Bayi yang dah menginjak umur 6 bulan dan mula makan, perkara pertama yang ibu fikirkan adalah nak bagi makan bubur. Apabila memikirkan masa yang lama untuk menyiapkannya, niat itu mula berbelah bahagi.

Bagi ibu yang tak bekerja, mungkin tiada masalah tapi ibu yang bekerjaya masa agak terhad. Banyak tip yang sebelum pernah dikongsikan seperti mengisar beras, bekukan beras dan macam-macam lagi.

Kali ini perkongsian dari Puan Raudah mengenai caranya masak bubur nasi pada anaknya sangat mudah. Hanya letak dalam periuk nasi sahaja.

IKLAN

Jangan cakap ibu, ayah pun boleh masak cara ni. Memang senang sangat.

Kaedah yang yang hampir sama dengan masak nasi. Bezanya lebihkan je air.

IKLAN

Sekiranya ibu-ibu nak jimatkan elektrik boleh je masak atas dapur dengan cara kukus. In SHAA Allah menjadi juga.

IKLAN

Tak faham? Ni tutorial bergambar, cara masak bubur si kecil di dalam rice cooker.

Masak Bubur Si Kecil Semudah ABC. Hanya Letak Dalam Periuk Nasi  
Bahan untuk masak bubur si kecil. Guna apa bahan yang ada dalam peti ais je. Beras tu lebih kurang 2 sudu besar. Bahan-bahan lain boleh olah ikut apa yang ada dalam peti ais atau ikut kesukaan anak-anak anda.
Masak Bubur Si Kecil Semudah ABC. Hanya Letak Dalam Periuk Nasi  
Raudah just guna cawan minum kopi tu je
Masak Bubur Si Kecil Semudah ABC. Hanya Letak Dalam Periuk Nasi  
1. Cuci beras dulu ye. 2. Masukkan semua bahan-bahan tadi. 3. Udang tu Raudah potong-potong sikit. Sebab Irfan belum penuh giginya. 4. Isikan air penuh cawan tu.
Masak Bubur Si Kecil Semudah ABC. Hanya Letak Dalam Periuk Nasi  
Masukkan je dalam rice cooker yang dah berisi air. 2 lagi cawan tu, Raudah masak nasi biasa.
Masak Bubur Si Kecil Semudah ABC. Hanya Letak Dalam Periuk Nasi  
Hasilnya! Nasi masak bubur pun masak. Kan dah jimat masa. Yang pastinya nasi tak berkerak, bubur tak hangus. Hehe.
Masak Bubur Si Kecil Semudah ABC. Hanya Letak Dalam Periuk Nasi  
Raudah Cenderawasih Follow · Yesterday · Edited · 1 cawan tu, penuh satu mangkuk ni. Taburkan sikit serbuk ikan bilis dan taburkan daun sup. SIAP!
Masak Bubur Si Kecil Semudah ABC. Hanya Letak Dalam Periuk Nasi  
Haaa, nampak tak muka tu. MASA JIMAT, PERUT KENYANG, HATI RIANG

Sumber: Raudah Cenderawasih

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI