Nasi-nasi istimewa sesuai dihidangkan untuk hidangan berbuka dihujung minggu bersama anak-anak. Mahu lebih istimewa apa kata kita cuba memasak Nasi Arab pula untuk keluarga.
Tak perlukan rempah, begini cara menghasilkan nasi arab paling mudah. Jom ikuti perkongsian resipi Nik Imana.
Alhamdulilliah, dah nak masuk 5 tahun jadi isteri orang. Hari ni masak Nasi Arab Mandy Ayam, resepi dah pernah share dalam group ni masa PKP tahun lepas, tapi tak pe lah kita share lagi sekali.
Bahan-bahan Ayam:
Ayam bahagian Whole leg
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu lada hitam
1/2 jintan manis
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu ketumbar
1 biji pati ayam
Sedikit garam
1 biji tomato
1 biji cili hijau dipotong
Sedikit madu, serbuk perasa, serbuk kunyit, serbuk cili, hirisan lemon -untuk panggang ayam
Nasi Arab:
3 pot beras basmathi
1 sudu planta/minyak sapi
Sedikit biji ketumbar
Lada hitam
Jintan manis
Jintan putih
Sambal nasi arab:
Cili merah
Tomato
Daun ketumbar
Garam & perahan lemon
Ads
1. Rebus ayam bahagian whole leg tu dengan 1 batang kulit kayu manis, 1/2 sudu lada hitam, 1/2 jintan manis, 1/2 sudu jintan putih, 1/2 sudu ketumbar, 1 biji pati ayam, sedikit garam, 1 biji tomato & 1 biji cili hijau dipotong.
Rebus beberapa ketika supaya ayam masak dibahagian dalam. Lepas tu toskan ayam. (rempah-rempah tu kalau tak suka tergigit, boleh blend bagi hancur)
2. Untuk masak nasi, aku guna 3 pot beras basmathi, cuci dan rendam setengah jam. Kalau guna beras biasa tak yah rendam, nanti hancur nasi korang tu.
Panaskan 1 sudu planta/minyak sapi, tumiskan sedikit biji ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih (kalau takut tergigit boleh blend halus) & bay leaves.
Sedikit tu maksud aku secubit kot. Tumis benda tu semua sampai baik bau pastu masukkan beras tadi, goreng sekejap pastu masukkan air rebusan ayam tadi ikut sukatan biasa korang masak nasi la & letak garam sikit.
Ads
Lepas tu bila nasi dah kering, taburkan daun ketumbar & buat lubang kat nasi tu sikit untuk letakkan pewarna kuning, pastu biarkan sampai nasi masak.
3. Ayam yang ditoskan tu sapu sedikit madu, serbuk perasa, serbuk kunyit, serbuk cili. Pastu letak hirisan lemon & panggang dalam air fryer/oven. Kalau nak masak ayam letak dalam nasi pun boleh tapi aku tak suka, so aku panggang je.
4. Untuk salatah, potong bawang holland, timun batang & tomato kecik-kecik. Lepas tu perah lemon, garam, gula & kacau. Kalau tak ada lemon, guna je cuka pon boleh.
5. Untuk sambal nasi arab, blend cili merah, tomato & daun ketumbar. Perasakan dengan garam & perahan lemon.
6. Untuk sup pulak, lebihan air rebusan ayam tadi aku tambah akar daun ketumbar pastu tambah garam & serbuk kunyit untuk nampak kuning.
Ads
7. Lepas tu boleh hidang lah ayam tu letak atas nasi lepas tu makan dengan semua condiments tu sampai lah semua tersadai di dinding kekenyangan.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kecil mana yang tidak suka donat. Paling sedap dan manis. Tambah lagi kesedapan dan khasiat dengan salutan susu. Nak buat macam mana?
Perkongsian resipi donat ringkas tapi sedap oleh Pn Noor Shafiqah Ghazali ini lain dari yang lain. Makin sedap bila ditambah susu. Jom cuba!
Baru buat kelmarin dulu hari ni terasa nak makan pulak donut susu ni. Bukan setakat anak-anak ja suka mak ayah pun berketui-ketui makan.
Saya buat tak ikut resipi, agak-agak saja. Kalau tak jadi jangan marah.
Bahan-bahan:
1 pek Mauripan -bancuh dulu dengan air suam sampai berbuih
1kg tepung gandum
1 bj telur
2 sudu makan marjerin
Susu pekat agak-agak ja
2 sudu susu tepung -dalam 2 sudu lebih camtu
Sedikit garam
Bancuh dulu yis dengan air suam sampai berbuih.
Bila yis dah kembang campur semua, ulikan lebih kurang sejam.
Bahan Salutan:
Susu tepung (saya guna fenleaf)
Gula
Kisar halus dua bahan ini.
Salutkan pada donat selepas digoreng. Biarkan sejuk dahulu dan salutnya dengan bahan salutan susu.
Nak sediakan snek berkhasiat untuk anak mudah sahaja. Apa yang mama perlukan mestilah dari sumber makanan yang asli. Apa kata mama cuba resipi mudah ini. Anak-anak pasti suka.
Siapa yang suka salad buah boleh cuba buat. Buat siap-siap nanti simpan dalam peti ais, nanti boleh makan sejuk-sejuk.
Bahan-bahan:
-1 biji buah pelam
-2 biji epal hijau
-2 biji epal merah
-Kismis hitam (ikutla nak banyak mana)
-Anggur
-1/2 tin susu cair
-1 Yogurt rendah lemak perisa strawberi
-5 ke 6 sudu mayonis buah-buahan
Cara penyediaan:
Potong dadu semua buah. Letak di dalam mangkuk kemudian masukkan 1/2 tin susu cair, 1 Yogurt rendah lemak perisa strawberi dan 5 ke 6 sudu mayonis buah-buahan. Gaul sebati.
Akhir sekali tabur kismis hitam. Sedia untuk dihidang.
Kredit: Rozita Daud (MAHN)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minggu terakhir berpuasa ini pastinya mak-mak sedang rancak menyediakan biskut raya untuk hari raya nanti. Jangan lupakan biskut samperit yang sudah semestinya menjadi keutamaan kita di pagi raya. Samperit susu antara yang paling mudah disediakan.
Malah resipi yang dikongsikan oleh Anna B. Samad ini cukup mudah. Hanya tiga bahan sahaja samperit siap tersedia untuk anak. Tip mudah yang dikongsikan olehnya juga buat kita rasa yakin untuk mencuba. Patutlah viral hingga dapat perkongsian sebanyak 25K. Terbaik.
5 cawan tepung jagung
1 cawan planta ( boleh guna buttercup 250g )
1 cawan susu pekat
( *guna cawan yang sama )
Pewarna, coklat cip ( optional )
Gaul sebati planta dan susu.
Masuk tepung jagung sikit-sikit dan uli.
Uli sampai tak lekat di tangan.
Asing then letak pewarna pilihan.
Ambik doh sikit-sikit dari setiap warna masuk dalam acuan.
Bakar 30 – 35 minit atau ikut oven masing-masing. Saya bakar kat dapur gas, guna oven lama dulu-dulu punya tu.
Boleh la untuk kunyah-kunyah depan tv dengan anak-anak.
Tips: * Guna senduk je masa kacau , kalau terlebih kembang nanti kelopak bunga jatuh.
* Saya lagi suka pakai planta dari butter. Wangi lembut.
* Jangan uli doh lama-lama, uli sekadar sebati semua bahan. Lepas titik pewarna uli sekadar warna dah sekata. Cepat-cepat tekan dalam acuan.
* Uli dulu semua 3 bahan tu lepas tu asing kan beberapa bahagian yang kita nak, baru titis pewarna. Uli balik bagi pewarna sekata.
Resipi wajib cuba:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!