Tidak ada keperluan untuk menambah garam ke dalam makanan bayi kerana buah pinggang bayi di usia ini masih tidak matang untuk memproses sebarang garam tambahan. Bayi juga tidak memerlukan gula dalam diet.
Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan anak anda menjadi pemarah apabila paras gula di dalam badan menurun selepas beberapa jam pengambilan gula tersebut. Bagi tempoh masa yang panjang, pengambilan gula yang berlebihan akan merosakkan gigi dan menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan.
Pengambilan garam adalah berdasarkan usia anak.
Oleh itu, apabila anak anda telah mula makan makanan yang sama dengan ahli keluarga yang lain, tidak perlu menambah garam ke dalam makanannya.
Saranan pengambilan garam adalah berdasarkan usia anak. Jumlah garam yang dibenarkan bagi kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun ialah 3.0gm (1.2gm natrium) sehari, manakala kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun sebanyak 5.0gm (2gm natrium) sehari. Bagi yang berusia 11 tahun ke atas, saranan adalah seperti keperluan dewasa iaitu 6.0gm (2.4 natrium) sehari.
Anda perlu ingat!!!
- Apabila bayi mula makan makanan pejal, walaupun anda fikir makanan tersebut mempunyai rasa tawar tetapi tidak perlu menambah garam ke dalam makanan bayi yang dimasak atau makanan bayi komersial.
- Bayi dan kanak-kanak di bawah usia dua tahun juga tidak sepatutnya diberikan makanan segera yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti biskut dan snek. Sebaliknya, pemberian makanan rendah garam seperti buah-buahan, sayur sayuran dan susu amat digalakkan.
- Terdapat beberapa makanan manis yang bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak, malah mengandungi nutrien yang bermanfaat untuk tumbesaran. Contohnya seperti buah-buahan dan biskut kosong. Walaupun buah-buahan mengandungi gula, ia juga padat dengan vitamin dan mineral yang bermanfaat.
- Kek dan biskut kosong merupakan alternatif yang baik bagi menggantikan kek dengan krim dan aising atau biskut berperisa. Tetapi perlu diingatkan, pilihan ini juga masih mengandungi gula dan tidak perlu diberikan setiap hari.
- Susu ibu dan susu formula juga boleh ditambahkan ke dalam makanan bayi bagi memberikan rasa manis pada makanan tersebut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI