Anak mula menginjak usia 6 bulan ibu dah mula fikir nak masak yang sedap-sedap. Bukan apa fasa inilah nak mula perkenalkan pemakanan sihat dan bagi anak berselera makan. Bukan setakat nak tambahkan berat anak semata-mata.

Namun ada juga ibu yang terfikir jika makanan anak tu tak diletakkan garam atau penambah rasa yang lain pasti tak sesedap makanan orang dewasa.

Ingat ya jangan masukkan garam ke dalam makanan anak walaupun sedikit sebelum anak berusia 2 tahun. Kesannya boleh buatkan buah pinggang anak untuk lebih bekerja!

Bagaimanapun, ada satu alternatif untuk ibu bagi menyedapkan masakan anak iaitu buat Mirepoix. Perkongsian dari seorang ibu, Wanie Yusoff ini cukup mudah dan semestinya sihat untuk anak kita.

Masak Makanan Bayi, Letak Penyedap Berasaskan Sayuran. Tak Perlu Garam & Gula
Bahan asas yang digunakan sebagai penyedap rasa. Tumis dengan minyak zaitun dalam 10-12 minit atau dah kekuningan

Ramai yang update buat mirepoix ni, so ibu pun try juga la buat..fuhhh aromanya masa menumis wanginya.

Ada yang tak tahu ke apa itu Mirepoix? Ibu pun baru tahu juga.

Ads

MIREPOIX

Mirepoix adalah aromatic vegetable, iaitu tumbuhan yang digunakan untuk memberikan aroma pada proses pembuatan makanan.

Mirepoix biasanya adalah campuran sayuran di antara Onion(bawang holland), Celery(saderi) dan Carrot(lobak merah) atau istilahnya OCC supaya mudah diingati.

Ads
Masak Makanan Bayi, Letak Penyedap Berasaskan Sayuran. Tak Perlu Garam & Gula
Hasilnya selepas dikisar dan boleh masuk dalam bekas kecil.

Sayuran ini dipotong kasar dengan nisbah 2:1:1. Saiz sayuran bergantung kepada masa memasak dan kuantiti sesuatu hidangan. Lagi lama masa memasak, lagi besar potongan sayuran.

Masak Makanan Bayi, Letak Penyedap Berasaskan Sayuran. Tak Perlu Garam & Gula
Boleh disejuk beku untuk buat stok. Bila nak masak boleh masukkan dalam bubur atau apa saja makanan anak.

Terdapat dua jenis Mirepoix iaitu red mirepoix dan white mirepoix. Red mirepoix ialah campuran sayuran bersama lobak merah manakala white mirepoix campuran tanpa lobak merah.

Sumber: interestingwesternfood.blogspot.com

Ads

Kredit: Wanie Yusoff via moon izra remysa

**Sambil anak bermain, boleh belajar. Dapatkan permainan ini pada harga promosi di sini

Masak Makanan Bayi, Letak Penyedap Berasaskan Sayuran. Tak Perlu Garam & Gula

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI