat Abd Razak, ibu berpantang sepatutnya harus kekal selesa mengikut kemahuan mereka sendiri. Barulah dapat berpantang dengan baik dan menjayakan penyusuan dengan sebaiknya.
Jangan keliru dan ini pencerahan dari doktor mengenai hal ini.
Sesetengah ibu berpantang akan ada berpeluh malam. Even duduk dalam aircond pun tetap berpeluh kekadang.
Perubahan ni adalah normal dan dijangka akan kembali kepada keadaan asal dengan masa. Slow but surely.
Ads
Kalau duduk dalam aircond pun boleh berpeluh dan berlengas, apatah lagi kalau tak pakai aircond kan?
Nak pakai aircond atau kipas jenis sembur air tu pun takda masalah. Buat la apa-apa untuk keselesaan semasa berpantang.
Satu lagi, Malaysia panass uiii. Takde masalah pun nak guna aircond atau tak.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika kita meraikan anak-anak dan seluruh keluarga untuk berhari raya bersama-sama, jangan dilupakan soal kesihatan diri yang perlu kita dahulukan.
Walaupun pelbagai juadah tradisional dihidangkan bagi memeriahkan sambutan, sekali gus membuatkan kita cenderung untuk makan secara berlebihan, namun jangan diikutkan hati. Adalah penting untuk mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan diri biarpun semasa meraikan Syawal.
Menurut Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Lim Sim Yee turut menitipkan pesanan untuk sentiasa menjaga diri dan pemakanan sihat anak sepanjang musim perayaan ini. Jangan makan berlebihan.
“Makan berlebihan semasa raya boleh menyebabkan berat badan bertambah, terutamanya apabila mengambil lebih banyak kalori daripada yang dibakar. Ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan bagi jangka masa panjang, misalnya peningkatan risiko obesiti serta penyakit berkaitan seperti diabetes dan penyakit jantung.
“Makan terlalu banyak atau mengambil hidangan yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah penghadaman seperti senak perut, kembung perut dan sembelit,” kongsinya.
Malah Dr Lim menyarankan agar memilih makanan lebih sihat seperti hidangan yang dipanggang atau dibakar bagi menggantikan hidangan bergoreng atau mengandungi lemak tinggi.
Pilih juadah yang mengandungi protein tanpa lemak, bijian penuh dan perbanyakkan sayur-sayuran. Anda boleh juga mengawal saiz makanan dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil atau mengambil kuantiti yang lebih sedikit bagi setiap hidangan. Makan dengan perlahan juga boleh membuatkan anda cepat kenyang selain dapat mengelakkan makan berlebihan.
Menguruskan pengambilan gula agak mencabar semasa musim perayaan kerana banyak juadah tradisional, minuman dan pencuci mulut mempunyai kandungan gula yang tinggi. Justeru, pilihlah air mineral atau minuman tanpa gula. Anda juga boleh membuat minuman sendiri dengan mencampurkan air kosong dengan hirisan buah-buahan dan herba. Buah-buahan segar boleh menggantikan keinginan terhadap makanan manis tanpa mengandungi gula tambahan.
“Anda juga boleh cuba membuat versi pencuci mulut tradisional yang lebih sihat dengan menggunakan pemanis semula jadi bagi menggantikan gula putih seperti kurma, madu dan sirap mapel. Kurangkan kandungan gula dalam resipi dan lebihkan pengambilan serat seperti bijirin atau buah-buahan,” kata Dr Lim.
Pilih snek anak, elak biskut terlalu banyak
Kanak-kanak juga cenderung untuk makan terlalu banyak biskut dan snek, serta minum minuman kordial dan berkarbonat semasa melawat keluarga dan rakan-rakan semasa musim perayaan. Menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dengan memilih pemakanan sihat boleh membantu mereka membuat pilihan makanan yang betul.
“Tetapkan had berapa banyak makanan manis atau berkalori tinggi yang boleh dimakan oleh anak anda setiap hari semasa musim perayaan.
“Pupuk mereka untuk berkongsi makanan dengan keluarga dan rakan-rakan daripada memakannya sendirian, dan galakkan mereka mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal seperti berjalan kaki atau berbasikal. Ini boleh membantu membakar lebihan kalori dan tenaga, dan secara tidak langsung menjurus kepada amalan gaya hidup sihat,” ulas Dr Lim lagi.
Dr Lim turut berkongsi beberapa petua untuk menyediakan hidangan tradisional yang lebih sihat.
Rendang
Gunakan potongan daging yang lebih nipis seperti dada ayam atau daging lembu tanpa lemak, dan kurangkan jumlah santan yang digunakan. Anda juga boleh memasukkan lebih banyak sayur-sayuran seperti lada benggala dan brokoli untuk menambah khasiatnya.
Ayam Masak Merah
Pilihlah dada ayam tanpa kulit untuk menggantikan paha ayam yang tinggi lemak, dan kurangkan jumlah minyak sewaktu memasak. Masukkan lebih banyak sayur-sayuran seperti lobak merah dan bayam untuk meningkatkan densiti nutriennya, dan gantikan garam dan gula dengan pilihan lebih sihat seperti herba dan rempah ratus bagi menambah rasa hidangan.
Kuah Kacang
Gunakan mentega kacang asli dan bukannya mentega kacang yang diproses kerana ia mungkin mengandungi garam dan gula tambahan. Kurangkan kandungan gula dan masukkan bahan-bahan lain yang kaya dengan khasiat seperti halia dan bawang putih untuk meningkatkan manfaat kesihatannya.
Sayur Lodeh
Kuah sayuran ini selalunya dimasak dengan pelbagai jenis sayur-sayuran termasuk kekacang, terung dan kubis. Ia adalah hidangan rendah kalori, padat dengan nutrien yang mengandungi serat tinggi serta antioksidan. Bagi menjadikannya lebih sihat, kurangkan jumlah santan atau pilih jenis rendah lemak.
Acar
Acar merupakan sayur jeruk yang sering disajikan sebagai hidangan sampingan. Ia merupakan hidangan rendah kalori, mengandungi serat yang tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral. Bagi menjadikannya lebih sihat, kurangkan jumlah garam dan gula.
Ketupat
Juadah yang dibuat daripada beras dan dibalut dengan daun kelapa ini membekalkan sumber tenaga yang baik untuk tubuh badan. Ia juga rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol. Walaupun ia merupakan pilihan yang sihat, anda boleh menjadikannya lebih sihat dengan menggandingkannya dengan lauk-lauk berasaskan sayuran.
Lemang
Pilih versi yang dibuat dengan beras perang bagi menggantikan beras putih kerana ia mengandungi lebih banyak serat dan nutrien. Anda juga boleh mengurangkan jumlah santan atau memilih jenis rendah lemak.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cara pemakanan sebenarnya antara salah satu penyebab anak-anak kurang sihat. Namun ramai ibu bapa masih belum mengetahui hal ini.
Menurut Dr Mazliana Mazlan, jika anda perasan, kadang bila anak kita sakit, lambat betul dia nak sembuh. Atau kadang tu, dah sembuh sekejap, lepas tu sakit balik lepas seminggu. Sakit tu, macam-macam lah jenisnya. Demam, batuk, selsema, asma.
Yang ini paling kerap jadi kat anak, dan ambil masa sikit nak sembuh. Batuk tu, kadang sampai sebulan pun tak baik lagi. Puas dah cari jalan. Jumpa klinik macam-macam dah, antibiotik kuat dah doktor bagi, homeopati pun ada jugak cuba, tambah lagi dengan remedies.
Tapi tak sembuh-sembuh jugak. Bila dah tak jumpa jalan, buntu apa nak buat. Cuba. Cuba je. Masak sendiri di rumah dalam tempoh waktu anak sakit tu. Korang mesti akan nampak kesan yang sangat ketara, anak boleh sembuh dalam masa sekejap je, dengan izinNya.
Masak sendiri pun, kena tahu jugak apa yang boleh, apa yang tak boleh.
1. Tepung gandum.
2. Susu.
3. Gula.
4. MSG.
5. Pewarna tiruan.
6. Perasa tiruan.
Elakkan dan kurangkan sebolehnya, apa saja makanan yang bersumberkan bahan di atas.
Makanan kat atas ni, biasanya banyak sangat dalam makanan yang kita beli di kedai.
Sebab tu kadang ambil masa lama anak nak sembuh dari batuk. Makanan ni boleh bawa radang pada badan. Bila anak tengah sakit, badannya dalam keadaan tinggi radang. Kita pulak masukkan bahan makanan yang boleh tambahkan lagi radang tu. Lambat pulak lah anak nak sembuh nanti.
Kalau nak keadaan anak maintain sihat selalu, atau kalau sakit pun ambil masa sekejap je untuk sembuh, ibu ayah boleh ikhtiar dengan cuba untuk masak sendiri di rumah setiap hari.
Satu lagi, kita sendiri kena tahu jugak, makanan apa yang boleh buatkan sakit anak kita makin teruk. Yang ini kena observe sendiri, hanya kita saja yang boleh tahu. Contoh, saya perasan anak saya bila makan rambutan, batuk dia akan makin teruk.
Maka bila dia batuk, saya tak bagilah rambutan.
Baru ni anak saya Zaid, umur 3 tahun batuk. Ada orang bagi rambutan. Zaid nak makan. Suami saya kata tak boleh.
Zaid kata, “Abi, nanti cari kat Zaid rambutan takde MSG boleh tak? Zaid nak makan rambutan.”
Gelak guling-guling saya dengar suami saya cerita Zaid mintak rambutan tanpa MSG.
Dia tahu dia tak boleh makan manis banyak, tak boleh makan makanan ada MSG tiruan. Sebab saya dan suami selalu ingatkan kalau anak nak sesuatu yang tak berapa elok untuk tubuh badan mereka.
Coklat banyak gula, tak boleh.
Keropok ni ada MSG, tak boleh.
Roti ni gandum dan gula banyak, tak boleh.
Candy ni ada pewarna, tak boleh.
Semua yang saya tak bagi, atas alasan tertentu, dan saya ceritakan pada anak. Biarlah mereka tak faham pun apa benda lah MSG tu. Tapi yang dia tahu, itu tak elok untuk badan dia
Sampai satu masa, dia boleh relate apa yang saya asyik cakap sebelum ni, maka anak pulak ajuk balik mintak kita carikan makanan tanpa bahan-bahan yang mudaratkan kesihatan mereka.
Boleh ya, sama-sama kita cuba untuk sediakan pilihan makanan yang lebih baik, untuk cepatkan proses penyembuhan anak-anak.
Kredit: Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penggunaan produk yang tidak bersesuaian boleh memudaratkan bayi, apatah lagi hingga mengakibatkan sawan. Bahayanya!
Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini perlu mama papa ikuti. Jangan terikut-ikut menggunakan setiap produk yang mengandungi camphor atau kapur barus tanpa memeriksa terlebih dahulu amaran atau cara penggunaannya. Setiap produk dilengkapi label dan ada yang telah memaklumkan yang ia tidak selamat untuk bayi.
BANYAK DALAM PRODUK JENIS SAPUAN Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.
TIDAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK 2 TAHUN KE BAWAH Walaubagaimanapun. produk yang mengandungi kapur barus TIDAK SESUAI untuk digunakan untuk kanak kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Ia boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk mereka.
Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang diletakkan.
JANGAN LETAK DI HIDUNG, MATA ATAU KULIT Hati hati ya, jangan letak di hidung, mata atau kulit yang luka. Bahan dari kapur barus ini boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.
BACA LABEL, JADILAH IBU AYAH YANG BIJAK Apa pun produk korang nak guna jangan lupa baca label. Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca je. Jadilah pengguna bijak!
Public Health Malaysia juga turut berkongsi beberapa produk yang tidak sesuai untuk bayi bawah 24 bulan.