Memang pening juga kalau anak tak mahu makan. Puaslah kita buat macam-macam cara untuk pastikan anak nak makan, tapi gagal. Bila diajak makan, ada saja alasan. Mulut ditutup rapat, kepala digeleng laju. Sampai buntu dibuatnya!
Sesetengah anak ni, dia ada tabiat pelik waktu makan. Sama juga dengan kisah ibu ini, bila anaknya hanya mahu makan makanan yang dibeli dari kedai. Haa sudah.. Kalau hari-hari nak makan kedai, habislah! Melalui perkongsian di akaun Tiktok m4kberuang, ibu ini berkongsi trik pujuk anak makan.
Bagi memenuhi keinginan anaknya, si ibu gigih menyediakan ‘makanan kedai’. Selepas masak, dia akan bungkus makanan sama seperti yang dibeli di kedai. Siap dimasukkan dalam beg kertas, ala-ala ditempah dari servis penghantaran makanan.
Ads
Bukan main semangat anaknya makan! Seronok dapat makan makanan kedai. Perkongsian ibu ini sememangnya menjadi inspirasi terutamanya kepada orang lain yang turut berhadapan dengan situasi yang sama.
Memang boleh bagi pujian pada ibu ni, sudahlah memasak tu bukan sesuatu yang mudah. Banyak kerja-kerja renyah, apatah lagi nak dibungkus sama seperti dibeli di kedai pula. Thumbs up, mommy!
Tonton video di sini;
Ads
Jom, tengok apa kata orang ramai yang menonton video perkongsian ibu ini;
Ads
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Sebelum berumah tangga, sudah tentu kita memasang niat untuk menjadi yang terbaik buat pasangan. Tetapi semua itu pasti akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi.
Setiap pasangan yang berkahwin bukan sahaja perlu bersedia untuk hidup berdua tetapi juga mental harus kuat kerana ujian selepas berkahwin berganda daripada ketika kita bersendirian. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri? Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul?
Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelah kanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood. Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua.
Mula-mula kahwin, suami pun senyum saja sebab bila pulang ke rumah sudah terhidang makanan enak-enak. Sarung kusyen pun sentiasa bertukar. Kadang-kadang ke pejabat pun boleh bawa bekal, sebab isteri rajin sangat masak!
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah.
Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.
Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Waktu ini, kalau anda ‘cuit’ sikit emosinya, menangis. Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Atau anda pula take over, urutkan badannya. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaanya.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia.
Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya. Itu sahaja yang isteri mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak perempuan9 tahun berdepan detik cemas, nyaris dilarikan ketika tunggu van sekolah. Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan ketika sedang menunggu van sekolah.
Kanak-kanak Perempuan 9 Tahun Berdepan Detik Cemas, Nyaris Dilarikan Ketika Tunggu Van Sekolah
Kejadian berlaku berhampiran perumahan di Bukit Beruntung pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, laporan berkaitan kejadian dibuat ibu mangsa kira-kira jam 8.56 malam.
Beliau berkata, kejadian terbabit berlaku ketika mangsa berumur sembilan tahun berada di bawah blok sebuah flat di sini ketika sedang menunggu van sekolah.
“Siasatan mendapati suspek merupakan lelaki warga tempatan didapati cuba melarikan mangsa.
“Mangsa kemudiannya melarikan diri ke kedai berdekatan sebelum menjerit meminta pertolongan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, orang ramai yang berada sekitar lokasi kejadian kemudiannya berjaya menyelamatkan mangsa.
“Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri ketika cuba ditahan orang ramai ketika kejadian.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya.
Zahirah MacWilsonbersalin anak kedua, kali ini ‘baby girl,’ Inara Raisa nama pilihan. Pelakon Zahirah Macwilson selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu pada kira-kira pukul 8.58 malam di Perth, Australia.
Zahirah MacWilson Selamat Bersalin ‘Baby Girl’
Berkongsi foto keluarga, khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan wajah bayi perempuannya yang diberi nama Inara Raisa.
Kali Ini ‘Baby Girl,’ Inara Raisa Nama Pilihan
“ALHAMDULILLAH, KELUARGA KAMI LENGKAP DENGAN EMPAT ORANG.
“RAIKAN PUTERI KAMI, INARA RAISA YANG DILAHIRKAN PADA JUMAAT LALU 31 MEI PADA PUKUL 8.58 MALAM.
Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu turut mendoakan kesejahteraan bayi perempuannya.
“TERIMA KASIH SEMUA ATAS DOA DAN UCAPAN. KAMI SANGAT BERSYUKUR.
“SEMOGA ALLAH S.W.T MELINDUNGI DAN LIMPAHKAN AWAK DENGAN KEBERKATAN, INARA,” UJARNYA.
Terdahulu, Aiman berkongsi gambar isterinya melakukan pemeriksaan ultra bunyi. Pasangan ini juga sebelum ini telah mengumumkan jantina anak kedua mereka dalam sebuah majlis istimewa bersama keluarga dan kenalan terdekat di kediaman mereka April lalu.
Untuk info, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap sekelip mata bila anak yang dikandung, dijaga bagai nyawa sendiri tiba-tiba lesap tanpa jejak.Menerusi...