Masak 30 Minit Sahaja Siapkan Bekal Anak Ke Rumah Pengasuh, Hebatnya! Ini Tips Yang Dikongsikan Ibu Ni!

Share

Bagi ibu bekerja, waktu pagi adalah waktu yang cukup genting bagi mempersiapkan segala hal. Memasak dan menyediakan sarapan untuk anak-anak memerlukan peruntukan masa. Ibu harus bangun lebih awal untuk mempersiapkan segalanya. Namun lain kisahnya dengan ibu ini yang memperuntukan masa 30 hingga 1 jam sahaja untuk menyediakan bekalan anaknya.

Dia yang menyediakan bekalan anak kecilnya ke rumah pengasuh setiap hari hanya mengambil masa yang pantas untuk mempersiapkan tiga jenis menu setiap pagi. Malah bekalannya cukup lengkap ke rumah pengasuh. Siap ada buah dan hidangan minum petang. Awesome!

Menariknya Puan Syaza Yasmin tidak lokek berkongsi tipnya. Intai apa tip memasaknya terutama bagi ibu yang menyiapkan bekal makanan anak di awal pagi, untuk mommies yang bekerja.

Selalunya orang tanya mama, “Pukul berapa bangun nak siapkan semua ni?” “Kalau masak macam ni, pukul berapa pergi kerja?”

Setiap pagi mama akan berperang di dapur siapkan bekal makanan Maryam di rumah pengasuh. Hasrat mama untuk bekalkan Maryam makanan yang lengkap dan sihat, inshaAllah sehingga setakat yang mama mampu.

Target mama, setiap hari mesti ada 4-5 bekas bekal makanan – nasi / karbo, sayur, buah, protein dan finger food. Kalau kurang dari 4 bekas, confirm ada yang tak cukup. Bagi mencapai hasrat ini, mama kena bangun seawal yang mungkin. Dan mama kena pastikan mama kena siapkan semua kurang daripada 1 jam.

Selalunya mama siap potong bahan-bahan yang nak dimasak dan masukkan dalam mangkuk berpenutup. Then, simpan dalam peti sejuk. 

Kebiasaannya ada 3 makanan yang bermasak, jadi ada 3 mangkuk berisi bahan memasak.

Contoh menu;
🌽 Nasi butter
🌽 Sup ayam
🌽 Sayur campur

Penyediaan pada waktu malam;

Mangkuk 1: Nasi butter
– Bawangs
– Beras
– Butter

Mangkuk 2: Sup ayam
– Ayam (asingkan sebab basah)
– Cbs (nak masak baru ambik)
– 4 beradik
– Bawangs
– Halia
– Daun sup (dah siap masak, baru ambik potong)

Mangkuk 3: Sayur campur
– Brokoli
– Carrot
– Baby corn
– Bawang merah
– Ikan bilis

Sediakan Bahan Lebih Awal

Bahan-bahan dalam mangkuk ini dah siap-siap potong, kecuali bawangs. Bawangs tu just siap kopek kulit ja. Nak masak baru hiris. 

Dan bilangan mangkuk ni pun bergantung kepada jenis makanan. Kalau takat nak masak nasi putih, tak perlu la siapkan dalam mangkuk dari malam 😅. Tapi nak buat pun boleh, takda siapa nak marah aih.

Untuk protein, biasanya mama dah asingkan portion untuk Maryam setiap hari dalam ziplock plastic yang kecil. So ada 5 plastik berisi ayam / ikan / protein lain. Setiap hari Ahad, mama akan masukkan dalam freezer. Malam sebelum, turunkan ke fridge. Nak masak nanti kira ayam / ikan tu dah ready untuk dimasak.

Untuk finger food pulak, ikut jenis makanan. Kalau macam fries, wedges, cheesy ball yang boleh dibekukan, biasanya nak masak baru keluarkan.

Kalau roti bakar pula, sambil-sambil masak makanan lain tu mama sapukan butter atas roti dan masukkan dalam oven je. Menyambil ja.

Kalau jenis cucur pula, ikut jenis cucur. Kalau cekodok pisang, nak masak baru lenyek. Kalau cucur bilis, malam-malam mama dah bancuh. Pagi just masuk dalam kuali ja.

So dapat idea tak macam mana mama boleh siapkan makanan Maryam setiap pagi?

Well, sekarang ni mama tengah cuba untuk masak dengan pantas. Kalau boleh, kena siapkan semuanya dalam masa 30 minit. Kalau dah dapat idea nanti mama share lagi.

Memang awesome!

Published by
SRM