Selalu bila nak didik anak berpuasa, mama papa selalu beritahu mengenai tak boleh makan dan minum sahaja kan? Hakikatnya ada banyak lagi kita patut ajar dan beritahu secara perlahan-lahan.
Jangan sekali-kali memaksa anak kerana mereka perlukan latihan yang baik bagi memulakan puasa.
Perkongsian lima tip oleh Dr Taufiq Razif ini mama kenalah praktikkan. Memang sukar pada mulanya malah nak beritahu pada anak sekecil lima tahun pun kena ada caranya. Guna cara paling berkhemah dan elakkan buat lima perkara ini juga semasa bulan puasa.
Ajar juga anak kita buat 5 benda ni ketika tengah puasa :
1. Kena tahan diri untuk marah ketika bermain bersama adik beradiknya.
2. Kena tahan diri daripada duk tengok cerita tak berfaedah kat dalam TV sana.
3. Kena tahan diri daripada mendengar muzik yang lagho dan tak mendidik jiwa.
4. Kena tahan diri daripada tidur seharian sepanjang masa.
5. Kena tahan diri daripada pukul dan naik tangan kat adik beradiknya.
Rugi kan kalau tak ajar anak kita buat 5 benda ni semua?
Cuba amal benda ni je sepanjang Bulan Ramadhan ni dan jangan terkejut anak kita berubah jadi lebih baik daripada anak orang lain yang cuma diajar tahan makan dan minum je sepanjang Ramadhan.
5 Tips Latih Anak Puasa
1. Terang pada anak apa maksud puasa dan kebaikannya. Kadang anak kita tak faham kenapa kita kena puasa, jadi mama papa kena terangkan.
2. Anak kenalah tidur awal supaya boleh bangun untuk bersahur bersama-sama. Beritahu betapa nikmatnya bangun bersahur.
3. Namun jangan sekali-kali paksa anak tetapi bagi masa untuk dia mencuba secara berperingkat. Semua benda tak datang dengan mudah, perlahan-lahan ya mama.
4. Sentiasa pujuk anak dan doakan dia mahu untuk mencuba dan bertahan untuk berpuasa sepanjang hari. Doa ibu kan mujarab!
5. Selebihnya, sediakanlah makanan kesukaannya untuk menarik minatnya dan keseronokkan untuk berbuka puasa. Beri hadiah jika perlu!
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI