Takdir Allah tiada siapa yang dapat menjangka, tiada siapa yang mengetahui apa yang bakal jadi hari ini, esok dan seterusnya. Begitu juga dengan pasangan suami isteri ini, impian mereka untuk melihat anak lahir dengan sihat tak kesampaian apabila mengetahui baby Umar mengalami masalah jantung.
Detail scan 21 minggu dapat tahu jantung Umar tak normal
Umar Ammar dilahirkan pada 24 April lalu. Ketika 21 minggu dalam kandungan, ibunya, Puan Nor Hafiza melakukan detailed scan di Hospital Kuala Lumpur. Detik sukar buat ibu dan bapanya apabila keputusan imbasan tersebut menunjukkan jantung baby Umar tidak normal. Puan Hafiza terus dirujuk ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut.
Tiada kata-kata yang dapat meredakan kesedihan ketika baby Umar disahkan mengalami Simple Transposition of Great Arteries (TGA), iaitu salur darah utama di jantung dalam keadaan terbalik yang boleh menyebabkan kadar oksigen kurang daripada kebiasaanya.
Hancur luluh hati ibu apabila terkenangkan setiap baris ayat yang dikatakan oleh doktor. Menurut doktor, baby Umar perlu segera menjalani pembedahan sejurus selepas lahir kerana oksigen di badannya tidak akan mencukupi tanpa pembedahan.
Dengan keadaan yang sarat mengandung, Puan Hafiza berulang alik ke Hospital Serdang untuk menjalani rawatan susulan bersama pakar jantung sehingga kandungannya memasuki usia 36 minggu.
Bersalin 39 minggu secara normal
Debaran kian terasa, penantian mereka selama ini telah berakhir. Umar selamat dilahirkan pada usia kandungan 39 minggu secara normal di Hospital Kuala Lumpur. Berat badannya ketika lahir adalah 2.8kg.
Umar dibawa terus ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana keadaannya tidak stabil. Pada hari ketiga Umar lahir, doktor memasuki belon (balloon catheter) di jantungnya untuk membesarkan ruang jantung namun selepas itu Umar mula berak berdarah sehingga terpaksa menangguhkan pembedahan.
Kesedihan yang dirasai masih belum reda, hidup Umar bergantung pada mesin oksigen. Kadar oksigennya tidak seperti bayi lain yang normal. Hakikatnya sehingga kini, Umar masih berada di NICU. Hospital sudah menjadi rumah kedua buat ibu bapanya kerana terpaksa berulang alik.
Selamat jalani pembedahan, kos perubatan belum bayar
Umar perlu menjalani pembedahan segera bagi membetulkan saluran jantungnya yang terbalik. Alhamdulillah pembedahan telah selamat dijalankan pada 10 Mei yang lalu namun kos tersebut masih belum dilunaskan. Kos RM70,000 sangat tinggi nilainya bagi mereka sekeluarga, ditambah pula perbelanjaan harian mereka hanya bergantung kepada pendapatan bapa.
Untuk membantu meringankan beban keluarga adik Ummar, MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga baby Umar. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua.
Bantu kami penuhi kos pembedahan dan rawatan baby Umar. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada ibu bapa baby Umar untuk melihat anak mereka membesar sihat seperti orang lain.
Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli satu nyawa, ia sangat berharga.
Bagi anda yang ingin membantu dan memberi sumbangan pada adik Ummar Ammar, boleh terus klik link myfundaction untuk dapatkan maklumat lanjut.
Latar belakang adik Ummar
Nama: Ummar Ammar B Muhammad Alif Ammar
Tarikh Lahir: 24 April 2021
Nama bapa: Muhammad Alif Ammar
Nama ibu: Nor Hafiza
Tempat Tinggal: Lembah Pantai, Kuala Lumpur
MAKLUMAT PEMBEDAHAN
Kos: RM70,000
Jenis: Arterial Switch
Tempat: Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Tarikh pembedahan: 10 Mei 2021
Kredit: MyHeart Volunteers
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI