Semasa berpantang, ibu kena cukup makan untuk memastikan dirinya cukup tenaga untuk menyusukan bayi pula. Bukan itu saja, ibu yang makan dengan elok juga lebih mudah sembuh. Namun, mungkin ada sesetengah menu pantang membuatkan ibu kurang berselera.
Siapa kata kalau berpantang tak boleh makan sedap? Banyak pilihan menu yang sesuai untuk ibu selepas bersalin dan rasanya juga sedap. Kadang-kadang tu, yang tak bersalin pun suka makan masakan pantang.
Perkongsian dari Nanny Ammar melalui grup Masak Apa Hari Ni (MAHN), yang menyediakan menu Kuah Perah Asam sesuai untuk ibu berpantang;
Buatkan lauk pantang utk mama si baby, lebihkan sekali utk atok sibaby..sbb atok pun feberet lauk ni. Tp atoknya letak cili. Kuah nmpk kurang cantik sbb less oil…Sayur rebus² utk org pantang, nanny baby pun nak jugak. Sayur goreng pulak atok nanny punya juga…
Atok tak sempat g pasar harini nak suh beli ikan tenggiri, so kita buat dgn ikan bilis jelah lauk tu. Xpe..esok².lah kita makan tggiri ya menantu…,ada 29 hari lagi nak berpantang ni…😃 harap nanny pun blh kurus makan lauk.pantang …Pantang nampak…😂
Edited: Kami panggil namanya Kuah Perah Asam
Ads
Bahan-bahan:
Ikan bilis segenggam (klu buat sikit, letak sikit jer) goreng garing terlebih dahulu
Bawang merah 5 ulas hiris + 3 ulas sebiji-biji atau belah 2.
Bawang putih 3 ulas hiris + 2 atau 3 ulas sebiji-sebiji
Halia sebesar ibu jari dihiris
Sedikit minyak untuk menumis
2 cawan air (kalau nak lebih kuah, lebihkan. Kalau nak kurang kuah, kurangkan).
Air asam jawa secukupnya
Garam secukupnya
Cara memasak:
1. Tumis semua bawang (halia paling kemudian).
2. Letak air 2 cawan dan didihkan. Masukkan air asam jawa pekat sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan bilis yang siap digoreng tadi dan perasakan (pandai-pandailah balance asam dgn garam). Siap!
Kalau nak tambah cili padi boleh, terpulang. Saya tak masuk cuka sbb tak baik utk ibu yang sedang berpantang, so camni jelah resepi saya.
Selamat mencuba. Bismillahhirrahmanirrahim.
Ads
Sedap resipi ni, untuk kuatkan lagi rasa bolehlah ditambahkan dengan sedikit cuka dan boleh gantikan bilis dengan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Dimakan dengan nasi panas, memang terangkat!
Jika biskut Cornflakes madu menjadi menu tradisi setiap kali beraya, apa kata kali ini kita pelbagaikan dengan biskut Cornflakes Bites pula untuk anak-anak.
Seakan-akan bertih jagung namun Cornflakes ini lebih manis dan rangup. Jom cuba perkongsian resipi @rasahawa di Tik Tok.
5 cawan cornflakes
220gm gula melaka asli
1 sudu butter
Cairkan gula melaka dengan air perlahan. Kacau sentiasa, jangan sampai hangus.
Cucur kembung viral ini bukan hanya menggunakan bahan yang ‘simple’ tetapi cara penyediaanya pun sangat mudah. Boleh cuba untuk makan petang bersama anak-anak kan. Dihidang pula bersama kuah kari, memang membangkitkan selera!
Resepi Cucur Kembung
Dapat juga resipi terbaik boleh buat memang sedap lembut je cucur ni walau makan esok pagi..
Bahan-bahan:
Tepung gandum
1 biji telur
Air panas yang mendidih
Cara Penyediaan: Kalau nak buat yang manis letak gula dan garam je sikit. Kalau nak cekodok berperisa boleh letak maggi cukup rasa, garam, udang, carrot, bawang kemudian blend je..
Gaul tepung dengan sebiji telur. Baru masuk air panas yang mendidih sikit-sikit biar tepung kembang. Boleh masuk bahan blend tu(Kalau nak berperisa). Adunan jangan lembik agak-agak boleh getel je.
Tip tak nak melekat, renjis air kat tangan dulu baru getel bulat-bulat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bosan dengan milo atau coklat, apa kata kita ubah kelainan dengan puding kopi pula yang digabungkan bersama susu pekat dan serbuk koko. Resipi puding dua layer yang dikongsikan oleh Ida Zairi ini nampak cukup mudah hendak disediakan. Malah gabungan kopi dan serbuk koko yang enak juga buat rasa puding lebih sedap.
Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikannya. Bolehlah dihidangkan buat keluarga di musim perayaan ini. Mudah.
Untuk yang addicted kafein boleh cuba resepi ni. Sangat simple.
Puding Alma Coffee
Bahan untuk lapisan coffee
1 paket Alma Coffee kopi segera (bancuh dengan 180ml air panas mendidih dengan 1 sudu kecil susu pekat + 1 sudu serbuk koko untuk warna)
1 stgh sudu serbuk agar-agar (masukkan dalam 180ml air sejuk)
1/2 cwn gula
Secubit garam
Masak air yang dicampur serbuk agar-agar tadi hingga mendidih, masukkn air bancuhan kopi, gula & garam kacau hingga mendidih. Tutup api & tuangkan 1 lapisan ke dalam acuan (seeloknya acuan plastik/silikon supaya senang dikeluarkan)
Bahan cream layer
1 stgh sudu serbuk agar-agar (masukkn ke dalam 180ml air sejuk)
90 ml santan (sederhana pekat)
90ml susu cair/susu full cream)
1/2 cwn gula
Secubit garam
Cara melapis agar2..Dah siap tunggu sejuk masuk dulu dalam peti ais..
Masak air yang dicampur serbuk agar-agar tadi hingga mendidih, masukkan santan, susu cair, gula & garam tunggu mendidih. Tutup api.
Gariskan permukaan lapisan kopi dengan garfu & masukkn lapisan cream. Tunggu sedikit mengeras, ulang langkah seterusnya sehingga habis. Biarkan sejuk. Sedia dihidang.
Selamat mencuba.
Resipi wajib cuba: Mudahnya Buat Kek Classic Victoria Sandwich Ni Paling Ringkas Sedap Lembut!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.