Tahniah diucapkan buat penyanyi, Hunny Madu yang kini rupanya sedang hamil lima bulan.
Menerusi Instagramnya, Hunny Madu berkongsi khabar gembira itu malah memaklumkan yang dia mengalami alahan yang agak teruk ketika berada usia kandungan dua dan tiga bulan.
” Masanya untuk berkongsi rahsia. Saya sedang hamil 21 minggu!
” Bulan kedua dan ketiga merupakan tempoh paling panjang dalam hidup saya kerana hanya nampak bilik air dan katil sahaja.
” Mujurlah trimester pertama dah berlalu dan saya juga dah dapat vaksin pertama ketika kandungan berusia 14 minggu. Sekarang sudah lengkap dua dos,” kongsinya.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim ini juga menunggu masa yang benar-benar sesuai untuk berkongsi khabar gembira itu kepada umum.
” Alhamdulillah baby dalam keadaan baik dan saya tak sabar nak tengok suami saya pakaikan lampin dan bancuh susu anak lagi beberapa bulan.
” Cuma buat masa sekarang saya sedang melalui fasa gembira dengan kandungan saya. Begitu juga dengan menikmati makanan.
” Saya juga dah memperlahankan aktiviti bersenam dan hanya berjalan sahaja untuk mengeluarkan peluh. Kalau dah nampak video senaman saya makin kurang, rasanya dah tahu kenapa,” kongsinya lagi.
Pasti kedua anak Hunny Madu tak sabar untuk menimang adik baru dalam keluarga mereka.
Terdahulu, Hunny dan suaminya Fedrighi Francesco dari Itali mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu.
Hunny pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Eva Medina,9 dan Adam Musa, 4 tahun.
Menarik: Tak Boleh Keluar, Hanya Duduk Rumah, Sistem Imuniti Anak Terjejas
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @hunnymadu